omniture

TCL Pamer TV, Produk Audio, Mudah Alih dan Rumah Pintar Baharu Bagi 2021

TCL Electronics
2021-09-10 02:27 385

HONG KONG, 10 September 2021 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global serta sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka, hari ini mempamerkan keluaran produk 2021 terkininya termasuk TV dan perkakas rumah audio yang memenangi anugerah, sebagai sebahagian daripada strategi AI x IoT yang berpandangan jauh dan di acara yang bertajuk "Transcend Vision".

TV QLED Mini LED TCL*
Selain daripada TV 8K Mini LED OD Zero yang terkini daripada TCL X925 PRO dan TV 8K Mini LED X925, turut dipamerkan ialah TV LCD Premium EISA Mini LED 4K 65C825 dan TV LCD Belian Terbaik QLED 4K 55C728.

Bar Bunyi TS8132 *
Bar Bunyi TS8132 Dolby Atmos TCL baru-baru ini dinamakan oleh EISA sebagai 'Bar Bunyi Belian Terbaik'. Bar bunyi tersebut menggunakan konfigurasi saluran 3.1.2 dengan kuasa audio maksimum 350W yang memberi pengalaman bunyi yang imersif. Bar bunyi tersebut mempunyai Chromecast terbina dalam dan berfungsi dengan Google Assistant, Apple AirPlay dan Amazon Alexa. 

TCL 20 Pro 5G*
TCL juga melancarkan telefon pintar TCL 20 Pro 5G yang menawarkan sambungan 5G global berserta teknologi NXTVISION 2.0 yang membolehkan pengguna untuk "See Beyond Seeing" ("Melihat Lebih Daripada Sekadar Melihat"). Platform 750G 5G Qualcomm® Snapdragon™ meningkatkan pengalaman 5G sementara pemproses yang berkuasa memberi prestasi yang amat lancar.

TCL 20 Pro 5G membawakan video dan foto yang amat mengagumkan hasil daripada sistem kamera quad 48 MP yang dipasangkan dengan Penstabilan Imej Optik Sony bagi memberikan foto tidak kabur yang luar biasa definisinya dan mantap. Telefon pintar tersebut juga merakam video 4K dan mempunyai kamera depan 32MP yang dapat meningkatkan cahaya belakang, gerakan perlahan dan swafoto HDR.

Dengan bateri 4500mAh yang bersaiz besar dan memori 256GB, TCL 20 Pro 5G menjadikan AI x IOT suatu kenyataan.

Penyaman Udara X Series*
Penyaman Udara X Series yang terkini daripada TCL membawakan sistem udara segar yang unik dengan salur udara segar yang khusus dan penapisan empat kali ganda bagi memastikan kualiti udara yang lebih baik dan lebih sihat.

Teknologi Pampasan Suhu (Temperature Compensation) yang canggih membolehkan udara dingin mengekalkan suhu tetap manakala reka bentuk Angin Sepoi (Gentle Breeze) yang istimewa memperlahankan aliran udara yang menjadikan anda sejuk dengan selesa tanpa sebarang bagas udara sejuk yang tidak selesa.

Penulen Udara Breeva A5*
Breeva A5 ialah produk unggulan TCL daripada rangkaian penulen udara breeva syarikat tersebut. Ia memiliki CADR sehingga 400 meter padu sejam yang bermakna ia dapat menulenkan udara dalam bilik berukuran 365 kaki persegi lima kali sejam. Ia melakukan proses ini menggunakan anion untuk menyerap partikel kecil dalam udara dan UV-C untuk memusnahkan DNA dan RNA mikrob berbahaya. Ia juga mempunyai penapis HEPA H13 bagi memerangkap sehingga 99.97% bakteria berbahaya.

Pembersih Vakum Sweeva 6500*
Sweeva 6500 ialah pembersih vakum robot unggulan TCL dan dilengkapi dengan tong sampah yang dikosongkan secara automatik dan sistem navigasi LDS yang terkini. Ia mempunyai kuasa sedutan yang amat kuat iaitu 2,700 Pascal dan empat mod pembersihan yang berbeza. Ia bukan sekadar memvakum habuk, tetapi cahaya UV-C bersepadunya juga dapat melakukan pensterilan lantai, lalu menambah satu lagi lapisan perlindungan.

* Penampilan, fungsian dan ketersediaan produk mungkin berbeza antara negara/wilayah. 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services