omniture

IKO Mengambil Alih Ross Roof Group

IKO
2021-09-02 18:58 29

TORONTO, 2 September 2021 /PRNewswire/ -- IKO, perintis dari Amerika Utara dalam pembuatan produk bumbung kediaman dan komersial, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Ross Roof Group (RRG) yang berpangkalan di New Zealand.

RRG ialah pengeluar dan pengeksport genting atap logam bersalut batu yang telah beroperasi sebagai syarikat milikan keluarga selama hampir 80 tahun.  RRG akan menyertai operasi global IKO di bawah panji RoofTile Group (RTG) sebagai sebahagian daripada jejak pengembangan syarikat dalam industri bumbung logam.

"Ross Roof Group dan pekerjanya berkongsi banyak ciri yang sama dengan operasi global kami sendiri, daripada pemilikan keluarga dan nilai hingga kepada sejarah panjangnya bagi produk kualiti terkemuka industri," kata Hartley Koschitzky, Pengerusi Bersama IKO. "Kami berharap agar pasukan RRG dapat menyertai operasi kami dan terus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan mereka dengan barangan dan perkhidmatan yang mereka harapkan daripada jenama yang disegani."

Tentang IKO
IKO ialah peneraju seluruh dunia dalam industri bumbung, pengalisan air dan penebatan untuk pasaran kediaman dan komersial.  Sebagai sebuah syarikat berintegrasi menegak, IKO mengendalikan lebih daripada 35 kilang pembuatan di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Pasifik.  IKO ialah sebuah perniagaan milikan keluarga yang ditubuhkan pada tahun 1951.

Hak Cipta ©2021 IKO. Semua hak cipta terpelihara.  Untuk sokongan penganalisis media atau industri, sila layari laman web kami di http://www.iko.com .Ikuti kami di:

Linkedin  |  Pinterest  |  Houzz  |  Youtube  |  SlideShare

Hubungi: Derek Fee, Pengurus – Komunikasi Korporat, 300-1 Yorkdale Road, TORONTO, ONTARIO M6A 3A1, 1-416-780-5898, e-mel: derek.fee@iko.com

 

Source: IKO
Related Links:
Keywords: Construction/Building Acquisitions, mergers, takeovers