omniture

GWM Muncul di Pameran Motor Chengdu dengan Lebih 10 Produk Baharu Daripada Lima Jenama Kenderaannya

GWM
2021-09-01 22:13 202

BAODING, China, 1 September 2021 /PRNewswire/ -- Pada 29 Ogos, majlis perasmian besar-besaran Pameran Motor Chengdu ke-24 telah dilancarkan yang mana GWM menarik minat ramai pengunjung dengan lebih 10 produk baharu daripada lima jenama kenderaannya—HAVAL, TANK, GWM Pickup, ORA dan WEY.

GWM Muncul di CDMS ke-24
GWM Muncul di CDMS ke-24

Kawasan pameran HAVAL, HAVAL H6S, SUV coupe pertama GWM yang dibina berdasarkan platform L.E.M.O.N. dan COIFS, membuat kemunculan sulungnya. Dengan reka bentuk luar "berbentuk jerung", SUV ini mempunyai jeriji depan poligon besar pada muka depan untuk menghasilkan kesan visual sekuat jerung. Badan gaya 'fastback' dan hujung belakang reka bentuk sayap belakang gantung menjadikan SUV ini kelihatan muda dan bergaya. Bagi reka bentuk dalaman, SUV ini dilengkapi dengan skrin gantung besar, HUD warna penuh pintar, pengecaman wajah dan teknologi lain, yang menunjukkan sentuhan masa depan. Ia menawarkan enjin gasolin 2.0T dan sistem DHT L.E.M.O.N. untuk dipilih. Kereta yang anggun dan pintar ini dijangka berkembang ke peringkat global. Lantaran penampilannya yang mantap serta bergaya dan dengan konfigurasi pintar, HAVAL DAGOU, satu lagi jualan terlaris, amat menggamit perhatian, dengan kekuatan produknya melangkaui tahap yang sama. Jumlah jualannya di China telah melebihi 10,000 dalam bulan pertama sejak pelancarannya. Tahun ini, kereta cemerlang ini telah mendapat pujian daripada media tempatan dalam pasaran Australia. Ini telah meningkatkan keyakinan GWM dalam menembusi pasaran global.

TANK, jenama kelima terbesar, mempamerkan dua hasil ketukangannya, "TANK 400" dan "TANK 500" kepada dunia buat pertama kalinya. TANK 400 ialah SUV luar jalan meka bersaiz sederhana dan besar yang mengintegrasikan reka bentuk meka yang unik, prestasi luar jalan dan teknologi. TANK 500 diberi kedudukan sebagai SUV luar jalan mewah bersaiz sederhana dan besar yang bergaya, dengan garis luar yang mantap, jeriji bersadur krom besar dan lampu besar berbentuk tidak teratur di kedua-dua sisi. Bahagian dalaman dilengkapi dengan papan pemuka digital 12.3-inci, digabungkan dengan skrin sentuh pusat dan skrin kawalan belakang bagi mencapai "hubungan tiga-skrin". Ia turut dilengkapi dengan rangkaian kuasa super "3.0T V6+9AT" buat pertama kalinya dengan kuasa maksimum 260kW dan tork maksimum 500Nm bagi memenuhi pelbagai keperluan penggunaan harian dan pemanduan lasak luaran.

ORA juga mempunyai pelbagai kereta baharu yang diperkenalkan di sini. Antaranya, ORA Balei Mao (nama untuk pasaran Cina) dipamerkan secara terbuka buat pertama kalinya. Reka bentuk luarnya sangat retro, menggunakan unsur klasik seperti bampar bersadur krom berat dan roda dua-warna perak-putih yang menjadi bualan ramai. Di samping itu, GWM POER mengadakan majlis penyerahan kereta ke-200,000 di tapak pameran auto dan melancarkan versi Everest bagi trak pikap luar jalan, yang mengejutkan khalayak dengan prestasi tegarnya. Di reruai WEY, Macchiato pertama yang dilengkapi dengan rangkaian kuasa hibrid DHT pintar dan "generasi baharu kereta bergaya retro pintar" turut diperkenalkan buat julung kalinya.

Reruai GWM menjadi tumpuan menerusi produknya yang beraneka dan diperibadikan. Selain itu, GWM akan terus memfokuskan pada pengguna dan melancarkan produk yang lebih bergaya bagi membawa pengalaman produk yang lebih beraneka kepada pengguna global.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services Trade show news