HONG KONG, 2 September 2021 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global dan syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka mengadakan acara dalam talian yang harus disaksikan bagi mengumumkan edisi terkini TV 8K Mini LED dan memperkenalkan para pemenang EISA Award serta perkakas rumah pintar.
Dedikasi TCL terhadap kecemerlangan dan pengalaman hiburan terbaik akan menjadi tumpuan utama untuk mengesahkan semula kedudukan utama syarikat dalam pasaran TV Mini LED premium.
"TCL dengan bangganya mengambil selangkah ke hadapan untuk perjalanan TV Mini LED kami dengan pelancaran TV 8K Mini LED Siri X 2021. Sejak tahun 2018, TCL mengkhusus terhadap teknologi Mini LED dan kami memulakan pengeluaran besar-besaran X10, TV Mini LED pertama di dunia untuk pasaran global pada tahun 2019. Saya tidak sabar-sabar untuk berkongsi berita terkini kami mengenai TV 8K Mini LED Siri X baharu kami dan bagaimana kami akan Melangkaui Visi (Transcend Vision) di acara tersebut," kata Shaoyong Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Electronics.
Sorotan utama akan melibatkan TV 8K LED Mini Siri X 2021 premium yang akan mengubah pengalaman pawagam rumah dan membuka dunia baharu buat penonton. TCL akan turut memperkenalkan rangkaian penuh TV dan perkakas rumah pintar memenangi anugerah yang akan menonjolkan potensi strategi AIxIoT.
Peminat permainan global juga perlu menonton secara langsung untuk beberapa berita hebat di acara ini memandangkan TCL mengundang semua orang ke Transcend Vision.
Butiran majlis pelancaran tersebut adalah seperti berikut:
Pengumuman Produk Global
Masa: 10:00-11:00 PAGI
Tarikh: 8 September 2021
Strim Langsung @ www.tcl.com/tcl-transcend-vision-2021/index.html
*Masa dan tarikh Waktu Musim Panas Eropah Tengah (UTC+2)
Kami tidak sabar-sabar untuk 'melihat' anda secara dalam talian tidak lama lagi.
Latar Belakang TCL Electronics
TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Menurut OMDIA, TCL menduduki kedudukan No.2 global dalam bahagian pasaran TV LCD jenama TCL pada tahun 2020. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar.