omniture

DigiMobi yang dikuasakan oleh perisian GpsGate telah memperoleh kontrak penyelesaian Perkhidmatan Penjejakan Kenderaan (VTS) daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

GpsGate
2021-09-09 17:09 22

STOCKHOLM, 9 September 2021 /PRNewswire/ -- GpsGate, sebuah syarikat perisian pengurusan armada terkemuka dalam industri, hari ini mengesahkan pembaharuan kontrak DigiMobi oleh Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA). DigiMobi ialah penyedia perkhidmatan penjejakan kenderaan (VTS) yang terkemuka di Hong Kong dan merupakan pelanggan GpsGate selama lebih satu dekad.

HKIA mengendalikan penerbangan ke kira-kira 200 destinasi dan beroperasi selama 24 jam sehari. Ia mempunyai lebih 200 ruang letak pesawat dan hampir 5,000 buah kenderaan lapangan terbang serta peralatan sokongan darat termasuk trak bahan api, traktor bagasi dan kenderaan perkhidmatan. DigiMobi telah menyediakan perkhidmatan penjejakan kenderaan kepada HKIA sejak tahun 2015. Disebabkan ciri-ciri menakjubkan GpsGate, DigiMobi telah memenangi kontrak baharu untuk menyediakan perkhidmatan hingga tahun 2025 setelah melalui proses tender dan ujian pematuhan.

Sebagai peneraju dalam penerimagunaan teknologi, HKIA telah banyak kali dianugerahkan sebagai Lapangan Terbang Terbaik di Dunia dan daripada pelbagai penerbitan. Penyelesaian pengurusan armada ini membolehkan AA mengenal pasti kemungkinan berlakunya masalah dan menyelesaikannya sebelum ia berlaku. Ini menjimatkan wang, meningkatkan penggunaan sumber dan membantu menyediakan pengalaman penumpang bertaraf bintang di HKIA.

Sistem pengurusan armada ini merangkumi kesemua ciri penjejakan yang standard. Ia juga merangkumi pengesanan lalu lintas jalan apron dan penjejakan dalaman/luaran traktor bagasi yang lancar. Pelayan GpsGate memaparkan keadaan trafik semasa pada apron melalui perubahan warna geobatas dan traktor bagasi beralih daripada penggunaan GPS kepada Bluetooth & iBeacons untuk penjejakan luaran/dalaman yang lancar.

Gambaran keseluruhan projek:

  • sebanyak 5,000 buah kenderaan/GSE (peralatan sokongan darat)
  • lebih 17,000 orang pemandu
  • sebanyak 500 pengendali sistem secara serentak
  • hampir 300 syarikat pelanggan yang berasingan
  • lebih 99.9% masa hidup sistem

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi: 

Sven Vedin 
Naib Presiden Jualan 
sven.vedin@gpsgate.com 
+46(0)8 612 50 70

Tentang GpsGate 

GpsGate yang telah ditubuhkan di Stockholm pada tahun 2007, merupakan perintis dalam perisian pengurusan armada dan VTS. Perisian GpsGate ialah perisian yang mesra pengguna, selamat dan dioptimumkan untuk armada yang besar. Direka untuk penyedia penyelesaian, platform label putih ini menampilkan API terbuka untuk penyepaduan sistem, antara muka pengguna yang fleksibel serta asas yang boleh diskala dan boleh diperluas. Ketahui lebih lanjut di https://gpsgate.com/success-stories/digi-mobi-hong-kong-airport.

Tentang DigiMobi 

DigiMobi ialah penyedia penyelesaian pengurusan armada VTS yang terkemuka di Hong Kong yang menggunakan Pelayan GpsGate sebagai perisian sokongannya. Sejak tahun 2008, DigiMobi telah membantu syarikat-syarikat menguruskan sumber mudah alihnya di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa menggunakan penyelesaian IoT dan data raya. Ketahui lebih lanjut di https://www.digimobi.net.

 

Source: GpsGate
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Passenger Aviation Transportation Travel Contracts