omniture

TCL Lanjutkan Hubungan dengan Activision Bawakan Permainan Generasi Seterusnya kepada Lebih Ramai Pemain di Seluruh Dunia

Jenama elektronik jualan terlaris perkukuh komitmen terhadap permainan sebagai Rakan TV Rasmi Call of Duty®: Vanguard
TCL Electronics
2021-09-09 19:13 53

HONG KONG, 9 September 2021 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha utama dalam industri televisyen global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka mengumumkan bahawa ia merupakan Rakan TV Rasmi untuk Call of Duty: Vanguard, melanjutkan hubungan kerjasamanya dengan penerbit permainan video, Activision. 


"Kami berbesar hati untuk melanjutkan hubungan kerjasama kami bersama Activision," kata Shaoyong Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Electronics. "Kami begitu bersemangat untuk menyediakan peminat dengan pengalaman permainan yang terbaik dan dengan TV Mini LED dan QLED TCL 2021 kami, kami dapat menjayakan hal tersebut."

"Call of Duty: Vanguard bersedia untuk menyampaikan pelbagai pengalaman corak permainan yang mengagumkan untuk seluruh komuniti permainan," kata Will Gahagan, Pengarah Perkongsian Global dan Pemasaran Bersepadu, Activision Publishing. "Kami gembira untuk terus bekerjasama dengan TCL dan kami turut teruja untuk pemain di seluruh dunia yang akan dapat mengalami permainan tersebut dengan segala kegemilangannya di kaca TV TCL apabila ia dilancarkan pada bulan November."

TCL telah menyokong komuniti permainan selama bertahun-tahun dan telah bekerjasama dengan Call of Duty® di Amerika Utara sejak tahun 2018. Kini, sebagai Rakan TV Rasmi Call of Duty: Vanguard, TCL akan menggunakan saluran dan titik sentuh utama untuk menunjukkan bagaimana teknologi paparan dan TV miliknya yang memenangi anugerah dapat menjadikan permainan lebih imersif dan menawarkan pengalaman permainan yang tiada tandingan.

Dengan menggabungkan Mini LED, QLED dan resolusi sehingga 8K dengan HDMI 2.1, siri pilihan model TV TCL dapat menyediakan prestasi imejan yang berkuasa dan lancar bagi memberi kepuasan kepada pemain yang paling cerewet.

Ciri-ciri yang tersedia juga termasuk pampasan dinamik kadar segar semula yang tinggi sehingga 120Hz, pengurangan leret warna, pengaburan dan getaran, serta Kadar Segar Semula Boleh Ubah (VRR), Mod Kependaman Rendah Auto (ALLM) dan eARC yang bergabung untuk menyampaikan pengalaman audiovisual yang cemerlang untuk permainan, selain daripada menjadikan rancangan TV dan filem lebih menghiburkan.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan penggiat yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Menurut OMDIA, TCL menduduki kedudukan No.2 global dalam bahagian pasaran TV LCD jenama TCL pada tahun 2020. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar.

Latar Belakang Activision

Beribu pejabat di Santa Monica, California, Activision Publishing, Inc. ialah pengeluar dan penerbit global yang terkemuka bagi hiburan interaktif. Activision mengekalkan operasi di seluruh dunia dan merupakan sebahagian daripada Activision Blizzard, Inc. (NASDAQ: ATVI), sebuah syarikat S&P 500. Maklumat lanjut mengenai Activision dan produk-produknya boleh ditemui di laman sesawang syarikat, www.activision.com atau dengan mengikuti @Activision.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Television Licensing/marketing agreements