omniture

Sepasukan Milenia Anak Kelahiran Hangzhou Melukis Kampung Halaman Mereka Melalui Lensa Baharu Komik Interaktif

Hangzhou Tourism Commission
2021-09-03 11:09 202

HANGZHOU, China, 3 September 2021 /PRNewswire/ -- Hasil kerja pasukan kreatif tempatan Hangzhou CultureClick - Hangzhou 2X2, komik interaktif yang mempromosikan Budaya Liangzhu melalui pendekatan yang inovatif telah meraih populariti di seluruh dunia.

Sebagai bahagian pertama kempen Hangzhou O'clock 2021, Biro Kebudayaan, Radio, TV dan Pelancongan Perbandaran Hangzhou menerbitkan episod komik yang pertama di platform media sosialnya pada bulan Mac. Dalam tempoh 4 bulan, siri tersebut mencapai 307,779 impresi dan 10,085 penglibatan. Lebih 9,000 peminat mengundi dari segi cara mereka inginkan kisah tersebut diceritakan.

Di tengah-tengah sekatan perjalanan yang masih berlaku ini, industri pelancongan maya berkembang dengan begitu banyak cara baharu untuk orang ramai memperoleh pengalaman destinasi. Hangzhou 2X2 memberikan penonton kawalan, menyelami dunia misteri Liangzhu.

Semasa proses tersebut, ahli-ahli tempatan bekerjasama dengan Tara Milk Tea - penulis blog pelancongan Australia untuk mencipta watak animasi beliau. Berkomunikasi secara mendalam melalui panggilan Zoom, kedua-dua pasukan muda tersebut turut serta untuk meneroka budaya purba ini dan menyampaikannya dengan cara yang menarik, segar dan mengujakan.

"Bagi kami, ia terasa seperti mencipta suatu hadiah untuk kampung halaman kami. Semasa proses tersebut, kami juga dapat mengetahui lebih banyak perkara mengenai bandar tempat kami membesar ini," kata Fang Chenlin, pengarah Cultureclick.

Tara juga berasa kagum dengan pengalaman tersebut: "Melihat watak kartun saya dalam adat Liangzhu yang berbeza terasa seperti saya mengembara ke masa lampau untuk merasakan sendiri sejarah tersebut."

Bertemakan tamadun Cina berusia 5,000 tahun, komik interaktif ini menggambarkan sistem sosial, gaya hidup harian, pertanian penanaman padi, sistem pemeliharaan air pinggiran, kepercayaan agama dan banyak lagi. Pada penghujung setiap episod, penonton diminta untuk mengundi daripada dua pilihan bagi menentukan destinasi seterusnya watak tersebut.

Program ini turut menjemput Xia Yong, Pengarah Bahagian Penyelidikan Akademik Muzium Liangzhu sebagai perunding khas bagi memastikan ketepatan maklumat sejarah.

Selain daripada komik 6 episod, Hangzhou 2X2 turut melancarkan permainan interaktif dalam talian termasuk HZ Coloring Page dan Spot Liangzhu. Kedua-dua permainan ini mengundang orang ramai untuk mengalami Liangzhu dari perspektif baharu.

Pada tahun 2021, Hangzhou telah melonjak melangkaui skop pemasaran pelancongan tradisional, membuka kemungkinan pelancongan baharu seperti senarai audio video – Hangzhou Whisper, siri video - Hangzhou Timelane dan banyak lagi bagi membolehkan peminat global kekal terhubung dengan bandar tersebut dengan cara serba baharu.

Untuk maklumat lanjut: https://youtu.be/4sr0WlrIpK4

Source: Hangzhou Tourism Commission
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel