KAOHSIUNG, Taiwan, 1 September 2021 /PRNewswire/ -- Kajian klinikal pertama yang telah diterbitkan dalam dokumen Journal of Applied Microbiology bahawa SynForU™-HerCare berkesan untuk mengurangkan gejala vulvovagina dan perulangan kandidiasis vagina (VC) dalam kalangan wanita hamil.
SynForU™-HerCare, strain laktobasili, direka untuk meningkatkan kualiti hidup wanita hamil yang mengalami VC, salah satu masalah kesihatan yang paling biasa dialami oleh wanita di seluruh dunia. Campuran probiotik ini diasingkan daripada tenusu iaitu Lactobacillus plantarum LP115, Lactobacillus helveticus LA25, Lactobacillus rhamnosus LRH10, Lactobacillus paracasei LPC12, Lactobacillus fermentum LF26 dan Lactobacillus delbrueckii subsp. lactis LDL114. Kualiti, keberkesanan dan prestasinya telahpun diuji. Ia sangat bagus dari segi keupayaan melekat pada sel Hela, penghasilan hidrogen peroksida dan aktiviti antibakteria berbanding dengan probiotik penjagaan intim lain yang terdapat dalam pasaran.
"Kebanyakan kajian ke atas probiotik dan kandidiasis vagina menekankan khususnya kepada wanita umumnya, tanpa menyasarkan wanita hamil secara khusus. Walaupun VC mungkin berlaku secara rawak dalam kalangan wanita hamil; namun begitu, kajian menunjukkan kadar prevalens yang tinggi diperhatikan dalam kalangan wanita hamil tanpa mengira umur, trimester, pariti, pekerjaan dan tahap pendidikan mereka. Apabila melibatkan rawatan VC, kajian menunjukkan bahawa probiotik merupakan pilihan yang lebih baik berbanding dengan ubat antikulat kerana ubat ini biasanya mempunyai kesan sampingan seperti peningkatan kadar berulang dan tahan ubat. Justeru itu, kami membangunkan kajian rawak yang selanjutnya untuk mengkaji kesan probiotik yang mungkin terjadi dalam mencegah VC terutamanya dalam kalangan wanita hamil," kata Dr. San Land Young, Ketua Operasi Global Rawatan Kesihatan Manusia SynbioTech.
Tujuh puluh lapan subjek dengan tempoh kehamilan 14-32 minggu yang menghidap VC, menyelesaikan kajian 8 minggu secara rawak, dikawal oleh plasebo dan dwibuta. Kumpulan intervensi memilih produk laktobasili, (dua kapsul/ hari dengan 9.5 log CFU/ kapsul) selama 8 minggu.
Kumpulan laktobasili menunjukkan 45% pengurangan gejala vulvovagina seperti kerengsaan, lelehan dan rasa panas (P<0.05), 31% pengurangan kebimbangan (P=0.001), 34.6% pengurangan kemerosotan aktiviti harian yang dikaitkan dengan VC pada minggu ke-8 (P=0.026) manakala kumpulan plasebo tidak menunjukkan perubahan ketara dari segi tekanan emosi atau dalam impak sosial. Khususnya, kumpulan laktobasili turut melaporkan 38% penurunan tekanan emosi yang berulang pada minggu ke-8 (P=0.0002 berbanding P=0.003) dan 33% peningkatan dari segi kesan sosial (P=0.006) berbanding dengan kumpulan plasebo. Di samping itu, kumpulan laktobasili turut menunjukkan kekerapan defekasi yang lebih tinggi seminggu (peningkatan 11%) (P=0.001) dan menunjukkan hanya sedikit sahaja sembelit (P=0.06) berbanding dengan kumpulan plasebo.
Keputusan menunjukkan bahawa makanan tambahan SynForU™-HerCare dapat mengurangkan gejala vulvovagina, perulangan VC dan memperbaiki tekanan emosi dan sosial yang dikaitkan dengan VC. Tambahan pula, SynForU™-HerCare menunjukkan faedah berpotensi dalam mengurangkan risiko sembelit yang dicetuskan oleh kehamilan. Wanita boleh mendapat manfaat daripada kesan-kesan menarik SynForU™-HerCare, probiotik yang berkesan dan disokong oleh sains. Kini, SynForU™-HerCare boleh didapati seluruh dunia.
Lisa Chen, Pengurus Pemasaran SynbioTech mengulas, "Terdapat banyak probiotik dengan pelbagai dakwaan dalam pasaran, namun sains merupakan kuncinya. SynForU™-HerCare disokong oleh sains yang mantap dan menjadi komitmen kami untuk menyediakan penjagaan dalam tempoh jangka panjang kepada wanita di seluruh dunia, seterusnya membawa perubahan dalam kehidupan mereka."
Untuk maklumat lanjut: https://www.synbiotech.com
Rujukan: |