- Kehadiran Meningkat Lebih 30 Peratus Berbanding Acara Tahun 2012
LONDON, 1 Julai 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini melaporkan lebih 20,500* pengunjung unik dari 77 buah negara menghadiri Ekspo Mudah Alih Asia 2013 yang diadakan dari 26 hingga 28 Jun di Shanghai. Persidangan dan pameran selama tiga hari itu menarik kehadiran eksekutif di kalangan para pengendali mudah alih, pembuat peranti, penyedia peralatan, syarikat perisian dan syarikat internet yang terbesar dan paling berpengaruh dalam industri, serta delegasi kerajaan dan pengguna bijak teknologi. Program persidangan itu menarik lebih 2,100 pengunjung, dengan lebih 50 peratus delegasi menjawat jawatan peringkat tertinggi, termasuk 130 orang Ketua Pegawai Eksekutif.
"Kami sangat berpuas hati dengan kehadiran pengunjung yang kita lihat minggu ini. Kehadiran yang tinggi, terutamanya daripada golongan Ketua dalam syarikat-syarikat komunikasi peneraju dunia, menggariskan kepentingan Asia dalam landskap mudah alih global," komen John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA Ltd. 'Dari persidangan, pameran, mesyuarat serta acara yang banyak diadakan dalam Ekspo Mudah Alih Asia ini, para pengunjung dapat mengalami wawasan 'Masa Hadapan Terhubung' hari ini."
Ekspo Mudah Alih Asia 2013 menganjurkan hampir 200 gerai pameran dan menempati 25,000 meter persegi kasar ruang pameran dan pertemuan perniagaan. Lebih 640 juruanalisis media dan industri antarabangsa menghadiri acara itu bagi melaporkan banyak pengumuman industri yang dibuat semasa Ekspo Mudah Alih Asia itu.
Pemimpin Industri dan Kerajaan Berkumpul di Shanghai
Ekspo Mudah Alih Asia dibuka pada 26 Jun dengan ucapan daripada Franco Bernabe, Pengerusi GSMA, Shang Bing, Timbalan Menteri Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat dan Zhou Bo, Timbalan Datuk Bandar Shanghai. Program persidangan Ekspo Mudah Alih Asia selama dua hari itu memaparkan ucapan-ucapan dasar daripada para pemimpin organisasi termasuk Alcatel-Lucent, China Mobile, Datang Telecom Technology & Industry Group, Huawei, Indosat, ITU, KT, Ruckus Wireless, SK Planet, SK Telecom, Telenor, Telstra dan Ubuntu.
Selain ucapan-ucapan dasar itu, persidangan Ekspo Mudah Alih Asia menampilkan Persidangan Asia GTI, serta sesi-sesi kelompok bertumpu yang meneliti arah aliran dan isu penting mudah alih. Ekspo Mudah Alih Asia juga mengadakan beberapa mesyuarat lain lagi termasuk Sidang Kemuncak Asia bagi Kehidupan Terhubung, Forum Bandar Pintar dan Sidang Kemuncak Hak Harta Intelektual ETSI-GSMA.
Forum Polisi Awam GSMA
Melihat kepada kepentingan polisi kerajaan yang kukuh terhadap ekosistem mudah alih dan impak Asia Pasifik pada skala global, GSMA mengadakan Forum Polisi Awam tahunan keduanya di Ekspo Mudah Alih Asia, mengumpulkan lebih 70 pihak berkepentingan daripada kerajaan, pengawal selia, organisasi antarabangsa, para pengendali mudah alih dan pengilang industri dari seluruh rantau itu. Bertemakan "Mencapai Keterhubungan Sepenuhnya", Forum tahun 2013 meneliti persekitaran kawal selia yang akan membantu memberikan perkhidmatan, mencipta pertumbuhan dan mempertingkat kehidupan di Asia Pasifik dan jauh lagi.
Pameran: Mempamerkan Syarikat-syarikat Peneraju Merentasi Mudah Alih
Pameran Ekspo Mudah Alih Asia mempamerkan syarikat-syarikat merentasi ekosistem mudah alih serta sektor-sektor berkaitan, termasuklah Accenture, Alcatel-Lucent Shanghai Bell, Amazon China, AT&T, China Mobile, China Telecom, China Unicom, Chunghwa Telecom, Dell, Facebook, Huawei, Lenovo, Mozilla, NEC, Oracle, Samsung, Sharp, SK Telecom, Sony Mobile Communications, Telecom Italia Sparkle, The Coca-Cola Company, Toshiba, Ubuntu, Visa dan ZTE, antara lainnya.
Ekspo itu menempatkan sebilangan pavilion dan zon yang difokuskan terhadap topik atau rantau khusus, seperti Pavilion Inovasi, Pavilion Realiti Diperluas, Zon Permainan dan Pavilion Hiburan Mudah Alih. Para pengunjung juga turut serta dalam pelbagai pembentangan bermaklumat dalam Makmal Inovasi, yang telah ditaja oleh FingerQ dan Orange, serta persidangan pembangun app dan sesi Makmal App di Planet App.
Bandar Terhubung di Pusat Ekspo Mudah Alih Asia
Buat kali pertama, pameran Ekspo Mudah Alih Asia mempersembahkan Bandar Terhubung. Berkeluasan 1,600 meter persegi, Bandar Terhubung itu mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan keterhubungan mudah alih, lalu menyediakan peluang bagi pengunjung Ekspo Mudah Alih Asia mengalami "Kehidupan Terhubung" dengan sendirinya. Rakan-rakan kongsi Bandar Terhubung termasuklah China Mobile, Cisco, Ford Motor Company, Huawei, KT dan SAP.
Pengalaman NFC: Menghidupkan Teknologi NFC
Pengunjung Ekspo Mudah Alih Asia dengan telefon bimbit yang dibolehkan NFC mampu mengambil peluang menggunakan teknologi NFC di lokasi serata pameran dan di Pusat Kerry serta Pusat Membeli-belah Kerry yang berhampiran. China Mobile ialah Rakan Kongsi Pengendali Rasmi Pengalaman NFC dan Rakan-Rakan Kongsi Bersama ialah Samsung, Huawei, China UnionPay, Sandpay, Shanghai Pudong Development Bank dan Shanghai COS Software Co., Ltd.
Rakan-rakan Kongsi Ekspo Mudah Alih Asia 2013
Organisasi Sokongan untuk Ekspo Mudah Alih Asia termasuklah Suruhanjaya Ekonomi dan Pemaklumatan Perbandaran Shanghai dan Kerajaan Kawasan Pudong Baharu. Rakan-rakan Kongsi Strategik untuk Ekspo Asia Mudah Alih termasuklah Persatuan Komunikasi Mudah Alih China (CMCA), Jawatankuasa Pemasaran Internet China (IMCC), Persatuan Industri Komunikasi Shanghai (SCIA) dan Persatuan Teknologi Ujian Terminal Telekomunikasi (TAF). Rakan Kongsi Media Rasmi termasuklah BesTV, Shanghai Media Group (SMG), Bloomberg, CNBC, Sina dan Tencent. China Mobile ialah Penaja Acara Platinum untuk Ekspo Mudah Alih Asia.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan Ekspo Mudah Alih Asia kedua kami, termasuk kerajaan China, bandar Shanghai, Penaja Acara Platinum kami iaitu China Mobile dan semua pempamer, penaja, rakan kongsi dan pengunjung acara kami," sambung Hoffman lagi. "Kami tidak sabar-sabar lagi untuk kembali ke Shanghai tahun hadapan dan menempa kejayaan berasaskan kejayaan acara tahun 2013 kami ini."
Ekspo Mudah Alih Asia 2014 akan diadakan pada minggu 9 Jun 2014; masa yang lebih tepat dan maklumat lanjut untuk acara tahun 2014 itu akan dikeluarkan dalam bulan-bulan mendatang.
Untuk liputan berita dan rakaman saat-saat menarik Ekspo Mudah Alih Asia, sila lawati Mobile World Live di http://www.mobileworldlive.com/mobile-asia-expo/. Tayangan semula semua pembentangan dasar Ekspo Mudah Alih Asia juga akan dikeluarkan melalui Mobile World Live pada minggu-minggu akan datang.
Nota kepada editor: *Angka ini mewakili bilangan pengunjung individu acara itu, termasuk delegasi, pempamer, kontraktor dan media; ia tidak mewakili jumlah bilangan penyertaan untuk acara itu.
Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 buah negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dengan lebih 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat-syarikat perisian, pembekal peralatan dan syarikat-syarikat Internet, dan juga organisasi-organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara-acara besar dalam industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com.
Hubungan Media:
Untuk GSMA
Charlie Meredith-Hardy
+44-7917-298428
CMeredith-Hardy@webershandwick.com
Ava Lau (Hong Kong)
+852-2533-9928
alau@webershandwick.com
Pejabat Akhbar GSMA
press@gsma.com