omniture

TCL Lancar TV Mini LED Premium 2021 dengan Prestasi 8K Tiada Tandingan

TCL Electronics
2021-09-09 18:59 272

HONG KONG, 9 September 2021 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka, hari ini mengumumkan TV Mini LED X Series terkininya, TV 8K Mini LED X925 PRO OD Zero dan TV 8K Mini LED X925, membawakan Google TV*, di sebuah acara bertemakan "Transcend Vision" ("Menjangkau Penglihatan").

Turut dipersembahkan ialah pemenang Anugerah TV LCD Premium EISA 2021-2022, TV 4K Mini LED TCL 65C825.

X Series 2021 akan mula diperkenalkan ke Eropah, Australia dan Arab Saudi serta lebih banyak pasaran dalam beberapa hari akan datang.

Tonton acara tersebut pada bila-bila masa di www.tcl.com/tcl-transcend-vision-2021/index.html

"Prestasi luar biasa TV X Series TCL adalah lantaran teknologi Mini LED TCL sementara kedua-dua X925 PRO dan X925 berkedudukan strategik untuk menerajui pasaran TV Mini LED premium," kata Shaoyong Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Electronics.


Teknologi Mini LED X Series menyediakan penonton dengan pengalaman tontonan yang tiada tandingan dengan LED yang lebih kecil dan lebih banyak yang menghasilkan lebih banyak zon kawalan kontras.

Mini LED OD Zero X925 PRO adalah 700 kali ganda* lebih kecil saiznya berbanding LED konvensional, yang memberikan ketebalan yang tidak dapat dibayangkan, menjadikan profil ultra-tipis yang mengagumkan dapat dijayakan selain daripada pengalaman tontonan yang luar biasa.

*Berbanding dengan TV QLED 8K X915 TCL

Selain daripada pengalaman 8K yang sebenar, X Series turut didatangkan dengan QLED yang meningkatkan jumlah warna kepada lebih daripada 100%, dengan lebih satu bilion warna.

Bagi pengalaman audio yang profesional, selain daripada menampilkan Onkyo dan Dolby Atmos®, X925 PRO dilengkapi dengan audio saluran 5.1.2 yang hebat dengan 25 pembesar suara dan 160 watt output audio, sementara X925 mempunyai saluran 2.1 dan 60 watt output, bersama-sama menawarkan penyampaian bunyi yang mengagumkan dan berkuasa.

Profil ultra-tipis X925 PRO dan rupanya yang mewah dapat dijayakan oleh pendekatan reka bentuk futuristik dan imersif oleh TCL seperti hirisan mekanikal, pembesar suara yang dibalut dengan kulit dan reka bentuk akustik reflektif.

X Series turut menyediakan 120Hz MEMC* dan pakej TCL Game Master yang menampilkan HDMI 2.1*, Wifi 6 serta Kadar Segar Semula Boleh Ubah (VRR), Mod Kependaman Rendah Auto (ALLM) dan eARC yang dapat menyampaikan imejan dan audio terbaik untuk permainan video, rancangan TV dan juga filem.

* Penampilan, fungsian dan ketersediaan produk mungkin berbeza antara negara/wilayah.
* Google Assistant boleh didapati dalam bahasa terpilih, negara/wilayah.
* Google TV ialah nama bagi pengalaman perisian peranti ini dan merupakan cap dagangan Google LLC. Google, Google Duo dan tanda-tanda lain merupakan cap dagangan Google LLC.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services