omniture

eMeter, A Siemens Business Menunjukkan Kemampuan Mengukur Sehingga 50 Juta Meter bagi Menyediakan Utiliti Pelbagai Saiz dengan Pertumbuhan Bebas Risiko

eMeter
2013-06-28 14:34 239

FOSTER CITY, Calif., 28 Jun 2013 /PRNewswire/ --

- Platform Aplikasi Smart Grid EnergyIP® Mencapai Status Oracle Exadata Optimized

eMeter, A Siemens Business hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyiapkan ujian penanda aras 50 juta meter, bermakna Platform Aplikasi Smart Grid EnergyIPnya boleh menyediakan utiliti pelbagai saiz dengan analisis penggunaan tenaga yang diperlukan untuk pertumbuhan bebas risiko. Sebagai sebahagian daripada proses penandaan aras itu, eMeter mencapai status Oracle Exadata Optimized melalui Oracle PartnerNetwork (OPN), lalu menunjukkan bahawa EnergyIP telah diuji dan ditala dengan Mesin Pangkalan Data Oracle Exadata untuk memberikan kepantasan, kebolehskalaan dan keandalan kepada pelanggan utiliti tenaga dan air.

eMeter, A Siemens Business telah diperoleh oleh Siemens pada bulan Januari 2012 dan merupakan salah sebuah batu asas strategik Smart Grid Siemens dan penjana perisian yang bertanggungjawab untuk Platform Aplikasi Grid Siemens. EnergyIP digunakan oleh utiliti tenaga elektrik, gas dan air di lebih 16 buah negara. eMeter, A Siemens Business ialah ahli tahap Emas dalam Oracle PartnerNetwork.

"Menurut pengujian, kami mencapai pemprosesan pembacaan meter yang mampan untuk lebih 400 juta sela masa per jam, menyelesaikan pemprosesan dalam masa kurang daripada enam jam, melebihi kriteria pengendalian harian untuk mengukur 50 juta meter dengan hanya menggunakan kurang daripada 60% sumber Oracle Exadata sahaja," kata Lisa Caswell, Presiden, eMeter, A Siemens Business. "Keputusan ini menunjukkan bahawa EnergyIP, bekerjasama dengan Mesin Pangkalan Data Oracle Exadata boleh menyediakan kebolehskalaan yang menerajui industri dan memberi data penggunaan tenaga berkualiti pengebilan yang sedia digunakan oleh berbilang aplikasi, termasuk analisis. Faktor seperti penyatuan dan pertumbuhan perkhidmatan yang dikongsi bermakna banyak utiliti terpaksa mengurus bilangan data yang kian meningkat. Kemampuan mengukur hingga ke 50 juta meter memastikan prestasi yang boleh diramal dan stabil kepada pelanggan kami, bersama pertumbuhan bebas risiko dan jalan penskalaan."

"eMeter, A Siemens Business, bekerjasama dengan Oracle bagi menguji kebolehskalaan Platform Aplikasi Smart Grid kami, EnergyIP, dengan Oracle Exadata. Hasil keputusan yang menakjubkan membuktikan bahawa Mesin Pangkalan Data Oracle Exadata boleh menyokong keperluan penyedia utiliti mega dan perkhidmatan awan yang mendesak, dengan prestasi terbukti dalam julat 50 juta meter," kata Shannon Amerman, Naib Presiden Gabungan, eMeter, A Siemens Business.

Pengujian EnergyIP 7.6 dengan Oracle Exadata berdasarkan beberapa senario dunia sebenar yang memerlukan anggaran data yang hilang, pengkomputeran dan pemberian nilai pengebilan masa penggunaan, dan mengemas kini rekod pangkalan data yang berkaitan dengan pemasangan meter pintar isipadu tinggi dan perubahan pelanggan harian normal. Digabungkan dengan pemprosesan pembacaan meter, senario "kehidupan seharian" ini memerlukan kurang daripada sembilan jam masa pemprosesan dan mempunyai purata rendah berbanding 50% daripada kapasiti Oracle Exadata.

Oracle Exadata Optimized merupakan sebahagian daripada program Oracle Exastack Optimized yang membenarkan rakan kongsi, seperti eMeter, A Siemens Business, menggunakan kelebihan sumber pembolehan OPN dan persekitaran makmal khusus untuk membantu membangunkan, menguji dan menala aplikasi mereka pada sistem-sistem yang direka bentuk Oracle Exadata, Oracle Exalogic Elastic Cloud, dan Oracle SPARC SuperCluster. Oracle Exadata memberikan prestasi ekstrem dan merupakan platform pangkalan data ideal untuk aplikasi OLTP, gudang data serta beban tugas pengkomputeran awan berkepelbagaian yang tidak boleh dijangka. Ia merupakan pakej lengkap untuk pelayan, penyimpanan, perangkaian dan perisian yang boleh diskalakan secara besar-besaran, selamat dan lewah.

Oracle mengiktiraf eMeter, A Siemes Business kerana membangunkan, menguji dan menala EnergyIP 7.6 pada Oracle Exadata Database Machine dengan status Oracle Exadata Optimized yang diperoleh. Pelanggan boleh yakin apabila memilih EnergyIP 7.6 yang telah diuji dan ditala dengan matlamat mencapai prestasi, kebolehskalaan dan keandalan optimum.

"Oracle Exastack Optimized mengiktiraf rakan kongsi yang telah mengoptimumkan penyelesaian mereka pada prasarana lengkap, bersepadu dan sedia awan bagi membantu mereka memecutkan inovasi, menemui ciri-ciri dan fungsian baharu dan memberi nilai bertaraf tinggi kepada pengguna," kata Chris Baker, Timbalan Presiden Kanan, Jualan ISV dan OEM Sedunia, Oracle. "Dengan mencapai status Oracle Exadata Optimized, eMeter, A Siemens Business telah menunjukkan bahawa Platform Aplikasi Smart Grid yang mereka gunakan iaitu EnergyIP telah diuji dan ditala untuk bekerja dengan Oracle Exadata Database Machine memberikan prestasi optimum, kebolehskalaan dan keandalan kepada pelanggan mereka."

Mengenai eMeter, A Siemens Business

eMeter, A Siemens Business menyediakan perisian penting yang membolehkan utiliti tenaga elektrik, gas dan air merealisasikan faedah penuh Smart Grid. Utiliti utama seluruh dunia bergantung kepada perisian pengurusan Smart Grid eMeter bagi mengurangkan kos operasi, meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan memacu keberkesanan tenaga. Dengan pengaturan kedudukan skala besar paling banyak dalam industri ini dan kerjasama strategik dengan Accenture, IBM, Oracle, dan SAP, eMeter telah membina reputasi kepakaran yang tiada tandingan dan memastikan kejayaan pelanggan. Untuk maklumat lanjut lawati: http://www.emeter.com.

Siemens Smart Grid memperoleh eMeter pada bulan Januari 2013 selepas bekerjasama dalam satu hubungan kerja strategik yang sangat berjaya selama beberapa tahun. eMeter, A Siemens Business ialah salah sebuah batu asas strategik Smart Grid Siemens dan bertindak sebagai penjana Perisian yang bertanggungjawab secara hujung ke hujung bagi Platform Aplikasi Grid Siemens.

Mengenai Program Oracle Exastack

Program Exastack Oracle membolehkan Vendor Perisian Bebas (ISVs) dan ahli-ahli lain Oracle PartnerNetwork (OPN) membina dengan pantas dan memberi aplikasi yang lebih cepat dan andal. Menggunakan kelebihan program Oracle Exastack, ahli-ahli OPN yang berkelayakan mempunyai akses kepada pakar prestasi Oracle dan makmal khusus untuk menguji dan menala aplikasi mereka pada Oracle Exadata Database Machine, Oracle Exalogic Elastic Cloud dan Oracle SPARC SuperCluster. Dengan status Oracle Exastack Optimized, rakan kongsi akan menerima akses kepada penjenamaan Oracle yang sepadan, logo dan faedah yang berkaitan untuk membezakan tawaran mereka secara efektif. Para pelanggan boleh meyakini aplikasi Oracle Exastack Optimized yang dipilih akan disokong olehnya, dan telah diuji dan ditala bagi mencapai prestasi, kebolehskalaan dan kebergantungan optimum. Juga sebahagian daripada program itu, Oracle Exastack Ready dikhususkan untuk membantu ISV menjalankan penyelesaian mereka pada pengeluaran besar terbaharu Oracle Exadata Database Machine, Oracle Exalogic Elastic Cloud, Oracle SPARC SuperCluster dan produk-produk komponen mereka, termasuk Oracle Database, Oracle WebLogic Server, Oracle Solaris, Oracle Linux dan Oracle VM. Produk-produk ini menyediakan prasarana berkos lebih rendah dan berprestasi tinggi bagi pangkalan data dan beban kerja aplikasi merentasi persekitaran di premis dan berasarkan awan untuk rakan kongsi. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, lawati http://www.oracle.com/partners/goto/exastack

Mengenai Oracle PartnerNetwork

Oracle PartnerNetwork (OPN) Specialized ialah versi program rakan kongsi Oracle terkini yang menyediakan rakan kongsi dengan alat untuk membangun, menjual dan melaksanakan penyelesaian Oracle dengan lebih baik. OPN Specialized menawarkan sumber untuk melatih dan menyokong pengetahuan pakar untuk produk dan penyelesaian Oracle dan telah berkembang untuk mengenalpasti portfolio produk Oracle yang bertumbuh, tapak rakan kongsi dan peluang perniagaan. Apa yang penting dengan peningkatan terkini kepada OPN ialah kebolehan rakan kongsi membezakan melalui Pengkhususan. Pengkhususan dicapai melalui pembangunan kecekapan, keputusan perniagaan, kepakaran dan kejayaan yang terbukti. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, lawati http://www.oracle.com/partners.

Tanda niaga

Oracle dan Java ialah tanda niaga berdaftar untuk Oracle dan/atau syarikat-syarikat sekutunya.

Sumber: eMeter

Source: eMeter
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services New products/services