-- "Melaksanakan Strategi dalam Dunia yang Berubah"
-- Pemikir Pengurusan Kongsi Pandangan Sebelum Persidangan Kemuncak Global Palladium pada Oktober
BOSTON, 1 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Palladium Group, Inc., peneraju global usaha membantu pertubuhan menyelesaikan cabaran mendesak pelaksanaan strategi, berbesar hati mengumumkan Siri Webinar Persidangan Kemuncak Global 2013 anjurannya.
Pasukan di Palladium Group Asia-Pacific membawa beberapa penceramah marquis ke rantau itu melalui Webinars bagi menonjolkan banyak idea bernas yang akan dipaparkan di Persidangan Kemuncak Global tahun ini. Beberapa pakar terkemuka dunia yang banyak menyumbang terhadap usaha membentuk pemikiran pengurusan akan berkongsi pandangan mereka sebelum ACARA UTAMA di Boston, MA, AS pada Oktober ini! Para peserta boleh mendaftar webinar tersebut dengan melawati: 2013 Global Summit Webcasts
Dr. Michael Treacy, pengarang The Discipline of Market Leaders and Double-Digit Growth (Disiplin Pemimpin Pasaran dan Pertumbuhan Dua Digit) dan Pengasas Treacy & Company bakal berucap mengenai "Memampankan Kelebihan melalui Inovasi Model Perniagaan" melalui Webinar pada hari Rabu, 24 Julai pada pukul 8:00 PM Waktu Musim Panas Timur (EDT) akan datang.
Dr. Venkat Ramaswamy, Profesor, Ross School of Business, Pengarang dan Penceramah mengenai 'Co-Creation' (Penciptaan Bersama) bakal berucap mengenai "Menerima Co-Creation untuk Inovasi dan Penciptaan Nilai" melalui Webinar pada hari Rabu, 14 Ogos pada pukul 8:00 PM Waktu Musim Panas Timur (EDT) akan datang.
Joseph B. Fuller, Pensyarah Kanan Pentadbiran Perniagaan, Harvard Business School bakal berucap mengenai "Analisis Nilai Masa Hadapan" melalui Webinar pada hari Selasa, 17 September pada pukul 8:00 PM Waktu Musim Panas Timur (EDT) akan datang.
Sertailah lebih 300 eksekutif dari seluruh dunia di Persidangan Kemuncak Global Tahunan Palladium, Melaksanakan Strategi dalam Dunia yang Berubah. Anda juga tidak mahu terlepas Dr. Robert Kaplan dan Dr. David Norton, iaitu para pencipta Kaplan-Norton Balanced Scorecard™, berkongsi pandangan mereka mengenai "Berinovasi Menjangkaui Keuntungan Mudah: Mengapa Syarikat-syarikat Perlu—dan Bagaimana mereka Boleh—Mencipta Nilai Dikongsi" dan "Membangunkan Modal Insan."
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemikir pengurusan yang meneraju ini dan lain-lain, sila lawati: globalsummit.thepalladiumgroup.com
Di laman tersebut anda boleh mendaftar untuk Persidangan Kemuncak Global 2013 – Melaksanakan Strategy dalam Dunia yang Berubah – 30-31 Oktober 2013 – The Westin Copley Place – Boston, MA –AS yang memaparkan satu sesi Kaplan-Norton Master Class™ sebelum Persidangan Kemuncak Global pada 28-29 Oktober.
Palladium Group, Inc.
Palladium Group, Inc. merupakan peneraju global usaha membantu organisasi menyelesaikan cabaran mendesak pelaksanaan strategi. Kami mengkhusus dalam usaha memahami dan menumpukan perhatian isu strategik yang memacu keputusan yang berjaya. Diasaskan oleh Dr. Robert S. Kaplan dan Dr. David P. Norton, kami membantu klien mencapai prestasi unggul melalui set perkhidmatan perundingan bersepadu. Kami memberikan keputusan nyata, membina kemampuan dalaman yang tahan lama dengan teknologi dan program pendidikan yang menyokong. Kaedah kami termasuklah Execution Premium Process™ (XPP™), the Kaplan-Norton Balanced Scorecard™, dan kerangka kerja amali terbaik yang menterjemah konsep kepada program yang memberikan keputusan yang dapat diukur. Pejabat kami yang berada di serata Amerika Utara dan Amerika Selatan, Eropah, Timur Tengah, Afrika, serta Asia-Pasifik mempunyai rekod prestasi berjaya dengan lebih 700 klien. www.thePalladiumGroup.com