omniture

Peking University HSBC Business School dan Cambridge Judge Business School umum Program Kerjasama untuk sampaikan program mereka sendiri di Shenzhen, China

Peking University HSBC Business School
2021-08-31 23:25 285

SHENZHEN, China, 31 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 27 Ogos, Peking University HSBC Business School dan University of Cambridge Judge Business School mengumumkan satu Program Kerjasama di Shenzhen, China yang melangkaui kolaborasi perniagaan-pendidikan terdahulu antara kedua-dua institusi.

Peking University HSBC Business School dan Cambridge Judge Business School
Peking University HSBC Business School dan Cambridge Judge Business School

Kedua-dua sekolah yang diumumkan pada bulan Mac 2020 merancang untuk memajukan kolaborasi jangka panjang dalam perniagaan dan pengurusan, bermula dengan pelancaran dua program pendidikan eksekutif yang memfokuskan pada inovasi dan pengurusan antarabangsa.

Program Kerjasama ini terdiri daripada program MBA Eksekutif Global (GEMBA) baharu daripada Cambridge Judge Business School dan program Ijazah Sarjana / Sijil dalam Pengajian China untuk Ekonomi dan Pengurusan (MCS/CCS) daripada Peking University.

Cambridge Judge Business School akan menyampaikan program MBA Eksekutif Global (GEMBA) baharunya melalui pensyarah fakulti dan pensyarah jemputan Cambridge Judge, dengan sehingga 50% diajar di Shenzhen. Ijazah MBA dan kurikulum teras program GEMBA akan sepadan dengan program MBA Eksekutif (EMBA) yang telah beroperasi di Cambridge sejak tahun 2009 dan akan diteruskan seiring dengan program GEMBA baharu.

Ini akan menjadi kali pertama Cambridge Judge menawarkan pengajaran MBA biasa di luar Cambridge, melambangkan lembaran baharu dalam sejarah sekolah perniagaan tersebut apabila program GEMBA bermula pada Januari 2023.

Program MCS/CCS Peking University akan disampaikan secara serentak di Shenzhen melalui pensyarah fakulti dan pensyarah jemputannya. Program ini diwujudkan untuk memfokuskan pada pengetahuan profesional mengenai ekonomi, pasaran kewangan dan pengurusan korporat China, bagi membawa visi China yang mendalam dan bersepadu dengan perspektif global.

Memandangkan setiap pihak akan menganugerahkan ijazah atau sijilnya sendiri kepada para pelajar, Program Kerjasama ini menawarkan peluang baharu kepada pelajar senior untuk memperoleh pendedahan terhadap iklim perniagaan baik daripada kluster Cambridge mahupun Kawasan Teluk Sungai Mutiara Shenzhen, menggabungkan pengajian perniagaan dengan pendedahan kepada budaya perniagaan dan pengurusan Cina.

Menurut Profesor Christoph Loch, yang mana tempoh perkhidmatan selama 10 tahun sebagai Dekan Cambridge Judge berakhir pada 31 Ogos: "Cambridge Judge Business School berbangga dengan program MBA Eksekutif (EMBA) kami yang menarik minat para pelajar dari seluruh dunia untuk program yang bertapak di Cambridge. Program EMBA Global yang selari merupakan peluang hebat untuk golongan profesional berpengalaman yang berpangkalan di rantau Asia-Pasifik dan lebih jauh lagi, terutamanya memandangkan mereka juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pengajian China bersama rakan kongsi kami Peking University HSBC Business School."

Menurut Profesor Hai Wen, Dekan Pengasas Peking University HSBC Business School: "Program Kerjasama oleh Peking University HSBC Business School dan Cambridge Judge Business School menawarkan peluang yang jarang didapati untuk belajar daripada dua sekolah perniagaan terunggul yang mewakili Timur dan Barat. Para pelajar akan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai pengetahuan teras dan menimba pengalaman langsung daripada persekitaran perniagaan kontemporari di China."

Program GEMBA akan memulakan sesi pengajaran pada bulan Januari 2023 manakala program MCS/CCS akan bermula pada September 2022. Maklumat mengenai prosedur kemasukan dijangka akan diumumkan lewat tahun ini.

Laman sesawang rasmi: https://english.phbs.pku.edu.cn/

Untuk maklumat lanjut:

Cambridge Judge Business School
Charles Goldsmith
Ketua Bahagian Perhubungan Media
Cambridge Judge Business School, University of Cambridge
+44 (0)7912 162279 c.goldsmith@jbs.cam.ac.uk

Peking University HSBC Business School
Mao Na
Pengarah Pejabat Antarabangsa
HSBC Business School, Peking University
+86 755 2603 3097 maona@phbs.pku.edu.cn

 

Source: Peking University HSBC Business School
Keywords: Education Higher Education Contracts