omniture

eCloudvalley: Salah Tanggapan Berkisarkan Penerimaan Pengkomputeran Awan untuk Perusahaan

eCloudvalley
2021-09-06 08:00 64

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 September 2021 /PRNewswire/ -- Faruq Ahmad Kamal, Solutions Architect Manager, eCloudvalley, berkongsi pandangan beliau mengenai Salah Tanggapan Berkisarkan Penerimaan Pengkomputeran Awan untuk perusahaan (The Fallacy Surrounding Cloud Adoption for Enterprises).

Biarpun pengkomputeran awan mempunyai banyak faedah, ianya boleh menjadi sesuatu yang menakutkan untuk diceburi bagi sesetengah pihak. Terdapat berberapa alasan mengapa kebanyakan perusahaan membuat keputusan untuk memindahkan bebanan pengkomputeran mereka ke pengkomputeran awan. Salah satunya adalah mungkin tamat tempoh penyewaan pusat data mereka atau perusahaan tersebut meneroka beberapa perkhidmatan kognitif untuk meningkatkan keupayaan analitik data mereka. Meskipun alasannya berbagai, peralihan ke pengkomputeran awan merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Kebiasaannya pihak perusahaan berasa teruja untuk memindahkan data-data mereka ke pengkomputeran awan untuk menikmati faedah-faedah yang ditawarkan meskipun pihak perusahaan tidak mempunyai kepakaran di dalam bidang tersebut. Walaupun ini merupakan langkah pertama mereka, objektif yang boleh dicapai haruslah di selaraskan untuk tidak mendatangkan kekecewaan kepada pihak perusahaan. Salah satu tanggapan yang selalu di terima pakai adalah di mana aplikasi di pengkomputeran awan tidak akan rosak. Manakala ada juga pihak yang percaya bahawa aset mereka selamat di dalam pengkomputeran awan. Dalam sesetengah scenario, mereka percaya ini merupakan penyelesaian terbaik yang ditunggu-tunggu, seringkali menyebabkan mereka mengabaikan amalan terbaik semasa memindahkan bebanan kerja ke pengkomputeran awan. Ini adalah merupakan beberapa contoh tanggapan mitos dalam kalangan perusahaan mengenai perkara ini.

Adalah lebih baik untuk bermula dari awal, tetapi ianya lebih selamat apabila ia dibimbing oleh seorang yang pakar di dalam bidang ini. Mereka yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam, mungkin mengambil langkah yang salah selain mengelirukan mereka. Sebagai contoh, pihak perusahaan mungkin mengharapkan ketahanan aplikasi mereka walaupun mereka menempatkan bebanan kerja mereka dalam satu zon. Ini merupakan contoh klasik yang menunjukkan kegagalan untuk mematuhi amalan terbaik pengkomputeran awan memandangkan kita perlu menempatkan bebanan kerja kita merentas dua atau lebih zon demi ketahanan aplikasi. Selain menangani isu ketahanan, aspek keselamatan juga merupakan faktor paling kritikal apabila memindahkan bebanan kerja seseorang ke pengkomputeran awan. Di AWS dan eCloudvalley, kami percaya aspek keselamatan merupakan job zero.

Sesetengah pihak mungkin bingung mengapa pengkomputeran awan boleh menjadi sesuatu yang menakutkan. Terdapat banyak perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia dipakai di pengkomputeran awan yang mungkin dapat menimbulkan perasaan was-was buat mereka yang masih baharu dalam bidang ini. Tanpa pemahaman yang mendalam, seseorang mungkin memilih perkhidmatan yang salah untuk tujuan yang salah. Trend yang popular pada ketika ini ialah containers untuk menguruskan aplikasi seseorang di pengkomputeran awan. Bagi adaptasi aplikasi di dalam container, AWS mempunyai banyak perkhidmatan yang tersedia untuk perkara ini. Terdapat pepatah klasik dalam kesusasteraan Melayu yang berbunyi, "Ukur baju di badan sendiri" di mana ia membawa maksud bahawa kita harus mengenali pengelolah yang menyusun strategi perjalanan pengkomputeran awan kita. Bagi sebuah perusahaan yang mempunyai berkebolehan untuk mengurus kluster mereka sendiri, mereka mungkin sesuai dengan AWS Kubernetes, manakala bagi mereka yang ingin fokus hanya pada aplikasi mereka lebih sesuai dengan AWS Fargate. Akhir kata, kita perlu akui bahawa pengkomputeran awan bukanlah sesuatu destinasi; ia merupakan satu perjalanan.

Tiada garis panduan atau resipi untuk menerangkan cara yang betul untuk memulakan penerimaan pengkomputeran awan. Perjalanan setiap pihak adalah unik mengikut kemampuan masing-masing. Lantaran itu, kebanyakan CSP mewujudkan Cloud Adoption Framework sebagai garis panduan untuk penerimaan pengkomputeran awan. Penting untuk dinyatakan berulang kali bahawa walaupun mempunyai rangka kerja membantu; pihak perusahaan harus mendidik diri mereka mengenai asas teknologi pengkomputeran awan dan berunding dengan pakar-pakar yang diperakui untuk belajar dengan lebih lanjut.

Peralihan ke pengkomputeran awan haruslah memuaskan dan bermanfaat untuk pihak perusahaan. Berilah peluang pada eCloudvalley untuk menjadi rakan kongsi pengkomputeran awan anda. Hubungi kami melalui emel di info@ecloudvalley.com.

 

Source: eCloudvalley
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Data Analytics