omniture

Roamware Pilih Teknologi IBM Big Data Analytics Untuk Bina Penyelesaian yang Memperkasakan Para Pengendali Mudah Alih Memanfaatkan Kuasa Data

Roamware Inc
2013-06-28 16:37 170

SHANGHAI dan SAN JOSE, California, 28 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Roamware, Inc., peneraju global Penyelesaian Perkhidmatan Pengendali Mudah Alih, hari ini mengumumkan pelancaran RWisdom, penyelesaian Big Data Analytics rayauan untuk para pengendali mudah alih dengan kerjasama IBM.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120809/554204 )

RWisdom membantu para pengendali menggunakan aset mereka yang paling berharga tetapi yang paling jarang digunakan – data. RWisdom membolehkan para pengendali memperbaiki hasil rayauan mereka secara pesat dengan pengetahuan pacuan Big Data yang dinamik mengenai kelakuan perayauan pelanggan. RWisdom juga membolehkan para pengendali membuka aliran hasil baharu dengan menawarkan pengetahuan khusus lokasi yang dinamik mengenai kelakuan pelanggan dalam sebuah model maklumat sebagai perkhidmatan kepada industri seperti perkhidmatan peruncitan, perjalanan, kewangan, dan banyak lagi.

Roamware membina RWisdom berasaskan platform Big Data IBM termasuk platform IBM InfoSphere BigInsights dan platform IBM InfoSphere Streams. Roamware memilih teknologi Big Data IBM ini sebagai platform perisian tengah yang dibukti industri bagi memberikan analisis masa sebenar, pemprosesan data dan kemampuan pengurusan data agar mempertingkat RWisdom, sementara memberikan kemampuan menguruskan dan menganalisis jumlah, kepelbagaian dan kelajuan Big Data yang dilihat dalam persekitaran pengendali mudah alih, dengan cara yang selamat dan diyakini. Penyelesaian RWisdom juga akan menggunakan kelebihan Analytics Accelerators IBM – enjin analisis yang disepadukan ke dalam platform IBM yang dioptimum untuk industri Telekom.

"Kita telah memasuki Zaman Data dan para pengendali mudah alih berada dalam kedudukan sesuai untuk mendapat faedah daripada sumber data beraneka yang ada dalam rangkaian mereka dan untuk menjadi penyedia maklumat pelanggan pacuan data kepada pelbagai industri pacuan pengguna," kata Bobby Srinivasan, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusan - RWisdom, Roamware Inc. "RWisdom mempersiapkan pengendali mudah alih menggunakan kelebihan Zaman Data untuk pertumbuhan hasil dan keberuntungan. Roamware teruja untuk bekerjasama dengan IBM, peneraju industri dalam teknologi Big Data. Kepakaran mobiliti Roamware yang didapati daripada memproses berpetabit-petabit data pengendali setiap hari untuk hampir 600 pengendali dan kepimpinan teknologi Big Data IBM meletakkan kami dalam kedudukan Penyedia Kepintaran Mobiliti nombor satu kepada pengendali."

"Telekom ialah salah satu pengguna terawal Big Data," kata Kathy McGroddy Goetz, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, Pengurusan Maklumat IBM. "Gabungan enjin analitis Roamware dan perisian Big Data IBM menyediakan pandangan menyeluruh mengenai data pelanggan serta prestasi rangkaian kediaman dan rakan kongsi kepada pengendali mudah alih, yang penting bagi mencapai objektif perniagaan penting, seperti memperbaiki hasil perayauan dan domestik, mempertingkat pengalaman pelanggan dan mencari aliran hasil baharu daripada maklumat yang diberikan oleh Big Data."

Mengenai Roamware Inc.

Roamware, Inc. ialah peneraju global penyelesaian perkhidmatan pengendali mudah alih dengan tapak pelanggan seramai hampir 600 Pengendali Mudah Alih dan MVNO merentasi 168 buah negara. Ibu pejabat syarikat itu terletak di Santa Clara dengan operasi global. http://www.roamware.com

Mengenai IBM Big Data and Analytics

IBM mempunyai fokus strategik terhadap analisis perniagaan dan Big Data, yang merangkumi perkakasan, perisian, perkhidmatan dan penyelidikan. IBM telah menghabiskan lebih 30,000 penglibatan klien analisis dan mengunjurkan $20 bilion dalam analisis perniagaan dan hasil data besar menjelang tahun 2015. IBM telah mewujudkan portfolio paling mendalam di dunia yang terdiri daripada penyelesaian analisis; mengaturkan kedudukan 9,000 orang perunding analisis perniagaan dan 400 orang penyelidik, dan telah memperoleh sebanyak lebih 30 buah syarikat sejak tahun 2005 bagi membina kepakaran yang disasar dalam bidang ini.

IBM mendaftarkan ratusan paten setiap tahun dalam data besar serta analisis, dan menukarkan modal intelek yang kaya ini menjadi kemampuan mendapat kejayaan-kejayaan cemerlang, termasuk sistem-sistem kognitif mirip-Watson. Syarikat itu telah membina sebuah rangkaian global yang terdiri daripada sembilan Pusat Klien IBM untuk Analisis lebih Pintar dan memasuki pasaran dengan lebih 27,000 rakan kongsi perniagaan IBM.

Untuk maklumat lanjut mengenai IBM dan Analitik sila lawati: http://ibm.co/Ms42Xe

Hubungan untuk Roamware:
Srinivas B Vijayaraghavan, Pengarah Pemasaran
Tel: +919739970225 / emel: srinivas.v@roamware.com

Sumber: Roamware Inc

Source: Roamware Inc
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services