omniture

Platform Kesihatan Digital Doctor Anywhere Tutup Pusingan Siri C Bernilai S$88 Juta Perkukuh Pengembangan Asia Tenggara

Doctor Anywhere
2021-08-31 10:00 144
  • Syarikat telah mengalami pertumbuhan 500 peratus dalam perniagaan sejak awal tahun 2020. 
  • Pelaburan akan meningkatkan kepimpinan pasaran DA dengan ketara dan misinya untuk mentransformasikan landskap rawatan kesihatan serantau melalui teknologi.

SINGAPURA, 31 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Doctor Anywhere (DA), sebuah syarikat perkhidmatan kesihatan berpandukan teknologi serantau beribu pejabat di Singapura, mengumumkan bahawa ia telah mengumpul dana daripada pusingan pembiayaan Siri C yang dipimpin oleh pelabur ekuiti pertumbuhan Asia Partners pada hari ini. Pusingan ini turut menarik minat pelabur-pelabur lain termasuk Novo Holdings, Philips dan OSK-SBI Venture Partners.

Doctor Anywhere merancang untuk menggunakan dana bagi meningkatkan lagi keupayaan digital mereka, menyampaikan rawatan kesihatan dengan lancar kepada lebih ramai pengguna di Asia Tenggara.
Doctor Anywhere merancang untuk menggunakan dana bagi meningkatkan lagi keupayaan digital mereka, menyampaikan rawatan kesihatan dengan lancar kepada lebih ramai pengguna di Asia Tenggara.

Pada nilai $88 juta SGD (US$65.7 juta), ia merupakan salah satu pusingan pendanaan persendirian terbesar yang pernah dikumpul oleh sebuah syarikat teknologi kesihatan di Asia Tenggara.

Pelabur-pelabur sedia ada turut mengambil bahagian dalam pusingan tersebut termasuk pelabur global berpangkalan di Singapura EDBI, Square Peg, IHH Healthcare, Kamet Capital dan Pavilion Capital. Pusingan ini menjadikan jumlah modal yang dikumpul oleh Doctor Anywhere sejak penubuhannya kepada lebih daripada $140 juta SGD.

Hasil daripada pembiayaan tersebut, Oliver Rippel, Pengasas Bersama dan Rakan Kongsi Asia Partners dan Dr Amit Kakar, Rakan Kongsi Kanan, Ketua Novo Holdings Equity Asia akan menyertai Lembaga Pengarah DA.

Sejak pelancarannya pada tahun 2017, DA telah berkembang pesat untuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 1.5 juta pengguna di seluruh Asia Tenggara. Sepanjang 18 bulan yang lalu, pandemik COVID-19 juga telah menjadi pemangkin dalam mempercepatkan penerimaan perkhidmatan telekesihatan di rantau ini, inovasi yang membolehkan industri rawatan kesihatan terus menyediakan rawatan yang berkualiti tinggi dan berpatutan kepada keluarga sepanjang krisis ini.

Lim Wai Mun, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Doctor Anywhere, berkata: "Misi DA adalah untuk menjadi pengendali perkhidmatan kesihatan omnisaluran didayakan teknologi yang terbesar di Asia Tenggara dan mengaplikasikan teknologi inovatif untuk meningkatkan hasil pesakit merupakan teras kepada tawaran kami yang berbeza. Kami teruja untuk menarik minat kumpulan pelabur yang mantap dalam pusingan ini, satu pencapaian penting yang merupakan bukti visi dan rekod prestasi kami."

DA telah membina ekosistem mantap yang terdiri daripada pembayar, pengendali rawatan dan pesakit dalam pasaran terasnya. Ia memiliki hampir 2800 doktor dan ahli profesional perubatan dalam rangkaiannya di rantau ini dan ia juga bekerjasama erat dengan hospital-hospital serta institusi-institusi rawatan kesihatan utama.

Pelaburan yang terkini ini akan meningkatkan kepimpinan pasaran DA dengan ketara dan meletakkan kumpulan ini di kedudukan utama untuk memperkukuhkan lagi kehadirannya dalam pasaran sedia ada. Ia juga akan membolehkan kumpulan ini berkembang ke dalam pasaran baharu bagi mendorong misinya untuk mentransformasikan landskap rawatan kesihatan serantau melalui teknologi.

"Kami menggunakan dana ini untuk meningkatkan lagi keupayaan digital kami dan meningkatkan keupayaan kami untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan lancar kepada pengguna kami di Asia Tenggara," tambah Lim.

"Kami benar-benar kagum dengan apa yang telah dicapai oleh Wai Mun dan pasukan beliau dalam tempoh masa yang begitu singkat," kata Oliver M. Rippel, pengasas bersama Asia Partners. "Sebagai penginovasi rawatan kesihatan omnisaluran utama rantau ini, DA membantu industri rawatan kesihatan agar mampu menghadapi cabaran dan peluang dalam dekad yang akan datang. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan DA untuk menyokong pertumbuhannya yang berterusan."

Kien T. Nguyen, pengasas bersama Asia Partners, menambah, "DA menjadi pemimpin serantau yang sebenar dalam perkhidmatan kesihatan omnisaluran, mengikuti senarai cadangan penyerantauan terbukti bagi generasi pertama syarikat platform internet Asia Tenggara. Kombinasi yang hebat antara telekesihatan dan rawatan luar talian amat menarik untuk pembayar, pengendali rawatan dan pesakit di seluruh rantau kami dengan 650 juta orang dan DA menerajui jalannya."

Dr Amit Kakar, Rakan Kongsi Kanan, Ketua Novo Holdings Equity Asia, berkata: "Kami sangat gembira untuk melabur dalam DA dan untuk menyokong misinya bagi mentransformasikan landskap perkhidmatan kesihatan serantau melalui teknologi. Pandemik ini mempercepatkan trend yang telahpun mendapat tarikan - penyampaian rawatan kesihatan yang berkualiti tinggi, menjimatkan kos dan amat boleh diakses melalui kaedah digital, tanpa mengira di mana pesakit berada. DA menawarkan pendekatan utama untuk menggabungkan bidang rawatan kesihatan dalam talian dan luar talian melalui strategi omnisaluran, membawa penyampaian rawatan pesakit ke tahap seterusnya dalam rawatan kesihatan berpandukan teknologi. Kami berharap dapat memanfaatkan momentum ini dan terus bekerjasama dengan Wai Mun serta pasukan beliau, pemimpin sebenar dalam bidang ini."

Doctor Anywhere kini boleh didapati di Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina. Baru-baru ini, kumpulan ini turut mengumumkan penubuhan hab teknologi serantau di Bangalore, India dan Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam.

Latar Belakang Doctor Anywhere

Doctor Anywhere ialah sebuah syarikat rawatan kesihatan omnisaluran serantau yang didayakan oleh teknologi, dengan misi untuk menjadikan perkhidmatan kesihatan mudah, boleh diakses dan cekap untuk semua orang. Platform digital Doctor Anywhere merapatkan jurang dalam ekosistem perkhidmatan kesihatan melalui teknologi dan inovasi, membolehkan pengguna mengurus kesihatan mereka dengan mudah dan berkesan melalui aplikasi mudah alih DA. Beribu pejabat di Singapura dan hadir dalam enam negara di seluruh rantau ini, kini Doctor Anywhere menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 1.5 juta (dan semakin bertambah) pengguna di seluruh Asia Tenggara.

Profil Pelabur Baharu Siri C

Berpangkalan di Singapura, Asia Partners ialah sebuah firma pelaburan ekuiti pertumbuhan yang memfokuskan syarikat-syarikat teknologi dan didayakan teknologi. Dananya US$384J, diumumkan pada Mac 2021 merupakan dana teknologi sulung yang terbesar dalam sejarah Asia Tenggara dan termasuk rakan-rakan kongsi terhad dari enam benua, Sebelum bersama-sama mengasaskan Asia Partners, enam pengasas bersama Firma ini memainkan peranan kepimpinan di Asia Tenggara melalui Naspers, Sea Ltd, Bukalapak, eBay dan Vinamilk.

Berpangkalan di Denmark, Novo Holdings A/S ialah sebuah syarikat liabiliti sendirian berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh Novo Nordisk Foundation. Ia merupakan syarikat induk Novo Group, yang terdiri daripada Novo Nordisk A/S dan Novozymes A/S dan bertanggungjawab untuk mengurus aset Novo Nordisk Foundation.

Novo Holdings diiktiraf sebagai pelabur sains hayat antarabangsa terkemuka, dengan tumpuan untuk mencipta nilai jangka panjang. Sebagai pelabur sains hayat, Novo Holdings menyediakan modal benih dan modal teroka kepada syarikat-syarikat tahap-pembangunan dan menduduki kedudukan pemilikan signifikan dalam syarikat-syarikat yang mengalami pertumbuhan dan mantap. Novo Holdings turut mengurus portfolio aset kewangan terpelbagai yang luas. Maklumat lanjut: www.novoholdings.dk.

Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) ialah sebuah syarikat teknologi kesihatan terkemuka yang memfokuskan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan orang ramai dan mendayakan hasil yang lebih baik melalui kesinambungan kesihatan, bermula daripada kehidupan yang sihat dan pencegahan, kepada diagnosis, rawatan dan penjagaan di rumah. Philips memanfaatkan teknologi canggih dan tinjauan klinikal serta pengguna yang mendalam untuk menyampaikan penyelesaian bersepadu. Beribu pejabat di Belanda, syarikat ini merupakan peneraju bagi pengimejan diagnostik, terapi berpandukan imej, pemantauan pesakit dan maklumat kesihatan serta dalam kesihatan pengguna dan penjagaan di rumah.

Berpangkalan di Malaysia, OSK-SBI Venture Partners ialah sebuah syarikat pengurusan dana yang bersama-sama ditubuhkan oleh OSK Ventures International Bhd, sebuah syarikat ekuiti persendirian berpangkalan di Malaysia dan SBI Ventures Malaysia Sdn Bhd (subsidiari SBI Holdings Inc, firma perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di Jepun). Sasaran pelaburan utamanya ialah syarikat-syarikat swasta yang cerah masa depannya di rantau ASEAN.

 

Source: Doctor Anywhere
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Venture Capital