omniture

BeagleBone Black Baharu yang Boleh Didapati Daripada RS Components Mengurangkan Kos Perkomputeran Perkakasan Terbuka untuk Pembangun Aplikasi

RS Components
2013-06-28 10:00 136

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Ciri-ciri tertingkat ahli terbaharu keluarga BeagleBoard membolehkan penghasilan prototaip berprestasi lebih tinggi pada kos yang lebih rendah

RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), peneraju dunia dalam perkhidmatan tinggi pengedaran barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, hari ini telah mengumumkan ketersediaan BeagleBone Black, versi terkini BeagleBone, komputer Linux perkakasan terbuka bersaiz kad kredit boleh kembang daripada BeagleBoard.org yang bersambung kepada Internet dan menggunakan perisian seperti Android 4.0 dan Ubuntu.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

BeagleBone Black adalah BeagleBoard dengan tumpuan pengembangan tinggi yang menggunakan pemproses kos rendah ARM Cortex-A8 1-GHz Sitara AM3358 daripada Texas Instruments. Dijual pada separuh daripada harga BeagleBone asal, dan lengkap dengan semua aksesori yang diperlukan, BeagleBone Black membekalkan pembangun aplikasi dengan perkakasan dan teknologi perisian berprestasi lebih tinggi pada kos yang lebih rendah berbanding platform pembangunan yang sama di pasaran.

Set ciri-ciri BeagleBone Black termasuklah: HDMI atas papan, memori DDR3 512MB, Flash eMMC 2G atas papan; dan pengepala antara muka bersiri. Sama ada beroperasi secara bebas atau bergandingan dengan komputer lain, , BeagleBone Black menyediakan para pembangun dengan akses mudah kepada antara muka standard dalam industri dan ekosistem perisian dan peralatan yang serba maju. BeagleBone Black mempunyai kebolehan untuk menerima sehingga empat papan pengembangan atau kep yang boleh ditindan atas pengepala pengembangan. Sebahagian besar kep yang direka untuk BeagleBone asal juga boleh berfungsi dengan BeagleBone Black.

BeagleBone Black kini boleh didapati sekarang daripada RS Components dengan penghantaran pada hari yang sama. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.rs-components.com/beagleboneblack.

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics adalah jenama-jenama dagangan Electrocomponents plc, peneraju dunia dalam khidmat tinggi pengedaran produk elektronik dan penyelenggaraan. Beroperasi dalam 32 buah negara, kami menawarkan lebih daripada 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk-produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal utama, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, pengujian dan pengukuran, elektrik dan mekanik.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP1.24 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan-pautan ini:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di LinkedIn:
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan-pautan berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components 
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
Esoochun.tan@rs-components.com 
T: +65-6391-5745 

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Akaun Kanan
Erscsg@hoffman.com 
T: +65-6361-0250

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services