omniture

Keek Lancarkan App Video Sosial Windows Phone 8

Keek
2013-06-28 11:23 139

- PERLUASAN PLATFORM BERBILANG MEMBAWA KEEK KEPADA LEBIH RAMAI PENGGUNA

TORONTO, 28 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Keek hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan app platform mudah alih Microsoftnya. Mereka yang sudah tidak sabar-sabar menunggu ketibaan Keek melalui Windows Phone 8 kini boleh mencipta dan berkongsi video ke seluruh dunia dengan rangkaian video sosial popular itu.

 (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130117/NY44000LOGO-b )

Keek ialah app video sosial rasmi pertama yang boleh didapati di Windows Phone Store. App ini menyediakan pengguna banyak ciri-ciri yang boleh ditemui dalam versi seangkatannya dalam iOS, Android dan BlackBerry, walaupun begitu ia memberi pengalaman pengguna yang unik kepada Windows Mobile OS.

"Kami telah menerima banyak permintaan untuk menyokong peranti Windows Phone," Isaac Raichyk, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Keek menyatakan. "Kami teruja kerana dapat membawakan pengalaman Keek kepada golongan penonton lain pula."

Keek terus berkembang dengan meluas apabila ia dilancarkan di pelbagai platform berbeza. Pelancaran Keek untuk Windows Phone 8 memberikan akses kepada komuniti yang baharu sepenuhnya, menambah kepada rangkaian semasa yang terdiri daripada 50 juta pengguna dalam masa 6 bulan lepas. Keek telah menjadi app rangkaian sosial #1 dalam 70 buah negara. Semasa bulan Mei, rangkaian sosial itu telah dilawati sebanyak lebih daripada 186 juta kali, paparannya dilayari sebanyak 3.5 bilion kali dan 632 juta video telah ditonton.

App Keek kini boleh dimuat turun daripada Windows Phone Store.

Untuk maklumat lanjut mengenai Keek, sila lawati http://www.keek.com/about

Mengenai Keek

Keek adalah rangkaian sosial baharu yang membenarkan pengguna mencipta video 36 saat (dikenali sebagai "keek") dan terus berkongsinya dengan orang lain di seluruh dunia. Boleh didapati untuk Android, iPhone, BlackBerry, Windows Phone 8, dan komputer meja, Keek mudah digunakan, sangat pantas dan 100% percuma. App ini boleh didapati melalui App Store, Google Play, BlackBerry World dan kini melalui Windows Phone Store.

Hubungan Media:
Miranda McCurlie
P: 1.416.782.0200 samb. 252
M: 1.416.566.8919
E-mel: press@keek.com

Source: Keek
Keywords: Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media New products/services