omniture

Future Pipe Industries Group Memperoleh Protecciones Plasticas, S.A.U. ("Protesa")

Future Pipe Industries Group (FPIG)
2013-06-28 19:19 127

DUBAI, United Arab Emirates, 28 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Future Pipe Industries Group (FPIG), sebagai sebahagian daripada pelaksanaan strategi pertumbuhan globalnya, telah memperoleh 100% perniagaan pembuatan paip kaca gentian, Protecciones Plásticas, S.A.U., yang menjalankan perniagaan di bawah nama dagangan "Protesa".

Ibu pejabat Protesa terletak di Barcelona, Sepanyol dengan fasiliti di Zaragoza, Sepanyol; Pune, India dan Jorf Lasfar, Maghribi. Pengambilalihan ini ialah penambahan strategik utama kepada perniagaan paip komposit FPIG dan menambah kepada kemampuannya untuk berkhidmat kepada para kliennya terutamanya dalam sektor air, desalinasi, perindustrian dan prasarana di Eropah, Barat Laut Afrika dan Amerika Latin serta menyediakan fasiliti pembuatan pertama FPIG di India.

"Pemerolehan ini menandakan langkah yang penting dalam strategi kami untuk mempelbagaikan khidmat kami di luar pasaran teras kami dalam GCC," kata Fouad Makhzoumi, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Future Pipe Industries Group. "Protesa telah menghasilkan sistem paip komposit GRP (Poliester Diperkuat Kaca Gentian) selama lebih 50 tahun dan merupakan salah sebuah pemimpin bidang ini, dengan rangkaian kukuh yang terdiri daripada klien di seluruh Eropah, Afrika Utara dan seluruh dunia. Oleh itu, kami sangat gembira kerana dapat memuktamadkan pemerolehan ini dan kami teruja dengan potensi yang ia bawakan kepada kumpulan syarikat kami yang sedang membesar, terutamanya apabila ia meningkatkan kemampuan kami berkhidmat kepada klien kami secara signifikan dari fasiliti GRP khusus di Eropah."

"Pemerolehan Protesa meneruskan strategi kami untuk pertumbuhan organik yang digandingkan dengan pemerolehan perniagaan lain yang saling melengkapi dan ini membolehkan kami meningkatkan jangkauan global kami. Ini merupakan pemerolehan kedua sepertinya untuk tahun ini selepas pemerolehan Specialty Plastics, Inc pada bulan April 2013."

Mengenai FPIG:

Future Pipe Industries Group telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan sejak itu ia telah bertumbuh menjadi peneraju global dalam rekaan dan penghasilan sistem paip kaca gentian anti-kakisan. FPIG menawarkan rangkaian produk dan penyelesaian lengkap untuk projek kejuruteraan kompleks bagi pelbagai jenis aplikasi dalam sektor Minyak & Gas, Marin, Perindustrian dan Prasarana. Kini, FPIG mengoperasikan 9 buah kilang seluruh dunia dengan lebih 3500 kakitangan dan berkhidmat untuk lebih 300 pelanggan utama dalam lebih 50 buah negara.

http://www.futurepipe.com/en/

Mengenai Protesa:

Protesa ialah sebuah syarikat Sepanyol yang ditubuhkan pada tahun 1959 dengan matlamat mengkaji, mereka, mengeluarkan, memasarkan dan memasang paip dan kelengkapan GRP.

Protesa aktif dalam sektor-sektor yang memerlukan penyelesaian teknologi maju, seperti sektor yang melibatkan rangkaian pembetungan, loji rawatan air kumbahan, rangkaian pembekalan air, saluran penghantaran, rangkaian pengairan, loji penulenan, loji kuasa, loji desalinasi, sistem perlindungan api, industri dan lain-lain lagi.

Hari ini, Protesa mempunyai 285 kakitangan berkemahiran tinggi dan menjalankan projek-projek berskala besar di seluruh dunia, antaranya Australia, Chile, Algeria, Maghribi, Panama, UK, Perancis, dan Switzerland. Tambahan lagi, syarikat itu mempunyai rangkaian ejen antarabangsa di beberapa buah negara, termasuk Jerman, Perancis, Kepulauan Netherlands, Itali, Bulgaria, UK, Switzerland, Republik Czech, Portugal dan Australia.

http://www.protesapipes.com/

Sumber: Future Pipe Industries Group (FPIG)

Source: Future Pipe Industries Group (FPIG)
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers