omniture

Arctech bakal Bekalkan Penjejak SkySmart II 2.1GW untuk Loji Janakuasa PV Terbesar di Timur Tengah

Arctech
2021-09-08 02:58 80

SHANGHAI, 8 September 2021 /PRNewswire/ -- Arctech, penyedia penyelesaian penjejakan, penyusunan dan BIPV yang utama di dunia, mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian pembekalan penjejak 2.1GW bersama China Machinery Engineering Corporation (selanjutnya "CMEC") pada 3 September, untuk loji janakuasa PV Al Dhafra PV2 di Abu Dhabi, UAE. Apabila siap, loji tersebut akan menjadi yang terbesar seumpamanya di Timur Tengah dan dapat membekalkan kuasa elektrik yang secukupnya untuk memberi kuasa kepada 160,000 keluarga tempatan sambil mengimbangi emisi sebanyak lebih daripada 3.6 juta tan CO2/tahun.

Arctech was selected to supply 2.1GW SkySmart II trackers for the largest PV power plant in the Middle East.
Arctech was selected to supply 2.1GW SkySmart II trackers for the largest PV power plant in the Middle East.

Tapak projek tersebut mempunyai banyak cahaya matahari; namun begitu, keadaan semula jadinya yang buruk dengan suhu yang tinggi, ribut pasir yang kuat dan persekitaran yang sangat menghakis mencadangkan keperluan ketat terhadap keandalan sistem penjejakan. Selepas melalui penilaian yang teliti, Arctech dipilih sebagai pembekal penjejak dan projek tersebut akan menerima pakai produk utama Arctech, SkySmart II, iaitu sistem penjejakan pemanduan selari berbilang titik diperakui oleh IEC pertama yang mampu bertahan dengan persekitaran semula jadi yang mencabar dan mengurangkan kos setiap KWj dalam projek tersebut dengan ketara.

Di upacara penandatanganan perjanjian pembekalan, Arctech dan CMEC turut menandatangani perjanjian rangka kerja berhubung kerjasama strategik. Di bawah perjanjian tersebut, kedua-dua syarikat akan mengukuhkan kerjasama yang mendalam menerusi pasaran global berdasarkan kepada faedah bersama dan prinsip saling menguntungkan.

"Ditubuhkan pada tahun 1978, CMEC ialah subsidiari utama China National Machinery Industry Corporation Ltd (Sinomach), sebuah syarikat Global Fortune 500 dan syarikat perindustrian dan perdagangan yang pertama di China. Sebagai EPC yang terkenal di dunia, ia menikmati pengalaman selama lebih daripada 40 tahun dalam industri kejuruteraan antarabangsa dengan perniagaan mencakupi 47 negara dan wilayah di seluruh dunia," kata Yan Weihua, Pengurus Besar Bahagian Loji Siap ke-4 di CMEC. "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Arctech sekali lagi untuk satu lagi projek penanda aras di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan. Pada masa akan datang, kami akan memperdalam lagi kerjasama yang komprehensif bersama Arctech terutamanya dalam tenaga solar, BIPV dan projek tenaga baharu yang lain untuk perkongsian sumber serta kelebihan pelengkap dan akhirnya meningkatkan daya saing global."

Sebagai salah satu pembekal utama CMEC, Arctech telah bekerjasama dengan CMEC dalam pelbagai projek PV. "Bagi memenangi projek PV yang terbesar di Timur Tengah, Arctech melabur beribu-ribu jam sumber jurutera dari pejabat-pejabat di China, UAE dan Sepanyol, menganalisis berpuluh-puluh konfigurasi sistem penjejakan dan menghantar lebih daripada 30,000 halaman dokumen teknikal. Mujurlah usaha kami amat diiktiraf oleh CMEC dan semua pihak yang berkaitan, yang mana saya benar-benar berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan mereka dan menunjukkan penghargaan saya terhadap pasukan teknikal, jualan dan projek kami atas kerja keras mereka," kata Guy Rong, Presiden Perniagaan Global di Arctech. "Kini, tibalah masanya untuk menunjukkan komitmen kami terhadap kualiti produk, penyerahan dan perkhidmatan yang tepat pada masanya. Kami percaya projek tersebut akan dihubungkan ke grid dengan jayanya tepat pada masanya. Sementara itu, perjanjian rangka kerja yang ditandatangani hari ini juga menunjukkan bahawa Arctech dan CMEC berkongsi kepentingan bersama dan hasrat kerjasama yang luas. Kami akan berusaha dengan aktif untuk memperdalam kerjasama dalam lebih banyak projek tenaga baharu dan mencipta lebih nilai dengan mengaplikasikan teknologi yang inovatif."

Source: Arctech
Related Stocks:
Shanghai:688408
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts