omniture

XCMG Lapor Pendapatan CNY 53.2 Bilion dalam Separuh Pertama 2021, Catat Paras Tinggi Baharu dalam Pendapatan, Keuntungan Bersih dan Aliran Tunai

XCMG
2021-09-08 03:06 104

XUZHOU, China, 8 September 2021 /PRNewswire/ -- XCMG (000425.SZ), disenaraikan sebagai pengeluar ketiga terbesar bagi jentera pembinaan secara global oleh KHL, mengeluarkan laporan separuh tahunannya untuk Separuh Pertama 2021 pada 31 Ogos, melaporkan pendapatan sebanyak 53.234 bilion yuan (USD 8.247 bilion) menunjukkan pertumbuhan 51.8% berbanding tahun sebelumnya. XCMG juga telah mencapai 3.803 bilion yuan (USD 589.165 juta) bagi keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang kepentingan syarikat yang disenaraikan, meningkat 84.46% berbanding tahun sebelumnya dan 3.751 bilion yuan (USD 581.127 juta) aliran tunai bersih daripada aktiviti-aktiviti operasi, melonjak 648.58% berbanding tahun sebelumnya.

XCMG Reports CNY 53.2 Billion Revenue in H1 2021, Setting New Highs in Revenue, Net Profit and Cash Flow.
XCMG Reports CNY 53.2 Billion Revenue in H1 2021, Setting New Highs in Revenue, Net Profit and Cash Flow.

Penunjuk kewangan utama termasuk:

  • Pendapatan kendalian syarikat mencecah 53.234 bilion yuan (USD 8.247 bilion), peningkatan sebanyak 51.8% berbanding tahun sebelumnya, yang mana pendapatan luar negara menyumbang sebanyak 4.854 bilion yuan (USD 752 juta), dengan pertumbuhan 68.5% berbanding tahun sebelumnya.
  • XCMG memfokuskan terhadap kaitan keuntungan yang lemah, terus mengoptimumkan barisan produknya dan proses pengurusan untuk meningkatkan prestasi dan keuntungan. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada syarikat induk adalah sebanyak 3.803 bilion yuan (USD 589.165 juta), peningkatan sebanyak 84.46% berbanding tahun sebelumnya.

Sesuatu yang luar biasa apabila XCMG dapat mencapai pertumbuhan berkualiti tinggi pada suku kedua tahun 2021 walaupun dengan penurunan jualan industri dan kenaikan mendadak dari segi kos bahan mentah, lalu menunjukkan keuntungan yang kukuh serta kefleksibelan pembangunan.

Pada separuh pertama tahun 2021, XCMG aktif mempromosikan penyenaraian keseluruhan XCMG Engineering Machinery Co., Ltd. dan memberi inspirasi kepada bahagian pengurusan dan kakitangan untuk memulakan projek baharu dengan penuh semangat.

Meningkatkan Daya Saing Teras, Semua Sektor Berkembang Pesat

XCMG merupakan pengeluar dengan barisan produk dan susun atur yang paling komprehensif dalam industri jentera pembinaan global. Dalam separuh pertama tahun ini, jualan lapan produk peralatan utama meningkat sebanyak 32.9% berbanding tahun sebelumnya dalam pasaran manakala pertumbuhan 43.4% yang dicapai oleh XCMH adalah 10.4% lebih tinggi berbanding purata industri. Portfolio produk XCMG kini maju sepenuhnya, lalu mempamerkan kelebihan daya saing teras yang selanjutnya.

Peningkatan 70% dalam Jualan Luar Negara Mencerminkan Peningkatan Keupayaan Operasi Antarabangsa yang Komprehensif

Melihat kepada komposisi pendapatan kendalian, pendapatan jualan domestik XCMG dalam separuh pertama tahun 2021 meningkat 50.30% berbanding tahun sebelumnya manakala pendapatan jualan luar negara meningkat 68.50% berbanding tahun sebelumnya, menonjolkan kejayaan luar biasa strategi antarabangsa utamanya.

XCMG Brazil telah memenangi pesanan terbesar di Amerika Selatan sejak 10 tahun yang lalu manakala Schwing Jerman memainkan peranan penting sebagai platform luar negara untuk menyelaraskan perniagaan antarabangsa XCMG di Jerman, Amerika Syarikat dan India.

Dalam separuh pertama tahun ini, XCMG mempercepatkan pembinaan saluran pasaran luar negara, outlet servis dan sistem jaminan alat ganti, lalu mengukuhkan lagi seni bina pemasaran dan perkhidmatan antarabangsanya. Syarikat berkenaan telah mempromosikan "Program Perkongsian Perniagaan Global" dan menandatangani perjanjian dengan 25 pengedar luar negara yang baharu.

Peningkatan 64.43% dalam R&D Mendorong Transformasi Digital XCMG Sepenuhnya bagi "Pembuatan Pintar 4.0"

Dalam separuh pertama tahun 2021, XCMG melabur sebanyak 2.218 bilion yuan (USD 343.656 juta) dalam perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), satu peningkatan 64.43% berbanding tahun sebelumnya dan proposisi pelaburan R&D menyumbang sebanyak 4.17% daripada pendapatan kendalian.

XCMG akan menggalakkan transformasi digitalnya berdasarkan model "Pembuatan Pintar 4.0" baharu, mengukuhkan susun atur dan pembinaan teknologi maklumat generasi baharu termasuk data raya, kecerdasan buatan, 5G, internet industri dan kembar digital selain mempercepatkan pembuatan pintar untuk mencapai kedudukan utama di seluruh dunia.

Setakat akhir bulan Jun pada tahun 2021, XCMG memegang sejumlah 6,075 paten yang sah termasuk 1,569 paten untuk penciptaan dan 99 paten antarabangsa. Dalam separuh pertama tahun 2021, XCMG merangka lapan piawaian nasional dan industri. Secara terkumpul, XCMG memiliki lima paten antarabangsa serta merangka 180 piawaian nasional dan industri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.xcmg.com.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Construction/Building Internet Technology Machinery Mining/Metals Telecommunications Transportation Earnings Earnings projections or forecasts