omniture

Pendapatan GWM dalam Separuh Pertama 2021 Cecah CNY 61.9 Bilion

GWM
2021-09-06 08:02 161

BAODING, China, 6 September 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 27 Ogos, Great Wall Motor Company Limited mengeluarkan laporan kewangan separuh pertamanya bagi tahun 2021. Bermula dari Januari hingga Jun tahun ini, pendapatan kasar GWM mencecah CNY 61.928 bilion, dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya mencapai 72.36%; keuntungan bersih mencecah CNY 3.529 bilion, dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya mencapai 207.87%.

Pendapatan GWM dalam Separuh Pertama 2021 Cecah CNY 61.9 Bilion
Pendapatan GWM dalam Separuh Pertama 2021 Cecah CNY 61.9 Bilion

Pertumbuhan pendapatan selari dengan pertumbuhan keuntungan bersih dapat dikaitkan dengan peningkatan mantap oleh GWM baik dalam jumlah jualan automobil yang siap mahupun purata harga jualan sebuah kenderaan. Jualan terminal GWM telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam separuh pertama tahun 2021 dan 614,389 buah kenderaan baharu telah dijual, dengan pertumbuhan jualan berbanding tahun sebelumnya mencecah 53.68%. Kapasiti premium jenamanya juga bertambah baik secara berterusan sementara purata harga jualan sebuah kenderaan mencecah CNY 100,800 dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya mencecah 12.15%. Peningkatan pengalaman yang dibawakan oleh pelaksanaan teknologi berpandangan jauh yang berterusan juga merupakan faktor penting bagi peningkatan berterusan jumlah jualan GWM. Dalam separuh pertama tahun 2021, GWM melabur sebanyak hampir CNY 2.9 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi dengan peningkatan sebanyak 63.15% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu. Pelaburan berkenaan telah digunakan untuk mempercepatkan pengenalan kepada teknologi berpandangan jauh seperti kuasa bahan api yang cekap, pemanduan pintar dan kabin pintar kepada produk baharu dan untuk memperkukuh inovasi tenaga baharu serta teknologi pintar.

Hasil daripada prestasi cemerlang 3rd Gen HAVAL H6, HAVAL JOLION, GWM POER serta model-model global yang lain dalam pasaran luar negara seperti Rusia, Australia, Chile dan Afrika Selatan, jualan luar negara GWM mencecah paras tinggi yang baharu, dengan jumlah jualan luar negara berjumlah 61,559 buah kenderaan dalam separuh pertama tahun tersebut dan pertumbuhan sebanyak 133.24% berbanding tahun sebelumnya, yang menyumbang selanjutnya kepada pertumbuhan mantap prestasi setengah tahun tersebut. Memandangkan permintaan pasaran global yang besar, GWM mencadangkan matlamat strategik baharu dengan jumlah jualan luar negara berjumlah 1 juta kenderaan pada tahun 2025 dan telah melakukan usaha yang berterusan untuk tujuan ini. Baru-baru ini, GWM dan Daimler Group menandatangani satu perjanjian berhubung pemerolehan kilang Erasemapolis di Brazil. Langkah ini akan mempercepatkan pembangunan GWM dalam pasaran Amerika Selatan. Dalam masa yang sama, GWM juga telah menembusi pasaran-pasaran luar negara termasuk Nepal, Iraq dan Brunei menerusi produk-produknya seperti 3rd Gen HAVAL H6, HAVAL JOLION serta GWM POER dan terus meluaskan pasaran Asia Selatan, Timur Tengah dan ASEAN.

Seterusnya, dengan Strategi 2025 sebagai prinsip panduan dan transformasi menjadi "syarikat teknologi mobiliti global" sebagai matlamatnya, GWM akan terus berusaha sedaya upaya dan menangani segala kesukaran bagi menggalakkan peningkatan matriks jenama produk yang berterusan serta kekuatan R&D saintifik dan teknologi, memperkukuh pembangunan globalnya dan juga berusaha mencapai puncak pembangunan yang baharu.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Earnings