omniture

GWM Pamer Kereta Baharu di IAA Mobility 2021 Rebut Peluang dalam Pasaran Tenaga Baharu di Eropah dengan Kelebihan Daya Saing

GWM
2021-09-10 16:10 151

BAODING, China, 9 September 2021 /PRNewswire/ -- Pada 6 September, IAA Mobility 2021 dibuka secara rasminya di Munich. GWM mempamerkan jenama SUVnya yang mewah WEY dan jenama kenderaan tenaga baharu ORA.

GWM Unveils Its New Cars at IAA Mobility 2021 to Seize the New Energy Market in Europe with First-mover Advantage
GWM Unveils Its New Cars at IAA Mobility 2021 to Seize the New Energy Market in Europe with First-mover Advantage

Sebagai respons kepada tema "The Mobile Road to Carbon Neutrality" ("Laluan Mudah Alih Menuju Keneutralan Karbon") bagi acara auto ini, GWM mempamerkan model-model tenaga baharunya seperti WEY Coffee 01 PHEV dan ORA 01CAT. Model strategi global WEY, Coffee 01 PHEV menakrifkan semula kereta pintar Eropah menerusi jarak jauhnya yang unik, pemanduan pintar serta kokpit pintar; ORA 01CAT merupakan gabungan yang sempurna antara estetika retro klasik dan teknologi futuristik yang akan membawa pengalaman produk yang belum pernah terjadi sebelum ini kepada pengguna Eropah. Kedua-dua model ini akan bersama-sama membantu GWM meninjau pasaran kenderaan tenaga baharu di Eropah. Bahkan, pengelektrikan, keneutralan karbon dan kelestarian telah menjadi trend utama dalam pembangunan pasaran auto global pada masa akan datang dan GWM telahpun melihat peluang dan membuat persiapan terlebih dahulu. Tidak lama dahulu, bateri tanpa-kobalt pertama dibangunkan oleh SVOLT, sebuah syarikat yang bergabung dengan GWM, telah dikeluarkan secara besar-besaran dan dimuatkan ke dalam kenderaan, lalu menghapuskan pergantungan bateri kuasa automotif pada kobalt dan menyelesaikan masalah dunia yang mana sumber kobalt tidak dapat diperbaharui. Sebuah SUV elektrik tulen A+ di bawah jenama ORA merupakan yang pertama dilengkapi dengan bateri tanpa-kobalt dan mencapai pengeluaran besar-besarannya. Model SUV ini memiliki jarak lebih daripada 600 km di bawah keadaan operasi normal sambil mengekalkan kelebihan prestasi yang mantap dan mampu mencapai pecutan 100 km dalam masa 5 saat. Tambahan pula, prestasi kalis airnya dapat mencapai IP67 dan memiliki pengekalan tenaga yang tinggi serta pemanasan yang pantas pada suhu rendah.

GWM sentiasa mematuhi konsep "Pelaburan Besar-besaran" dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) menerusi bidang tenaga baharu. GWM telah melabur sebanyak lebih daripada RMB 500 juta dalam R&D bateri litium tanpa-kobalt. Lebih daripada 1,200 kakitangan R&D dan 120 pakar bahan dan bateri telah menjalankan lebih daripada 200 ujian perintis dan lebih daripada 3,000 pengesahsahihan prestasi elektrik dan akhirnya menyingkirkan unsur kobalt daripada bahan anod, lalu mencapai aplikasi bateri tanpa-kobalt. Dalam tempoh lima tahun akan datang, GWM akan membuat pelaburan sebanyak RMB 100 bilion dalam R&D menerusi bidang tenaga baharu dan kecerdasan bagi mencipta produk yang lebih selamat, lebih mesra alam dan lebih pintar buat pengguna di serata dunia.

Pakar-pakar industri melihat bahawa bateri tanpa-kobalt daripada GWM telah memecahkan monopoli teknologi negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan menerusi inovasi asal asasnya dan mewujudkan era tanpa-kobalt dalam bidang tenaga baharu. Pada masa akan datang, mengikuti trend global tenaga baharu, GWM akan terus meningkatkan pelaburan dalam R&D teknologi menerusi bidang tenaga baharu, terus berinovasi dan bertahan serta menjadi peneraju di landasan tenaga baharu dengan kekuatan dan keyakinan yang mencukupi.  

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Trade show news