omniture

PR Newswire lancar Cision Social Listening di Asia-Pasifik

PR Newswire
2021-09-03 17:55 256

HONG KONG, 2 September 2021 /PRNewswire/-- PR Newswire mengumumkan pelancaran Cision Social Listening di rantau Asia-Pasifik hari ini. Cision Social Listening dibenamkan dalam platform pemantauan dan analisis media Cision Communications Cloud®, dengan sokongan teknikal dan data daripada Brandwatch, peneraju global bagi pendengaran media sosial mendalam dan pandangan pengguna digital. Brandwatch diperoleh oleh syarikat induk PR Newswire, Cision pada pertengahan tahun 2021.

Pelancaran ini membolehkan pengguna mengakses pangkalan data perbualan dalam talian yang terbesar di dunia, menyediakan analisis berstruktur dan mendalam melalui teknologi Kecerdasan Buatan utama bagi membantu perniagaan membuat keputusan jenama yang paling bijak.

"Pelaburan kami dalam sains data dan AI akan membantu pemasar, komunikator dan penyelidik memahami perbualan yang berlaku di saluran digital seluruh dunia dengan lebih baik dan menerapkan pandangan bagi menyampaikan hasil yang lebih baik untuk perniagaan mereka," kata Abel Clark, Ketua Pegawai Eksekutif Cision.

Jenama-jenama boleh memanfaatkan keupayaan pendengaran sosial dan analisis mendalam Cision Social Listening untuk mengurus dengan lebih baik reputasi jenama, menilai prestasi jenama serta mengenal pasti dan mengurus krisis pada masa sebenar.

1.  Pengurusan Reputasi Jenama

Jenama-jenama boleh mencapai pemahaman yang lebih mendalam dengan memanfaatkan perbualan daripada Twitter, Facebook, Instagram, YouTube, Reddit, Tumblr, Flickr serta beratus-ratus forum dalam talian dan laman ulasan. Dengan untaian carian yang ditakrifkan dan penyusunan label topik automatik yang menggunakan AI, keputusan analisis ditonjolkan dalam Roda Topik (Topic Wheel). Ini dapat mengurangkan dengan banyaknya masa yang diluangkan oleh jenama-jenama yang menyaring, melabel dan menyusun data secara manual dan meningkatkan kecekapan analisis data.

Roda Topik
Roda Topik

Tambahan pula, Cision Social Listening menawarkan interpretasi emosi berdasarkan pengelasan sentimen yang meningkatkan lagi ketepatan analisis serta mengenal pasti makna sebenar yang tersirat dalam perbualan yang tidak dapat ditangkap oleh kaedah tradisional.

Volum Emosi
Volum Emosi

2. Penilaian Prestasi Jenama

Cision Social Listening membawakan keupayaan analitik dan pelaporan yang mantap, menyelaraskan strategi komunikasi dengan hasil perniagaan melalui penunjuk pengukuran termasuk jangkauan audiens, bilangan sebutan media sosial, bilangan sebutan jenama, trafik laman sesawang rasmi dan kadar penukaran.

Menerusi pengesanan dan analisis yang berterusan, jenama-jenama dapat memahami apa yang difikirkan dan dibualkan oleh pengguna dan pemegang kepentingan serta menilai perubahan dalam jenama, produk dan perkhidmatan, pesaing dan juga seluruh industri, lalu membantu jenama-jenama menilai kempen komunikasi mereka dengan berkesan serta membuat keputusan jenama yang bijak.

Jumlah volum
Jumlah volum

 

Volum sebutan dari masa ke masa
Volum sebutan dari masa ke masa

3.  Pengurusan Krisis

Selain daripada laporan harian yang disesuaikan, Cision Social Listening dapat mengesan puncak dan menonjolkan trend dengan memasukkan dan memproses kandungan secara automatik pada papan pemuka. Memandangkan hasil analisis dikemas kini pada waktu sebenar, pendekatan yang lebih berasaskan bukti boleh diambil semasa pembongkaran krisis.

Pengesanan puncak & Tetapan peringatan
Pengesanan puncak & Tetapan peringatan

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana Cision Social Listening dapat menyokong usaha komunikasi anda, sila kunjungi di sini.

Latar Belakang Cision

Sebagai peneraju global dalam bahagian perhubungan awam (PR), pemasaran serta teknologi dan kecerdasan pengurusan media sosial, Cision membantu jenama-jenama dan organisasi-organisasi mengenal pasti, berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan serta pemegang kepentingan untuk memacu hasil perniagaan. PR Newswire, rangkaian pengedaran hebahan berita yang melibatkan 1.1. bilion pempengaruh dan Falcon.io, platform pengurusan media sosial sehenti, menonjolkan rangkaian penyelesaian yang utama. Selain itu, Cision memperoleh Brandwatch, platform pemantauan media sosial pada tahun ini. Cision mempunyai pejabat-pejabat di 24 negara di seluruh benua Amerika, EMEA dan APAC.

Latar Belakang PR Newswire

PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd., ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi-organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik. Kunjungi www.prnasia.com untuk maklumat lanjut.

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications New products/services Data Analytics