omniture

Xinhua Silk Road: Industri pelancongan Mudanjiang bakal ditingkatkan dengan menganjurkan persidangan pelancongan wilayah yang penting

Xinhua Silk Road
2021-09-08 13:34 68

BEIJING, 8 September 2021 /PRNewswire/ -- Persidangan Pembangunan Industri Pelancongan ke-4 Wilayah Heilongjiang telahpun diadakan di bandar Mudanjiang mulai 1 hingga 3 September dan dijangka mempromosikan sumber pelancongan bandar Mudanjiang dan meningkatkan pembangunan industri pelancongannya.

Photo shows the opening ceremony of the 4th Tourism Industry Development Conference of Heilongjiang Province held in Jingpo Lake, Sept. 1, 2021.
Photo shows the opening ceremony of the 4th Tourism Industry Development Conference of Heilongjiang Province held in Jingpo Lake, Sept. 1, 2021.

Dengan tema "Pemandangan Jingpo seakan-akan cermin dan hutan bersalji seluas lautan," majlis perasmian utama Persidangan Pembangunan Industri Pelancongan Wilayah Heilongjiang, mesyuarat tahunan industri pelancongan wilayah yang penting, diadakan secara dalam talian mahupun luar talian di Tasik Jingpo, pemandangan yang terkenal di bandar Mudanjiang.

Sebagai bandar tuan rumah Persidangan Pembangunan Industri Pelancongan ke-4 Wilayah Heilongjiang, bandar Mudanjiang telah menetapkan matlamat untuk meningkatkan keupayaan pembangunan pelancongan yang komprehensif untuk lebih mengukuhkan pembinaan wilayah pelancongan Heilongjiang yang mantap. Bagi memperoleh pencapaian baharu dalam pembangunan pelancongan, bandar ini bersedia untuk mewujudkan enjin baharu untuk pembangunan yang berkualiti tinggi, membina corak pembangunan berasaskan pelancongan seluruh kawasan yang baharu dan memupuk bahagian penting yang baharu untuk penggiatan semula luar bandar, demi menggalakkan sepenuhnya penaiktarafan dan inovasi industri pelancongan.

Memfokuskan kepada pembangunan berasaskan pelancongan untuk semua kawasan, Mudanjiang telah mempromosikan sejumlah 177 projek pembinaan dan transformasi. Dalam masa yang sama, bandar ini memperkayakan lagi bekalan produk pelancongan di seluruh wilayah tersebut dan 66 produk pelancongan yang baru dibangunkan serta laluan perjalanan dalam 7 kategori, termasuk pelancongan ekologi, pelancongan ais dan salji serta pelancongan merah iaitu pelancongan berkaitan budaya yang revolusioner.

Sebagai kemuncak persidangan ini, Mudanjiang melancarkan 29 projek demonstrasi menerusi 5 tema utama termasuk produk pelancongan merah klasik, produk penggiatan semula luar bandar, produk gabungan antara kebudayaan dan pelancongan, produk didayakan teknologi dan produk peningkatan kualiti, lalu menunjukkan sepenuhnya kekayaan sumber dan ciri-ciri pelancongan Mudanjiang.

Antara sumber dan produk pelancongan ini, Mudanjiang telah mempromosikan pembinaan 35 tempat pemandangan budaya merah dan tempat tema, membina sekumpulan produk penggiatan semula luar bandar dan mempromosikan 7 tempat tarikan bersepadu kebudayaan dan pelancongan.

Di samping itu, Mudanjiang memanfaatkan kaedah saintifik dan teknologi untuk meningkatkan tahap digital pengurusan pelancongan, perkhidmatan dan produk melalui inovasi dalam bentuk paparan, kaedah perkhidmatan dan pengalaman yang imersif. Memfokuskan untuk memperluaskan rantaian industri dan meningkatkan kualiti, bandar ini mempromosikan dengan aktif projek-projek pengubahsuaian dan penaiktarafan 8 tempat pemandangan lama termasuk Tasik Jingpo, yang telah mempercepatkan pembangunan semula tempat permandangan yang begitu terkenal ini.

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Construction/Building Entertainment Publishing/Information Service Travel Trade show news