omniture

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Peabody Energy Mengiktiraf Pelan Emisi China yang Menyemarakkan Pertumbuhan dengan Meningkatkan Penggunaan Arang

Peabody Energy
2013-06-29 02:24 124

ST. LOUIS, 28 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Peabody Energy Gregory H. Boyce hari ini memuji kepimpinan China kerana mengambil langkah mempercepatkan penggunaan teknologi kawalan emisi merentasi sektor perindustrian negara itu yang semakin meluas sementara meningkatkan penggunaan arang yang telah menyemarakkan pembangunan ekonomi negara itu yang menakjubkan.

Majlis Negeri China baru-baru ini mengumumkan langkah-langkah baharu  menumpukan perhatian kepada isu kualiti udara bandar melalui peningkatan taraf pantas bagi kawalan pencemaran dan tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat, sementara terus menggunakan lebih banyak arang untuk menjana tenaga elektrik, penukaran kepada bahan api dan bahan kimia lain, serta penghasilan besi. China merupakan pengguna arang terbesar di dunia dan telah memacu ekonomi-ekonomi penting dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang belum pernah berlaku dalam beberapa dekad lepas.

"Saya memuji barisan kabinet China kerana meningkatkan daya usaha mengaturkan penggunaan teknologi kawalan emisi moden," kata Boyce selepas sebuah ucapan dasar di Canberra kepada kerajaan dan pemimpin perniagaan Australia mengenai peranan arang pada abad ke-21. "Pendekatan yang diumumkan oleh para pemimpin China telah terbukti berjaya di Amerika Syarikat pada masa lalu, membenarkan peningkatan yang banyak dalam emisi daripada penjanaan yang dikuasakan oleh arang dalam dekad-dekad kebelakangan ini. Ia menumpukan perhatian kepada cabaran-cabaran kualiti udara – sementara meningkatkan penggunaan arang untuk menyemarakkan pertumbuhan ekonomi – melalui pelaburan lebih besar dan penggunaan teknologi yang mudah didapati."

Langkah-langkah kerajaan China adalah selaras dengan saranan polisi tenaga yang dibuat oleh Peabody di Sidang Kemuncak Ekonomi Forum Pembangunan China (CDF) di Beijing. Lantaran jemputan untuk membentangkan idea-idea pembangunan ekonomi kepada para pemimpin China di forum itu, Boyce mengajukan tiga saranan seperti berikut:

  • China patut terus menuntut haknya untuk memacu pembangunan ekonomi dan sosial serta pembaikan hidup rakyatnya melalui penggunaan sumber arang yang banyak di negaranya.
  • China patut mengikut model yang terbukti di Amerika Syarikat bagi menyelesaikan cabaran kualiti udara bandar, dengan menggiatkan usaha bagi mengaturkan penggunaan teknologi kawalan emisi moden.
  • China patut mengamalkan prinsip-prinsip arang Abad ke-21 dengan melaksanakan standard tertinggi untuk keselamatan pekerja, pemulihan sumber, pembaikpulihan tanah dan penggunaan air dalam sektor perlombongannya.

Peabody Energy ialah syarikat arang sektor swasta terbesar di dunia dan pemimpin global  perlombongan mampan dan penyelesaian arang bersih. Syarikat itu berkhidmat untuk pelanggan arang metalurgi dan termal di lebih daripada 25 buah negara dalam enam benua. Untuk maklumat lanjut, sila ke PeabodyEnergy.com dan CoalCanDoThat.com.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120724/CG44353LOGO)

HUBUNGI:
Meg Gallagher
+1-314-342-7963

Source: Peabody Energy
Related Stocks:
NYSE:BTU
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities