omniture

Deloitte lancarkan Program Inovasi Kemanusiaan mempertingkatkan kesediaan menghadapi krisis dan tindak balas kecemasan sedunia

Deloitte Touche Tohmatsu Limited
2013-06-26 10:42 202

- Penyelesaian yang boleh kongsi, boleh skala dan untuk seluruh sektor bertindak sebagai asas program

NEW YORK, 26 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Dalam usaha membantu mengukuhkan sektor kemanusiaan, Deloitte Touche Tohmatsu Limited (DTTL) dan rangkaian firma ahlinya hari ini mengumumkan pelancaran Program Inovasi Kemanusiaan, yang akan memberikan dua projek pro bono global untuk organisasi kemanusiaan. Program itu menggariskan kepercayaan lebih luas Deloitte bahawa kejayaan perniagaan berkait dengan masyarakat. Ia menandakan pendekatan baharu bagi menyokong krisis-krisis kemanusiaan melalui kerjasama dengan organisasi kemanusiaan bagi mencipta bersama penyelesaian berinovatif untuk membantu memperbaiki kesediaan dan tindak balas sektor untuk menghadapi krisis. Rangkaian firma ahli global DTTL akan turut serta dalam usaha kerjasama ini yang berusaha untuk memberikan pendekatan terselaras global Deloitte bagi menyokong krisis seluruh dunia.

Program ini dilancarkan pada ketika organisasi kemanusiaan semakin bertindak balas kepada pelbagai bencana, memerlukan tindak balas serta-merta dengan sumber terhad. Menurut Pejabat Bangsa-bangsa Bersatu untuk Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (PBB OCHA), hanya 3 peratus daripada semua Bantuan Pembangunan Rasmi global diberikan kepada kesediaan bencana,[1] namun setiap dolar yang dilaburkan dalam kesediaan, menjimatkan tujuh dolar untuk pemulihan. Program Deloitte menyasarkan pemberian  penyelesaian kepada agensi kemanusiaan bagi membantu mereka sewaktu fasa persediaan dan kesediaan, yang akhirnya akan membantu menguatkan tindak balas komuniti tempatan dan antarabangsa, mengekalkan punca pendapatan dan menyelamatkan lebih banyak nyawa.

 "Di Deloitte kami percaya bahawa perniagaan wujud bukan sekadar mendapat keuntungan sahaja dan mempunyai kuasa memberi impak positif kepada masyarakat," kata Barry Salzberg, Ketua Pegawai Eksekutif Global DTTL. "Program Inovasi Kemanusiaan merupakan cara Deloitte memberikan impak yang terkuat kepada sektor, bukan hanya dengan menumpukan terhadap satu krisis sahaja atau mendermakan wang, tetapi dengan menggunakan kelebihan kemahiran dan pengetahuan kakitangan kami dan rangkaian kami. Program ini akan mengumpulkan pakar-pakar pelbagai subjek, membantu penciptaan bersama pendekatan baharu terhadap krisis kemanusiaan, dan mencari cara yang paling berkesan untuk memberi keputusan yang lebih baik dalam jangka masa panjang."

Program ini dibangunkan selepas rundingan meluas dengan organisasi kemanusiaan yang meneraju, yang mengenalpasti keperluan untuk inovasi dan kerjasama dengan sektor swasta.

"Dengan skala dan frekuensi bencana yang kian meningkat, dan organisasi kemanusiaan didesak melakukan lebih banyak kerja dengan sumber yang lebih sedikit, penyelesaian multi-sektor mampan menjadi lebih penting," kata David Pearson, Ketua Pegawai Kemampanan DTTL. "Program ini bukan sekadar penglibatan pro bono; ia akan bertindak menjana idea berinovatif yang berpotensi menukarkan sektor kemanusiaan. Setiap projek akan cuba menyelesaikan sebuah isu yang dihadapi oleh banyak organisasi dalam sektor itu. Penyelesaian-penyelesaian yang dicipta bersama oleh Deloitte boleh diskalakan mengikut organisasi, lalu menguatkan impak setiap projek."

Menurut Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), dianggarkan bahawa bencana alam telah mengakibatkan kerugian dunia sebanyak lebih $1 trilion kerana kemusnahan sejak tahun 2000.[2] Tidak mengira lagi tindak balas kemanusiaan kerana pergolakan masyarakat atau konflik yang meletus – dalam tahun 2011 terdapat 200 konflik yang aktif seluruh dunia.[3] Dan implikasinya jauh melebihi kos kewangan; antara tahun 2000 dan 2012, 1.2 juta orang terbunuh dan 2.9 bilion orang menerima akibat daripada bencana.[4]

Sepanjang tahun lepas beberapa firma ahli DTTL telah menguji pendekatan kerjasama ini dengan memberikan atau melancarkan projek-projek pro bono untuk PBB OCHA dan Mercy Corps. Yang pertama ialah program pembangunan kepimpinan untuk penyelaras kemanusiaan PBB OCHA – pemimpin PBB paling kanan yang bertanggungjawab menyelaraskan bantuan yang menyelamatkan nyawa semasa tindak balas kemanusiaan – dianjurkan oleh Deloitte Amerika Syarikat di Universiti Deloitte di Westlake, Texas.

Tambahan lagi, Deloitte Amerika Syarikat bekerjasama dengan Mercy Corps mencipta kerangka yang mengenalpasti risiko dan menggabungkan daya pemulihan ke dalam proses-proses pembuatan keputusan strategik dan operasi sementara mengekalkan kelincahan organisasi dan budaya keusahawanan.

"Persekitaran kemanusiaan merupakan sebuah persekitaran yang sangat kompleks dan daya pemulihan ialah cabaran sukar yang dihadapi oleh semua organisasi kemanusiaan," kata Neal Keny-Guyer, Ketua Pegawai Eksekutif Mercy Corps. "Penyelesaian yang dibangunkan melalui usaha kami bersama Deloitte akan dikongsi secara meluas, dan ini menyediakan kerangka yang bukan sahaja membantu organisasi kami tetapi juga kemampuan sektor bertindak balas terhadap krisis dalam cara yang turut membina daya pemulihan komuniti tempatan."

Projek Inovasi Kemanusiaan akan terbuka kepada sebarang organisasi kemanusiaan seluruh dunia dan DTTL akan menerima permohonan sepanjang bulan Julai 2013. Sebuah panel akan menilai semua permohonan dan akan memilih dua projek pro bono yang akan mula diusahakan oleh firma ahli Deloitte lewat tahun 2013. Untuk maklumat lanjut mengenai proses permohonan sila lawati: www.deloitte.com/humanitarian.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai impak positif yang sudah diberikan oleh rangkaian Deloitte, tonton video mengenai projek pembangunan kepimpinan PBB OCHA:  http://youtu.be/VF81nm7AbIc

Mengenai Deloitte

Deloitte merujuk kepada satu atau lebih daripada Deloitte Touche Tohmatsu Limited (DTTL), sebuah syarikat sendirian berhad UK dengan jaminan, dan rangkaian firma ahlinya, setiap satunya ialah entiti berasingan secara sah dan bebas. Sila lihat www.deloitte.com/about untuk deskripsi terperinci mengenai struktur sah Deloitte Touche Tohmatsu Limited dan firma-firma ahlinya.

Deloitte menyediakan perkhidmatan audit, percukaian, perundingan dan nasihat kewangan kepada klien umum dan persendirian dalam pelbagai industri. Dengan rangkaian firma ahli yang terhubung secara global dalam lebih 150 negara, Deloitte membawa kemampuan bertaraf dunia dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada klien, memberikan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berhadapan dengan cabaran perniagaan mereka yang paling rumit. Deloitte mempunyai kira-kira 200,000 orang profesional, yang semuanya komited menjadi standard kecemerlangan.

[1] Sumber: Laporan PBB OCHA: World Humanitarian Data and Trends 2012

[2] Sumber: UNDP dan PBB OCHA Video Act Now, Save Later

[3] Sumber: Laporan PBB OCHA: World Humanitarian Data and Trends 2012

[4] Sumber: Impak Bencana/ 2000-2012: Pejabat Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pengurangan Bencana. *Bencana merujuk kepada kemarau, gempa bumi (aktiviti seismik), wabak, suhu melampau, banjir, serangan serangga, pergerakan jisim (kering dan basah), ribut, gunung berapi dan kebakaran hutan.

Source: Deloitte Touche Tohmatsu Limited
Keywords: Corporate Social Responsibility