omniture

Hisense VIDAA Meraih Tempat Pertama Ujian Khalayak Ramai Enam TV Pintar Baharu di Beijing

Huxiu.com
2013-06-28 10:42 1018

BEIJING, 28 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Tiga belas profesional IT terkemuka menghakimi prestasi TV pintar melalui satu ujian khalayak ramai untuk model-model baharu enam jenama paling laris dijual di China: Hisense, Skyworth, TCL, Samsung, Sony dan Sharp pada 25 Jun. Proses ujian itu dipantau oleh 20 saluran berita di Beijing dan Pejabat Notari Awam Beijing Oriental. Acara itu ditaja oleh Huxiu.com.

Keputusannya dibahagikan kepada dua bahagian, kuantitatif dan kualitatif. Secara keseluruhannya, 23 aspek telah dihakimi, termasuk kelajuan untuk dihidupkan, kemudahan suis fungsi, interaktiviti berbilang skrin, bilangan aplikasi, tontonan langsung, siaran pod VOD, pelaksanaan beberapa tugas serentak, rekaan UI, penayangan luar talian, penggunaan alat kawalan jauh dan lain-lain lagi. Semua TV telah dibeli oleh Huxiu.com di bawah pengawasan orang ramai daripada Suning Appliance di Beijing bagi memastikan pilihan dibuat secara rawak.

Hisense 55K600X3D VIDAATV meraih tempat pertama, diikuti oleh Sony KDL-55W900A, TCL L55E5500A-3D dan Samsung UA55F6400AJ. Tempat kelima dan keenam jatuh kepada Skyworth 55E760A dan Sharp LCD-52LX845A.

Hisense merupakan salah satu bilangan syarikat yang sedikit yang menunjukkan kemampuan mereka menjalankan beberapa tugas serentak tanpa gangguan dalam ujian lapangan itu, sementara para hakim pula kagum dengan proses but semula Samsung dalam masa kurang daripada sepuluh saat selepas ia dimatikan, hasil daripada fokus Samsung terhadap perincian produk. Sony dipuji kerana rekaan teknikal cemerlangnya, tetapi para hakim menyatakan, "Kami tidak tahu sama ada fokusnya terhadap alat kawalan jauh atau terhadap TV," yang mendedahkan jurang antara perkakasan Sony yang hebat dengan alat kawalan jauhnya. Kedua-dua produk TCL dan Skyworth dianggap ekstrem dalam rekaan mereka – alat kawalan jauh TCL adalah terlalu ringkas, sementara pencarian antara muka USB Skyworth pula sangat sukar.

Data daripada Pemantau Pasaran China menunjukkan bahawa dalam masa lima bulan pertama tahun 2013, lebih 50 peratus TV yang dijual di China ialah TV pintar; 70 peratus daripada pengguna yang dikaji selidik mengatakan bahawa pembelian mereka seterusnya ialah sebuah TV pintar. Dijangkakan menjelang tahun 2015, jualan TV pintar akan merangkumi lebih 90 peratus daripada jumlah di China. Huxiu.com percaya bahawa pada titik peralihan yang besar ini, satu kejadian tunggal tidak boleh memberikan keputusan muktamad tentang TV apakah yang terbaik. Namun, ujian ini memberi petunjuk yang baik mengenai jenama yang akan menyediakan nilai maksimum.

(photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/06/26/20130626134329190551.html)

(photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/06/26/20130626134556198873.html)

(photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/06/26/20130626152000225893.html)

Markah 10 Ujian Unik, Jumlah Markah: 60

Kedudukan

Jenama

Model

Jumlah Markah

1

Hisense

LED55K600X3D

55.3

2

Sony

KDL-55HX950

31.5

3

TCL

L55E5500A-3D

31.2

4

Samsung

UA55F6400AJ

30.6

5

Skyworth

55E760A

21.8

10 Kriteria untuk Pengalaman TV Pintar

1

Tempoh masa permulaan operasi

Pelanggan mahu TV mereka terus berfungsi sebaik sahaja mereka menghidupkannya. TV pintar yang tidak teroptimum but terlalu perlahan dan memberi impak negatif ke atas pengalaman pengguna. Oleh itu, tempoh masa bermula dari masa memetik butang 'on' sehingga ke masa operasi penuh merupakan langkah pertama mengukur "kepintaran" TV baharu itu.

2

Kemudahan suis fungsi

TV pintar menyepadukan banyak fungsi, tetapi para pengguna kecewa dengan kerumitan untuk bertukar-tukar antara semua fungsi itu. Kebolehan bertukar antara fungsi asas dengan mudah merupakan komponen penting bagi TV yang benar-benar pintar.

3

Bilangan app pintar

Lebih banyak app yang "tersedia dari kilang" dimasukkan, pengalaman pengguna menjadi lebih baik.

4

Pengalaman TV langsung       

Kelajuan, kejelasan dan rekaan tersuai khusus adalah sangat penting.

5

Kepintaran VOD dalam talian 

Kepantasan VOD, fungsi memori tersuai khusus dan kemampuan menyarankan rancangan secara pintar kepada para pengguna merupakan ciri-ciri utama pengalaman VOD.

6

Kemampuan berbilang tugas

Sama ada TV itu boleh memproses berbilang arahan secara pantas dan tepat tanpa sela masa ialah satu ciri kepintaran.

7

Rekaan UI                

Interaksi mesin-manusia, logik operasi mudah dan antara muka yang direka dengan baik adalah penting untuk pengalaman pengguna.

8

Kebolehan menyahkod media    

Kemampuan sebuah TV pintar menyahkod dan memainkan video,filem HD, gambar-gambar yang disimpan di dalam pemacu USB dan MTV dalam pelbagai format adalah sangat penting.

9

Interaksi manusia-mesin untuk alat kawalan jauh

Sudah jelas bahawa pengguna lebih memilih alat kawalan jauh yang mempunyai tata atur yang mudah dan logik, selesa dipegang,

mudah bertindak balas dan mempunyai interaksi manusia-mesin yang bagus.

10

Keterhubungan skrin       

Keterhubungan skrin dengan peranti mudah alih seperti komputer tablet dan telefon bimbit merupakan metrik terbaharu bagi mengukur darjah kepintaran.

 

Source: Huxiu.com
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Television Awards