omniture

Ekspo Suncheon Dihias Semula untuk Musim Panas

The Committee of the International Garden Exposition Suncheon Bay Korea 2013
2013-06-25 19:54 111

SUNCHEON, Korea Selatan, 25 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Ekspo Taman Teluk Suncheon telah melengkapkan proses hiasan semula baharu dengan spesies bunga dan pokok renek tambahan bagi mengalu-alukan musim panas, kata jawatankuasa penganjur pada hari Isnin.

(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/06/24/2013062417231457909.html )

Semasa proses pengubahsuaian semula selama 10 hari itu, sejumlah 360,000 tumbuh-tumbuhan landskap yang terdiri daripada 33 spesies berbeza telah ditanam semula di tanah seluas 9,927 meter persegi, kata jawatankuasa itu. Spesies-spesies yang baru ditambah termasuklah bunga tasbih, bunga bakung, milet, bunga kaper dan melampodium, serta tumbuh-tumbuhan musim panas seperti begonia dan dichondra yang berbunga sewaktu musim hujan.

Ekspo itu menjalankan penghiasan semula taman-taman dan pameran-pamerannya setiap bulan bagi membenarkan para pengunjung menikmati peralihan musim, kata jawatankuasa itu. Ia merancang menanam semula sejumlah 2.5 juta tumbuh-tumbuhan daripada 231 spesies sepanjang acara itu.

Eksposisi Taman Antarabangsa Teluk Suncheon Korea 2013 dibuka pada 16 April dengan tema "Taman Bumi" bagi mempamerkan kepelbagaian luas tanah bencah, taman-taman dan denai-denai hijau yang terbentang di tanah berkeluasan 1.1 juta meter persegi.

Ia menawarkan pemandangan indah 83 jenis taman eksotik berbeza serta pelbagai acara kebudayaan, pameran dan persembahan yang diadakan setiap hari untuk menghiburkan para pengunjung.

Acara itu, yang terletak berdekatan salah satu tanah bencah pesisiran pantai paling terkenal di dunia iaitu Teluk Suncheon, akan berlangsung sehingga 20 Oktober.

 

 

 

Source: The Committee of the International Garden Exposition Suncheon Bay Korea 2013
Keywords: Agriculture Travel Trade show news