omniture

H3C dan MyKRIS Berganding Bahu Bantu Kebangkitan Semula Industri Hotel Malaysia

H3C
2021-09-01 16:53 46

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 September 2021 /PRNewswire/ -- H3C, peneraju bagi penyelesaian digital, menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan MyKRIS Asia Sdn Bhd untuk membantu pengendali hotel Malaysia mengurangkan kos operasi IT mereka sementara industri ini pulih daripada impak akibat pandemik COVID-19. Kerjasama tersebut akan menyaksikan H3C sebagai rakan kongsi utama MyKRIS menyediakan pelanggan industri perhotelan dengan penyelesaian rangkaian dan tanpa wayar terbaik. H3C akan menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk meningkatkan perkhidmatan internet MyKRIS bagi memberi manfaat kepada industri perhotelan tempatan.

Chew Choo Soon, Pengarah Urusan Kumpulan MyKRIS (kiri atas); Rockies Ma, Pengurus Besar Negara H3C Malaysia (kanan atas); Yap Lip Seng, Ketua Pegawai Eksekutif MAH (kiri bawah); Mason Lee, Pengarah Jualan MyKRIS (kanan bawah)
Chew Choo Soon, Pengarah Urusan Kumpulan MyKRIS (kiri atas); Rockies Ma, Pengurus Besar Negara H3C Malaysia (kanan atas); Yap Lip Seng, Ketua Pegawai Eksekutif MAH (kiri bawah); Mason Lee, Pengarah Jualan MyKRIS (kanan bawah)

Majlis penandatanganan MoU tersebut berlangsung bersama pelancaran bundel Perkhidmatan Internet Tanpa Wayar MyKRIS, MyKRIS 360, yang dipilih dengan teliti khususnya untuk ahli-ahli hotel di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH). Bundel perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada semua ahli MAH dengan menggunakan penyelesaian internet tanpa wayar yang paling komprehensif untuk memulihkan industri perhotelan tempatan. MoU tersebut ditandatangani oleh Rockies Ma, Pengurus Besar Negara H3C Malaysia dan Chew Choo Soon, Pengarah Urusan Kumpulan MyKRIS dan disaksikan oleh Yap Lip Seng, Ketua Pegawai Eksekutif MAH.

Industri pelancongan dan perhotelan menyumbang dengan ketara kepada ekonomi Malaysia. H3C dan MyKRIS akan berganding bahu dengan MAH untuk menyediakan penyelesaian rangkaian tanpa wayar terbaik kepada kumpulan pelanggan hotel sasaran. Objektif mereka adalah untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 50% daripada kos operasi IT setelah pasaran hospitaliti dibuka semula.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Rockies Ma berkata, "Saat ini lebih penting daripada sebelum ini untuk menyediakan industri perhotelan dengan penyelesaian digital terbaik bagi membantu industri ini pulih daripada impak akibat pandemik. Sebagai sebahagian daripada industri hospitaliti yang lebih besar, pemulihannya akan menjadi sangat bermanfaat untuk meningkatkan ekonomi keseluruhan. Kami berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi utama MyKRIS bagi menyediakan ahli-ahli hotel di bawah MAH dengan penyelesaian tanpa wayar dan rangkaian yang komprehensif dan berpatutan. Kami percaya ia akan dapat membantu dalam operasi harian mereka tatkala industri perhotelan beransur pulih."

Memandangkan jumlah penduduk yang diberi vaksin penuh terus meningkat di Malaysia dan negara tersebut beransur-ansur melangkah ke arah imuniti kelompok, industri perhotelan juga berusaha untuk pulih pada tahun akan datang. Sektor perjalanan dan pelancongan bersifat berdaya tahan. Sebaik sahaja perjalanan domestik dibenarkan, keinginan terpendam rakyat Malaysia untuk melancong akan bertindak sebagai daya penggerak bagi pemulihan industri perhotelan. Hasilnya, purata kadar penghunian hotel meningkat daripada 14% pada bulan Jun kepada 28% menjelang suku keempat tahun ini menurut MAH.[1]

Mason Lee, Pengarah Jualan MyKRIS menyambut rakan-rakan Hospitality Malaysia, "Kini, kami dapat menyaksikan pemulihan secara beransur-ansur industri pelancongan dan perhotelan tempatan. Keperluan terhadap sistem daftar masuk tanpa sentuh yang disokong oleh sistem WIFI yang mantap lagi menjimatkan kos di hotel-hotel kini menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Justeru itu, MyKRIS bekerjasama dengan H3C untuk menawarkan penyelesaian yang stabil, cekap dan menjimatkan kos kepada pemilik-pemilik hotel bagi memulakan kebangkitan semula industri pelancongan dan perhotelan."

Chew Choo Soon, Pengarah Urusan Kumpulan MyKRIS berkata, "Kami dapat melihat peluang untuk memulihkan industri perhotelan dengan bantuan pendigitan. Dengan H3C mula terlibat sebagai sokongan utama kami, kami yakin dapat menyediakan penyelesaian yang terbaik untuk membantu industri perhotelan, dengan bantuan pengalaman penyelesaian digital selama lebih daripada 20 tahun yang kami peroleh."

Majlis penandatanganan MoU merupakan batu loncatan untuk perkongsian antara H3C dan MyKRIS. MoU tersebut melibatkan perjanjian oleh kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi hubungan perniagaan mereka sekali gus melonjakkan ekonomi digital Malaysia ke hadapan. Kerjasama tersebut bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan ekosistem digital yang rancak dengan mengukuhkan perkongsian antara MyKRIS dan jaringan rakan kongsi ekosistem H3C.

Latar Belakang H3C

H3C ialah peneraju industri bagi penyediaan Penyelesaian Digital dan komited untuk menjadi rakan kongsi pelanggan kami yang paling dipercayai dalam usaha mereka ke arah inovasi perniagaan dan transformasi digital. H3C menawarkan portfolio penuh produk Infrastruktur Digital, mencakupi pengkomputeran, penyimpanan, perangkaian, sekuriti dan domain berkaitan serta menyediakan platform digital sehenti yang komprehensif termasuk pengkomputeran awan, data raya, kesalinghubungan, sekuriti maklumat, keselamatan baharu, Internet Pelbagai Benda (IoT), pengkomputeran pinggir, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian 5G, selain perkhidmatan teknikal hujung-ke-hujung.

Untuk maklumat lanjut mengenai H3C, sila kunjungi http://www.h3c.com/en/

[1]  https://www.thestar.com.my/business/business-news/2021/07/03/towards-a-better-2022

Source: H3C
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Hotels and Resorts Internet Technology Telecommunications Travel Licensing/marketing agreements