omniture

GoodWe sokong Malaysia terima tenaga solar

GoodWe
2021-09-09 09:04 71

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 September 2021 /PRNewswire/ -- Demi merebut peluang pasaran Malaysia, GoodWe, pengeluar penyongsang PV dan penyelesaian tenaga yang terkemuka di dunia turut bersaing untuk membantu negara ini mencapai sasaran penjanaan tenaga boleh diperbaharuinya. Dengan produk yang berkualiti tinggi, perkhidmatan tempatan yang cemerlang dan penyelesaian yang menjimatkan kos, GoodWe memberi jaminan untuk menjadi pilihan terbaik dalam pasaran yang akan menghasilkan tenaga mesra alam dengan pulangan ke atas pelaburan yang tinggi kepada pemilik dalam tempoh jangka panjang.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah menerbitkan beberapa dasar dan insentif untuk menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui, terutamanya tenaga solar, memandangkan projek-projek Utiliti di Malaysia mendapat kedudukan yang penting daripada Kitaran Pembidaan LSSPV.

Tender PV LSS4 pada tahun 2021 memberi kapasiti PV sebanyak 823 MW, dengan projek-projek bakal dipasang pada tahun 2023 dan 2024. Tender pertama, LSS1, memberikan 450 MW, diikuti dengan 563 MW dalam LSS2 dan 490 MW dalam LSS3. Walaupun projek-projek LSS1 telahpun siap sepenuhnya, 311 MW daripada projek LSS2 masih menunggu untuk disiapkan pada tahun 2021 dan 2022.

Selain mencapai sasaran penjanaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 7 GW menjelang tahun 2025, matlamat Malaysia turut mempertimbangkan Indeks emisi karbon global dan perlindungan terhadap alam sekitar. Berdasarkan kepada bidaan LSSPV dan dasar skim NEM 3.0, IHS Markit menjangkakan kapasiti solar terpasang Malaysia akan menyaksikan peningkatan tujuh kali ganda menjelang tahun 2030 daripada 1.49 GW pada penghujung tahun 2020. Ini membuka peluang yang luas kepada pengusaha tenaga antarabangsa untuk menembusi pasaran ini dan membuat perubahan yang besar dari segi cara negara ini menggunakan dan memindahkan tenaga. Daripada sumber yang mahal dan tidak stabil kepada sumber yang murah dan lestari.

Produk & perkhidmatan yang berkualiti tinggi dijamin oleh 11 tahun pengalaman dalam Penyelidikan & Pembangunan untuk penyelesaian PV, pelbagai anugerah dan pensijilan yang berprestij di dunia termasuk pembekal penyongsang Penyimpanan No.1 Global oleh Wood Mackenzie dan anugerah 'All Quality Matters' selama 6 tahun berturut-turut oleh TUV Rheinland.

Di samping itu, menerusi pelbagai portfolio produk, bermula daripada 0.7kW hingga 250kW, menawarkan perkhidmatan baik untuk sistem pada-grid dan PV penyimpanan, GoodWe dapat memenuhi semua keperluan. Terutamanya dalam sektor Perdagangan & Industri (C&I) dan Utiliti, siri HT GoodWe, 100 – 136kW, 1100V dan siri HT, 250kW, 1500V penyongsang rentetan merupakan antara penyongsang terlaris dijual di rantau SEA. Menerusi pelbagai MPPT, pemantauan, beban lebih & saiz lebih tahap rentetan pada kedua-dua sisi DC & AC serta fungsi keselamatan yang canggih, siri HT GoodWe merupakan pilihan terbaik untuk mengurangkan LCOE dan membantu menjana pendapatan yang lebih cepat untuk pelabur.

Latar Belakang GoodWe 

GoodWe ialah pengeluar penyongsang PV dan penyelesaian penyimpanan tenaga yang terkemuka di dunia dan disenaraikan sebagai syarikat awam berhad di Shanghai Stock Exchange (Kod Saham: 688390).

Dengan penghantaran terkumpul mencecah lebih daripada dua juta penyongsang dan pemasangan 23GW di lebih daripada 100 negara dan wilayah, penyongsang solar GoodWe telah digunakan di bumbung kediaman dan komersial, sistem skala industri dan utiliti dengan julat antara 0.7kW hingga 250kW. GoodWe memiliki lebih daripada 2000 pekerja yang berada di 15 negara berbeza dan dianggap sebagai penyongsang penyimpanan No.1 Global oleh Wood Mackenzie pada tahun 2020. GoodWe turut disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 pembekal penyongsang terunggul oleh IHS Markit dan telah meraih lima Anugerah 'All Quality Matters' TÜV Rheinland secara berturut-turut.

Kunjungi: https://en.goodwe.com/news/264-goodwe-supports-malaysia-to-embrace-solar-energy.asp

Hubungi: Zhu Verena, verena.zhu@goodwe.com, +86-13814828193

Source: GoodWe
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities