omniture

Pelancaran Festival Perdagangan Emas 2021 Fullerton Markets

Fullerton Markets
2021-08-31 12:20 153

KINGSTOWN, Saint Vincent dan Grenadines, 31 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Fullerton Markets mengumumkan Acara Emas terbesarnya - Festival Perdagangan Emas 2021 - dilancarkan pada 30 Ogos 2021. Majlis Perasmian akan berlangsung pada hari yang sama jam 8 malam (GMT+8), yang mana Paul Mladjenovic, pakar emas, Ketua Pegawai Eksekutif RavingCapitalist.com dan penulis buku terlaris "Investing in Gold & Silver For Dummies", akan hadir untuk melancarkan secara rasmi Festival Perdagangan Emas 2021.

Fullerton Markets is launching Gold Trading Festival 2021! Ride the Gold Wave with a strong lineup of renowned speakers, successful gold traders and Fullerton Markets’ very own Market Strategists, sharing their insights on gold trading!
Fullerton Markets is launching Gold Trading Festival 2021! Ride the Gold Wave with a strong lineup of renowned speakers, successful gold traders and Fullerton Markets’ very own Market Strategists, sharing their insights on gold trading!

Emas sentiasa dianggap sebagai aset selamat terutama pada waktu krisis, meningkat nilainya daripada USD250 kepada paras tertinggi USD2,000 pada tahun 2021. Fullerton Markets telah memutuskan untuk merebut peluang keemasan ini bagi memperkayakan pengetahuan dan kemahiran perdagangan emas pelanggan mereka.

Acara yang akan datang ini mempunyai banyak peluang keemasan untuk direbut pada bulan September. Terdapat pemberian hadiah percuma Facebook yang berlaku mulai sekarang hingga 3 September 2021 dan Bonus Pulangan Tunai USD 2 bagi setiap lot XAUUSD yang didagangkan hingga 30 September 2021. Terdapat juga webinar secara langsung oleh penceramah terkenal, pedagang emas yang berjaya dan Ahli Strategi Pasaran mereka untuk membolehkan pelanggan mereka mempelajari lebih lanjut mengenai perdagangan emas dan banyak lagi. Bersempena dengan Hari Amal Sedunia, Fullerton Markets juga akan menderma sebahagian daripada jumlah perdagangan yang dibuat dalam bulan September untuk tujuan amal.

Mario Singh, Ketua Pegawai Eksekutif Fullerton Markets, berkata, "Salah satu daripada misi teras kami adalah untuk mendekati jumlah pedagang yang semakin bertambah. Melalui acara ini, kami berupaya untuk berkongsi analisis kami, teknik perdagangan dan panduan praktikal bagi melengkapkan pedagang dengan kemahiran asas untuk membantu mereka mula berdagang dan memperoleh pemahaman mengenai apa yang dapat diberikan oleh nilai emas kekal kepada mereka."

Bersiap sedia untuk menunggang gelombang emas dengan Fullerton Markets dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih USD10,000, termasuk Syiling Peringatan Fullerton Markets edisi terhad bersadur emas 24K semasa Festival Perdagangan Emas 2021. Untuk butiran lanjut mengenai Majlis Perasmian dan Festival Perdagangan Emas 2021, sila kunjungi https://www.goldtradingfestival.com/.

Latar Belakang Fullerton Markets International Limited 

Fullerton Markets ialah broker pemenang anugerah yang diiktiraf kerana menjadi daya yang membawa perubahan dalam industri perdagangan. Komited untuk membawa keselamatan dana yang tiada tandingan, pelaksanaan sepantas kilat dan sistem penciptaan kekayaan yang andal, ia menawarkan pelanggan globalnya dengan akses langsung kepada pasaran kewangan yang terbesar di dunia dan menjanjikan kestabilan harga pada kadar yang kompetitif melalui penyedia kecairan peringkat satu. Melengkapkan pelanggan dengan perkakas dan pengetahuan yang diperlukan, Fullerton Markets memperkasa pedagang untuk bersaing secara berkesan dalam pasaran.

 

Source: Fullerton Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology