KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 September 2021 /PRNewswire/ -- HMS Tamar dan HMS Spey telah meninggalkan Portsmouth menjelang pengerahan bersejarahnya ke Indo-Pasifik. Semasa pengerahan tersebut, pasukan sokongan kerahan global BAE Systems akan menyelenggara kapal-kapal tersebut di mana sahaja operasinya diperlukan. Persediaan tersebut membolehkan Tentera Laut Diraja menjadi amat tangkas dan dijamin oleh kejayaan global BAE Systems dengan sokongan daripada Kapal Peronda Luar Pantai (OPV) Tentera Laut Diraja di seluruh dunia di bawah kontrak Sokongan Logistik Kontraktor (CLS) yang memberikan 98% Ketersediaan Operasi yang unggul daripada armada OPV Tentera Laut Diraja pada tahun 2020.
BAE Systems terlibat secara langsung dengan HMS Tamar dan Spey sejak dibina. Kapal-kapal tersebut direka bentuk dan dibina di limbungan kapal Syarikat di River Clyde dan Syarikat telah menyokong kapal-kapal tersebut sejak ia ditugaskan ke dalam Tentera Laut Diraja sejak tahun lalu.
Sejak dua bulan yang lalu, kapal-kapal tersebut telah menjalani peningkatan peralatan misi-kritikal dan keupayaan di Portsmouth. Sepanjang tempoh ini, pasukan BAE Systems telah menaik taraf sistem penyejukan penjana kapal tersebut bagi memastikan prestasi pengerahan yang optimum dan mengawasi aplikasi cat 'silau' yang disamarkan, bagi memberikan HMS Tamar dan Spey rupa yang tersendiri.
"Kami telah bekerjasama erat dengan Kakitangan Kapal dan rakan kongsi industri kami bagi memastikan HMS Tamar dan Spey sedia untuk ditugaskan," ulas Bill Page, Pengurus Projek, CLS, dalam perniagaan Perkhidmatan Maritim BAE Systems. "Namun begitu, ini hanyalah permulaan bagi perjalanan ini. Pengerahan ini merupakan sebahagian daripada strategi Britain Global Kerajaan UK, disokong oleh Tentera Laut Diraja. Sebagai rakan kongsi industri yang dipercayai. BAE Systems akan menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut, bergerak seiringan dengan keperluan pelanggan kami sepanjang masa."
Kontrak BAE Systems untuk pasukan sokongan ketersediaan mengurus seluruh penyelesaian sokongan kapal, menyampaikan ketersediaan operasi yang tinggi kepada lapan OPV Tentera Laut Diraja di seluruh dunia.
Pasukan berkenaan bertindak sebagai pusat hubungan bagi kesemua aktiviti sokongan, menyampaikan tempoh pembaikan dan penyelenggaraan di mana operasinya diperlukan, meminimumkan masa transit, memastikan pembetulan kesilapan yang pantas dan memacu nilai untuk wang buat Kementerian Pertahanan (MOD).
"Kami berbangga dengan rekod prestasi terbukti kami dalam menyampaikan ketersediaan operasi yang tinggi dengan tekal kepada OPV Tentera Laut Diraja sejak 20 tahun yang lalu," sambung Bill. "Prestasi kami selaras dengan keperluan setiap kapal, berfokuskan pengguna akhir dan didorong oleh etos kerjasama yang padu. Sebagai kontraktor utama yang memberi sokongan kerahan kepada HMS Tamar dan Spey, kami akan bekerjasama erat dengan MOD bagi memastikan ketersediaan dan keadaan material sebaik mungkin daripada platform ini sepanjang pengerahannya."
Latar Belakang BAE Systems:
Kami menyediakan beberapa penyelesaian pertahanan, aeroangkasa dan keselamatan berpandukan teknologi yang paling canggih di dunia dan menggaji tenaga kerja mahir sekitar 89,600 orang di lebih daripada 40 negara. Kami bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan untuk memindahkan pengetahuan, kemahiran dan juga teknologi.