omniture

CGTN: Bagaimana China, negara berbilang etnik bersatu padu, tangani hal ehwal etnik dalam era baharu?

CGTN
2021-08-31 21:18 136

BEIJING, 31 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pesanan yang jelas berhubung hal ehwal etnik China telah disampaikan di mesyuarat selama dua hari yang berakhir pada hari Sabtu, apabila China, sebuah negara berbilang etnik yang bersatu padu, memulakan perjalanan baharu untuk membangun sepenuhnya menjadi sebuah negara sosialis moden.

Mewujudkan rasa kemasyarakatan yang padu untuk bangsa Cina perlu menjadi tumpuan dalam usaha Parti Komunis China (CPC) terhadap hal ehwal etnik dalam era baharu, kata Presiden Xi Jinping semasa berucap di persidangan pusat mengenai hal ehwal etnik.

Persidangan pusat mengenai hal ehwal etnik, diadakan di Beijing pada hari Jumaat dan Sabtu merupakan persidangan kelima seumpamanya sejak reformasi dan pembukaan China, susulan persidangan pada tahun 1992, 1999, 2005 dan 2014.

Menyatukan rasa kemasyarakatan untuk bangsa Cina dalam era baharu 

Meringkaskan pengalaman yang lalu, Xi berkata bahawa usaha CPC terhadap hal ehwal etnik harus memenuhi matlamat untuk merealisasikan rejuvenasi hebat bangsa Cina dan usaha harus dilaksanakan untuk meningkatkan kesatuan etnik dan menggalakkan kemakmuran bersama antara semua kumpulan etnik. Beliau juga menekankan kepentingan melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan China, menyeru usaha untuk mengukuhkan semangat patriotisme antara semua kumpulan etnik.

Menyatukan rasa kemasyarakatan untuk bangsa Cina diperlukan untuk melindungi kepentingan asas kesemua kumpulan etnik, merealisasikan rejuvenasi negara dan membina hubungan etnik sosialis yang dicirikan oleh kesaksamaan, kesatuan, bantuan bersama dan keharmonian, kata beliau di mesyuarat pada hari Sabtu.

Rasa kemasyarakatan untuk bangsa Cina bukanlah satu idea baharu. Ia telah dikemukakan oleh Xi di persidangan kerja pusat kedua di Xinjiang pada Mei 2014. Beliau sekali lagi menekankan kepentingan untuk meletakkan asas kukuh demi rasa kemasyarakatan untuk bangsa Cina di persidangan pusat mengenai hal ehwal etnik yang diadakan pada September 2014. Idea tersebut termaktub dalam Perlembagaan Parti di Kongres Kebangsaan CPC ke-19 pada Oktober 2017.

Xi menyeru inovasi dan pembangunan dalam usaha CPC berhubung hal ehwal etnik agar dapat melindungi dengan lebih baik hak dan kepentingan sah kesemua kumpulan etnik. Satu prinsip penting adalah untuk meningkatkan persamaan dan dalam masa yang sama menghormati dan bertolak ansur dengan perbezaan, kata beliau pada hari Sabtu.

Semua kumpulan etnik harus mengutamakan kepentingan bangsa Cina dan rasa setiap kumpulan etnik hendaklah tertakluk kepada dan memenuhi rasa kemasyarakatan untuk bangsa Cina, tegas beliau. Dalam masa yang sama, kepentingan khusus setiap kumpulan etnik perlu ditangani dengan baik dalam proses untuk merealisasikan kepentingan bangsa Cina secara keseluruhannya, tambah beliau.

Xi menyeru usaha untuk mempercepatkan pemodenan sosialis antara semua kumpulan etnik. Dasar yang dibezakan harus dibuat untuk menyokong reformasi dan pembukaan di wilayah etnik minoriti, tambah beliau. Rasa keberuntungan, kebahagiaan dan keselamatan harus ditingkatkan demi orang ramai daripada semua kumpulan etnik, tegas beliau.

Pertukaran dan penyepaduan antara kumpulan etnik harus digalakkan, kata beliau. Langkah-langkah harus diambil untuk mewujudkan persekitaran yang mana orang ramai daripada kumpulan etnik yang berbeza dapat melibatkan diri mereka secara spasial, ekonomi, sosial dan psikologi, kata beliau.

Xi menegaskan kepentingan mencegah risiko-risiko utama yang berkaitan dengan hal ehwal etnik. Isu-isu ideologi yang melibatkan unsur etnik harus dikendalikan dengan aktif dan betul, kata beliau, menambah bahawa usaha yang berterusan diperlukan untuk menghapuskan idea pemisah dan pelampau. Beliau turut menyeru usaha untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antarabangsa dalam memerangi keganasan.

https://news.cgtn.com/news/2021-08-28/Xi-stresses-high-quality-development-of-Party-s-work-on-ethnic-affairs-1364xXfhBK0/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service