omniture

SKmagicCares sokong PICK

SK magic Malaysia
2021-09-01 12:07 66

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 September, 2021 /PRNewswire/ -- Bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, syarikat peralatan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic telah melengkapkan Pusat Vaksin COVID-19 (CVC) dan hospital-hospital rawatan penyakit berkenaan dengan penulen udara dan penulen air. Ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, SKmagicCares bagi menyediakan udara dan air yang segar lagi bersih kepada petugas barisan hadapan serta khalayak ramai.

Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan menerima Motion Air Purifiers oleh SK magic Malaysia untuk membantu memberikan keselesaan optimum kepada barisan hadapan, pesakit Covid-19 dan pengunjung.
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan menerima Motion Air Purifiers oleh SK magic Malaysia untuk membantu memberikan keselesaan optimum kepada barisan hadapan, pesakit Covid-19 dan pengunjung.

"Sebagai sebuah syarikat, kami sentiasa mencabar diri kami dan berinovasi bagi mencari ikhtiar memastikan setiap orang dapat menjalani gaya hidup yang sihat lagi berkualiti. Selari dengan misi ini, program CSR SKmagicCares kami bermatlamat melakar dunia yang lebih baik menerusi perubahan positif dalam kalangan masyarakat, dengan menyediakan udara dan air bersih kepada rakyat Malaysia menerusi kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan," kata Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.

Fasa pertama inisiatif SKmagicCares telah menyumbangkan penulen udara dan penulen air SK magic bernilai sejumlah RM330,000, yang ditempatkan secara strategik di seluruh Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, dan Columbia Asia Hospital - Puchong.

"Kami amat menghargai komitmen, sumbangan dan pengorbanan petugas barisan hadapan sejak tercetusnya wabak ini, dan berharap sumbangan ini akan membantu meningkatkan lagi keselamatan mereka ketika menjalankan tugas, selain memberi kelegaan kepada para pengunjung di CVC serta pesakit yang menjalani rawatan," ulas beliau.

Penulen udara dan penulen air disumbangkan oleh SK magic terdiri daripada Motion Air Purifier, Twin Air Purifier dan WIZ S Water Purifier, yang akan terus menyediakan udara dan air bersih kepada rakyat Malaysia di lokasi-lokasi berkenaan walaupun setelah tamatnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kelak.

Penulen udara SK magic dapat menyingkirkan bakteria bawaan udara, hama debu dan zarah-zarah lain yang berbahaya dalam udara secara cekap melalui penapis HEPA canggih, sekaligus menyegarkan udara dalam sekelip mata. Penulen airnya pula dilengkapi sistem penulenanan canggih dan Sterilisasi UV 'Dual Tap' yang mampu menyingkirkan virus-virus berbahaya semasa membekalkan air bagi menjamin kesegaran dan kebersihan air minum.

"Kami di SK magic ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan kerjasama kerana meyakini kami dan berkongsi tekad yang sama untuk melindungi semua orang semampu yang boleh. Bagi kami, ini merupakan satu perjalanan yang progresif dan berterusan, dan kami berharap dapat terus menyediakan air dan udara bersih kepada rakyat Malaysia," tambah beliau.

Untuk melihat gambar, sila lihat di sini, dan untuk maklumat lanjut sila layari https://www.skmagic.com.my/ atau Facebook, Instagram dan Youtube.

Source: SK magic Malaysia
Keywords: Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Retail Corporate Social Responsibility