omniture

Dr. Rongxiang Xu, Pemilik Paten Penjanaan Semula Organ Rosak, Tumpuan Utama Ucapan Presiden dalam 'State of The Union' 2013, Mengumumkan Kejayaan Beliau dalamTeknologi Penjanaan Semula Organ dalam Manusia

MEBO INTERNATIONAL
2013-06-28 23:11 343

LOS ANGELES, 28 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Dr. Rongxiang Xu dan MEBO INTERNATIONAL, syarikat yang ditubuhkan untuk teknologi milikan beliau, hari ini mengumumkan kejayaan teknologi milikan beliau yang dapat menjana semula organ-organ rosak bagi membantu badan kerajaan dan bukan kerajaan mendapat manfaat pantas daripada sistem saintifik baharu beliau. Dr Xu ialah pemilik paten teknologi berkaitan "membangunkan ubat bagi menjana semula organ yang rosak", sebuah strategi utama kemajuan sains hayat yang dibangkitkan dalam Ucapan Presiden Dalam 'State of the Union' 2013 oleh Presiden Obama, dan Dr. Xu juga merupakan perekacipta dan pengasas sistem saintifik baharu "sains penjanaan semula organ manusia in situ".

Pada 13 Februari 2013, Presiden AS telah memasukkan sekali "membangunkan ubat-ubatan untuk menjana semula organ-organ yang rosak", sebahagian daripada sistem saintifik Dr. Xu, sebagai strategi utama kemajuan sains hayat dalam ucapan beliau dalam 'State of the Union'.

"Pentadbiran AS mula melibatkan diri dalam arena sains gunaan kami untuk menjana semula organ manusia yang rosak dalam badan manusia dengan penuh persediaan, sekaligus melangkah keluar dari era kajian penerokaan asas sel stem, gen, dan kejuruteraan tisu, dan sedang menjadi model kepada semua negara serta menunjukkan bahawa rakyat Amerika akan cuba menghapuskan penderitaan penyakit organ yang tidak boleh disembuhkan dengan perubatan moden," terang Dr. Xu.

"Sains penjanaan semula organ manusia in situ" yang dicipta oleh Dr. Xu merupakan sistem sains hayat baharu yang menggunakan gabungan nutrien penjanaan semula untuk menjana semula sel-sel baharu secara in situ bagi menambahkan sel baharu dan menggantikan sel-sel yang rosak, tua sebelum masanya, sel yang menyerpih sebelum masanya atau sel-sel barah dalam organ manusia, bagi membantu organ-organ berpenyakit itu menjana semula dan memulihkan struktur dan fungsi normal atau mengembalikannya ke peringkat sel yang lebih muda.

"Bahan yang digunakan untuk sains penjanaan semula organ manusia in situ merupakan sejenis formula makanan yang terdiri daripada komposisi nutrien penjanaan semula, dan bukan ubat-ubatan bahan kimia," terang Dr. Xu. "Ia tiada masalah keselamatan dan boleh terus disahkan, digalakkan dan diaplikasikan. Semua orang boleh mengalami penjanaan semula organ dalaman in situ asalkan makanan berkhasiat penjanaan semula itu dijadikan sebagai pemakanan harian."

Dr. Xu telah berjaya melaksanakan penjanaan semula organ-organ rosak. "Kami sedang mengumumkan sains dan teknologi penjanaan semula organ milik kami di AS, dan berharap pentadbiran AS dan Presiden boleh segera mengesahkan dan mengaplikasikan "sains dan teknologi penjanaan semula organ manusia" yang kami telah cipta untuk menyembuhkan penyakit organ manusia demi kebaikan orang ramai," kata Dr. Xu.

Hippocrates mengasaskan perubatan moden 2500 tahun lalu, dan ini memberi sumbangan yang besar lagi bersejarah untuk kesihatan manusia sejagat. Namun, menyembuhkan penyakit organ manusia memang menjadi cabaran yang besar dan satu matlamat untuk para saintis sains hayat dan saintis perubatan sejak dulu lagi.

Selama separuh abad yang lepas, pembayar cukai telah membayar ratusan bilion untuk membiayai penyelidikan yang menerokai penyembuhan penyakit organ manusia, tetapi masih belum mendapat pulangan dalam aplikasinya lagi. Lagipun, tiada sebarang garis masa yang wujud untuk penyembuhan penyakit organ manusia selepas "bapa gen manusia" Prof. James Watson menyatakan pada 21 Mac 2013 bahawa penyelidikan gen gunaan adalah sia-sia.

"Dengan gabungan pemakanan nutrien penjanaan semula, kami sudah berjaya menjana semula organ manusia yang rosak in situ serta pemulihan in situ usia penuaan organ manusia sebelum masanya. Pada pendapat kami, sebagai saintis, kami telah memenuhi misi kami dalam sains, dan kini sudah menjadi tanggungjawab para pemimpin negara, kerajaan dan pihak atasan untuk menggunakan sistem saintifik baharu ini untuk menyelamatkan orang ramai. Kerajaan dan pentadbiran tidak perlu melabur lagi untuk membiayai peringkat penyelidikan dan pembangunan sains pertumbuhan semula organ; mereka boleh menggunakan saja teknologi gunaan kami untuk sains penjanaan semula organ in situ untuk manfaat orang ramai," kata Dr. Xu.

Contoh-contoh projek penjanaan semula organ yang berjaya dilakukan oleh Dr. Xu disenaraikan seperti di bawah:

Satu: Teknologi penjanaan semula in situ jari distal yang terputus

Sepanjang sejarah perubatan, memang mustahil untuk menjana semula jari yang terputus, yang merupakan pencapaian teriktiraf untuk penjanaan semula organ manusia, serta pencapaian saintifik yang jauh melangkaui semua bidang kajian semasa mengenai penjanaan semula organ manusia. Kami sudah mencapai kejayaan penjanaan semula bahagian yang hilang untuk jari yang terputus dengan merawat sisa tisu penting (termasuk tisu tulang) di permukaan yang patah pada kecederaan itu dengan salap gabungan nutrisi untuk jari yang putus. Untuk kes jari putus yang tidak boleh dijana semula sepenuhnya, bahagian jari yang cedera itu masih boleh dijana semula kepada keadaan asalnya dengan menghasilkan permukaan patah baharu secara pembedahan.

Mekanisme teras: Semua jenis sel tisu permukaan patah untuk jari yang putus bertukar in situ menjadi sel stem yang menjana semula secara segerak semua jenis tisu yang rosak untuk membentuk jari yang asal itu menurut prosedur pembangunan sel stem manusia in situ.

Dua: Teknologi rejuvenasi penjanaan semula salur gastrousus (GI) yang menua.

Semua orang sedar mengenai penuaan organ gastrousus sebelum masanya tetapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa mengenainya. Penuaan salur gastrousus berkadar positif dengan usia seseorang manusia, 20 tahun lebih tua berbanding organ-organ lain dalam badan manusia. Apabila mengambil kira keseluruhan hayat untuk tubuh manusia, penuaan salur gastrousus sebelum masanya ialah penyakit yang paling serius kerana ia merupakan hasil langsung akibat kekurangan nutrien dan bekalan tenaga kepada setiap organ. Tenaga dan jangka hayat setiap organ akan terjejas secara langsung kerana penuaan organ gastrousus sebelum masanya yang merupakan punca pelbagai penyakit organ. Manusia sejagat dapat diselamatkan jika organ gastrousus yang menua sebelum masanya boleh direjuvenasi dan dijanakan semula. Kami sudah pun berjaya melaksanakan rejuvenasi dan penjanaan semula organ gastrousus yang tua sebelum masanya menggunakan kapsul pemakanan nutrien penjanaan semula organ gastrousus, lalu membolehkan organ gastrousus yang menua dalam tubuh seseorang yang berusia 60 tahun untuk kembali kepada keadaannya semasa muda dahulu.

Mekanisme teras: Nutrien penjanaan semula organ gastrousus membolehkan sel-sel tisu untuk organ dan tisu gastrousus yang menua sebelum masanya mendapat kembali fungsi pembangunan sel stem dan menjana sel-sel baharu in situ bagi menggantikan sel-sel yang tua dan berserat serta menjana semula sel-sel organ itu akibat penyerpihan banyak sel sebelum masanya, menjana semula dan memulihkan semula semua organ gastrousus yang menua sebelum masanya kepada struktur dan status fungsi yang lebih muda. Imej yang terpaut merupakan hasil keputusan pemulihan usia penjanaan semula selama setahun untuk seseorang yang berusia 40 tahun. (Gambarajah 1).

(photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130627/LA39022-b)

Tiga: Terapi penjanaan semula ulser gastro-duodenum

Ulser gastro-duodenum ialah penyakit yang tidak bertindakbalas terhadap rawatan dan sering terjadi semula. Walaupun perubatan semasa boleh menggalakkan penyembuhan luka ulser dengan pembentukan parut menggunakan bahan farmaseutikal, organ gaster akan kehilangan struktur dan fungsi asal mereka di tempat luka itu kerana pembentukan parut, dan parut itu terdedah untuk dijangkiti ulser semula dan ini kerap menyebabkan kegagalan fungsi salur gastrousus. Oleh itu, ulser itu bukannya disembuhkan dengan muktamad. Jika dirawat dengan kapsul pemakanan kami yang terdiri daripada nutrien pertumbuhan semula untuk pertumbuhan semula ulser gastrousus, luka ulser itu boleh ditumbuhkan semula dan dipulihkan semula di lokasi luka itu sendiri menjadi tisu organ gastrousus normal, lalu mencapai penyembuhan tanpa pembentukan parut.

Mekanisme teras: Di bawah kesan komposisi nutrien penjanaan semula yang diberi makan melalui mulut untuk ulser gastrousus , tisu ulser perlahan-lahan akan dicairkan dan dibuang secara automatik bagi menyediakan sebuah persekitaran ekologi fisiologi pada luka ulser itu agar sisa sel tisu hidup yang masih boleh digunakan di tempat luka itu akan dijana semula menjadi sel stem in situ dan menumbuhkan semula tisu organ gastrousus yang cacat di lokasi organ itu sendiri berikutan sebuah proses pembangunan sel stem.

Empat: Terapi pemulihan semula penyakit jantung koronari (CHD)

CHD, antara penyakit-penyakit jantung utama, ialah pembunuh utama untuk manusia. Ia telah berterusan mengancam nyawa manusia kerana ia sukar diubati, walaupun stent kardiovaskular atau pembedahan pintasan boleh melegakan simptom buat sementara waktu dan menyelamatkan nyawa. Teknologi penjanaan semula organ kardiak kami boleh memulihkan CHD secara penjanaan semula untuk menjadi keadaan yang tidak memerlukan pembedahan atau keadaan yang kurang serius berbanding keadaan yang memerlukan stent kardiovaskular atau pembedahan pintasan, atau keadaan negatif hasil ujian-ujian CHD.

Mekanisme teras: Di bawah kesan komposisi nutrien penjanaan semula untuk jantung yang diberi secara mulut, semua sel serat dalam saluran jantung dan otot kardiak akan digantikan secara beransur-ansur oleh sel-sel baharu jantung yang dijana semula in situ, dan selepas itu fungsi aliran darah dalam saluran darah boleh dipertingkat dan otot kardiak mempunyai struktur yang lebih muda dan lebih bertenaga.

Lima: Teknologi pemulihan dan penjanaan semula kulit organ untuk parut muka

Sesiapa yang mempunyai parut di muka menderita dari segi fizikal dan mental di sepanjang hidup mereka. Teknologi pemulihan semula penjanaan semula kulit organ untuk parut membolehkan ribuan pesakit sebegitu mendapat kembali kehidupan yang bahagia dengan menjana semula organ kulit pada permukaan kulit in situ.

Mekanisme teras: Di bawah kesan komposisi nutrien penjanaan semula untuk kulit, sel-sel parut menjalani proses penyerpihan, sementara sisa sel tisu daripada sel kulit dermis dan epidermis membangunkan fungsi sel stem in situ, lalu menjana struktur kulit organ baharu in situ.

Enam: Perubatan penjanaan semula dan terapi untuk kecederaan yang disebabkan oleh kebakaran permukaan, kecacatan traumatik, ulser dan ulser diabetik

Teknologi pemulihan semula penjanaan semula untuk kecederaan yang disebabkan oleh kebakaran permukaan, kecacatan traumatik, ulser dan ulser diabetik serta lain-lain lagi telah menjadi teknologi aliran utama dalam dunia rawatan klinikal. Pada tahun 2004, akhbar Sweden terkenal KARGER menerbitkan monograf kami  Burns Regenerative Medicine and Therapy (Perubatan dan Terapi Pertumbuhan Semula Kecederaan Kebakaran) yang menerangkan bahawa kecederaan yang tidak memulih sendiri seperti kecacatan traumatik permukaan tubuh, ulser, ulser diabetik dan lain-lain lagi boleh dirawat dengan terapi penjanaan semula untuk kecederaan dalam akibat kebakaran. Setakat ini, sudah ada 73 buah negara yang mengaplikasikan terapi penjanaan semula kulit yang terbakar. Di AS, komposisi nutrien penjanaan semula untuk organ kulit sudah hampir menyelesaikan fasa II untuk percubaan klinikal FDA. Harapannya ialah agar pentadbiran AS boleh mempercepatkan proses kelulusan FDA dan membantu para pesakit di AS mendapat faedah pantas daripada penjanaan semula kulit.

Mekanisme teras: Untuk kecederaan dalam akibat kebakaran, di bawah fungsi bahan penjanaan semula kulit, tisu yang mati boleh dicairkan dan dikeluarkan tanpa sebarang kerosakan lagi; tisu dalam zon bakar stasis boleh dipulihkan semua; dan sebuah persekitaran yang terkepung ekologi boleh diwujudkan agar baki sel tisu yang masih baik bertukar in situ menjadi sel stem penjanaan semula. Berikutan pembangunan prosedur sel stem, sel stem yang dijana semula itu boleh menjana semula tisu kulit dan organ. Mekanisme ini boleh diaplikasikan kepada kecederaan jenis lain juga.

Tujuh: Teknologi rejuvenasi penjanaan semula untuk kulit muka dan kulit leher

Walaupun golongan pertengahan usia mempunyai semangat dan tahap tenaga yang sama dengan golongan muda hasil standard kehidupan yang semakin baik untuk manusia, kulit muka dan kulit leher mereka masih mengalami penuaan sebelum masanya. Tidak mengapa jika golongan pertengahan usia dan warga emas tidak melihat ke dalam cermin; kerana jika ya, mereka akan kehilangan keyakinan diri bila melihat penampilan mereka yang berusia, lalu ini akan menjejaskan kualiti hidup mereka dengan serius. Teknologi rejuvenasi penjanaan semula kami untuk kulit muka dan kulit leher yang tua boleh memulihkan usia kulit tua mereka kembali menjadi seperti muda.

Mekanisme teras: Dengan fungsi nutrien pemulihan usia penjanaan semula untuk kulit tua, kemampuan penjanaan semula epidermis untuk sel epidermis basal mula-mula akan dipulihkan semula dan kemudian serat-serat yang berselerak itu akan dipulihkan semula menjadi berkas lalu mencetuskan fungsi penjanaan semula in situ oleh sel tisu dan ini akan menjana pertumbuhan semula sel kulit baharu di lokasi itu sendiri yang menggantikan sel kulit yang tua, lalu struktur muda dan fungsi dermis itu akan dipulihkan usia. Rajah yang dilampirkan ini merupakan hasil kejayaan aplikasi ke atas manusia yang dilakukan ke atas Rongxiang Xu sendiri, pencipta teknologi rejuvenasi penjanaan semula itu sendiri. (Rajah 2).

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130627/LA39022-a)

Lapan: Teknologi penjanaan semula anti barah

Kajian anti barah yang menggunakan bahan khasiat penjanaan semula telah mencapai kejayaan pada tahap sel sementara di klinik, kecuali kanser kulit, kanser-kanser lain masih memerlukan penyelidikan lanjut. Namun, kami telah mendapat pengalaman aplikasi untuk melanjutkan jangka hayat pesakit dengan barah yang membawa maut, tanpa mengeluarkan pun sel barah itu. Oleh itu, teknologi anti barah yang menggunakan nutrien penjanaan semula ini boleh pertama sekali diaplikasikan bagi faedah pesakit dengan barah kulit atau barah yang membawa maut.

Mekanisme teras: Komposisi nutrien penjanaan semula anti barah boleh merangsangkan penyerpihan sel barah dan sekaligus dapat merangsangkan metabolisme dan mencetuskan kemampuan penjanaan semula oleh sel-sel normal.

Bagi tujuan membantu melancarkan hubungan antara pemimpin, kerajaan, pentadbiran dan komuniti sosial dalam semua negara, Dr. Xu telah menubuhkan sebuah pejabat perhubungan global:
Alamat: City National Plaza, 515 S. Flower St. 36th Floor, Los Angeles, CA 90071
Telefon: +1-213-236-3530
Emel: usadmin@mebo.com
Faks: +1-213-236-3766
Laman web: http://www.mebo-international.com/

Hubungi:
Jane Westgate: +1-336-209-9276, Jane@westgatecom.com
Cheryl Riley: +1-202-285-4222, cherylrileypr@comcast.net

Source: MEBO INTERNATIONAL
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Survey, Polls & Research