omniture

Jenama Mencuci Profesional Seabad Lamanya Eureka Lantik Idola Asia Terkenal Jackson Yee sebagai Duta Global

Eureka
2021-09-02 10:00 245

DETROIT, Sept. 2, 2021 /PRNewswire/ -- Pada 26 Ogos 2021, Eureka, penyedia peralatan mencuci yang berusia seabad lamanya, mengumumkan pelantikan Jackson Yee, seorang penyanyi, penari dan pelakon Asia yang terkenal sebagai duta globalnya.


Dalam tempoh 24 jam selepas pengumumannya, platform Sina menyaksikan 680 juta tontonan, 700 juta impresi dan permulaan lebih 2.2 juta perbincangan yang berkaitan dengan pelantikan tersebut merentas platform media sosial, lalu mencatatkan rekod baharu dari segi kesan sokongan terhadap selebriti.

Jackson ialah salah seorang bintang terkenal Cina dengan lebih 80 juta pengikut di Weibo. Sepanjang tempoh kerjaya beliau, beliau telah menyokong beberapa jenama terkemuka. Pada usia seawal 13 tahun, Jackson telahpun menjadi terkenal di dalam dan luar China dan sejak itu meraih pelbagai anugerah industri. Namun begtiu, beliau tidak pernah berpuas hati dengan kejayaan beliau, sebaliknya terus berusaha untuk meningkatkan kemahiran profesional beliau dan dalam masa yang sama tetap berpegang pada kepercayaan beliau. Anugerah-anugerah yang diraih termasuk Penghibur Baharu Terbaik, Artis Baharu Terbaik dan Pelakon Terbaik untuk persembahan pertama beliau dalam sebuah filem. Selain itu, beliau disegani secara meluas di negara asal beliau atas kecekapan profesional beliau dan penampilan beliau dalam senarai Selebriti China Forbes 2021 yang beliau peroleh terutamanya atas kesan positif beliau terhadap masyarakat dan untuk nilai komersial beliau.

Sama ada individu atau jenama, tetap penting untuk berusaha mencapai kesempurnaan dengan sentiasa meningkatkan kemahiran profesional yang berkaitan dalam bidang yang dipilih. Jackson terus membina pengalaman dan kepakaran beliau, begitu juga dengan Eureka. Sebagai jenama mencuci rumah yang ditubuhkan 112 tahun yang lalu, Eureka komited terhadap inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang disokong oleh konsep penjenamaan yang utama dan kemajuan teknologi selama lebih seabad. Sejajar dengan dedikasi dan profesionalismenya, jenama ini memfokuskan untuk menyediakan pembeli belah di seluruh dunia dengan pengalaman pengguna yang cemerlang dan dalam masa yang sama membantu mewujudkan persekitaran kehidupan yang bersih dan selesa melalui penyelesaian mencuci yang berkualiti tinggi.

Kerjasama antara jenama peralatan mencuci profesional berusia 112 tahun dan artis yang sedang meningkat naik dan terkenal yang mempunyai kemahiran terbukti ini akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran mengenai jenama Eureka dan visi Eureka dalam mewujudkan persekitaran kehidupan yang bersih dan sihat sekali gus menyediakan produk mencuci rumah yang mudah digunakan dan cekap.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.eureka.com 

Source: Eureka
Keywords: Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Personnel announcements