omniture

Perjanjian Lisbon Memacu Perubahan Paradigma dalam Pelobian Kesatuan Eropah

EUTOP international GmbH
2013-07-01 17:00 298

BRUSSELS, BERLIN dan MUNICH, 1 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Perwakilan kepentingan yang Berjaya Memerlukan Kecekapan Tatacara

Perjanjian Lisbon membawa kepada perubahan muktamad syarat-syarat asas bagi komunikasi jaya antara politik dengan perniagaan – struktur membuat keputusan Eropah dalam Kesatuan Eropah dan Negara Ahlinya semakin tidak dapat diterobosi hatta oleh syarikat antarabangsa yang besar. Dari sudut amalan, syarikat-syarikat itu bukanlah kekurangan kecekapan berkaitan kandungan, iaitu hujah bagus demi kepentingan mereka sendiri, namun terdapat keperluan yang kian meningkat kepada kecekapan tatacara, iaitu pengetahuan mendalam mengenai proses membuat keputusan formal dan tidak formal serta peluang berkesan untuk menyertai proses terbabit.

Dr. Klemens Joos, Ketua Pegawai Eksekutif EUTOP International GmbH, memberi komen berikut berkenaan subjek ini: "Secara khususnya, Perjanjian Lisbon memerlukan satu perubahan paradigma bagi perwakilan kepentingan – kandungan dan hujah adalah perlu, tetapi mereka perlu disampaikan kepada penerima yang betul pada masa dan tempat yang betul, yang menjadi semakin sukar kerana proses yang semakin rumit dan pelbagai peringkat lapisan pengambilan keputusan Eropah dan Negara Ahli. Maka, kecekapan tatacara sekurang-kurangnya penting bagi komunikasi politik berkesan sama seperti kecekapan kandungan. Tanpa kecekapan tatacara tidak akan ada kejayaan dalam perwakilan politik bagi kepentingan."

Dari segi amalinya, ini dilihat dalam contoh perubahan memberi kesan yang menjangkau jauh dalam proses pengambilan keputusan Eropah hasil Perjanjian Lisbon. Sebagai contoh, sehingga sekarang prinsip persetujuan sepenuhnya digunakan bagi keputusan Majlis Eropah. Perjanjian Lisbon kini memperkenalkan prinsip majoriti dalam banyak bidang. Sehingga sekarang, jika sesebuah syarikat mampu meyakinkan perwakilan Negara Ahlinya sendiri dalam Majlis Eropah mengenai tujuannya, tiada keputusan yang menentang kepentingannya akan diambil. Selepas Perjanjian Lisbon, ini bukan lagi halnya – apabila prinsip majoriti berkuatkuasa, undian satu atau beberapa Negara Ahli tidak akan bermakna melainkan mereka mencapai minoriti yang mengekang.

Menatar proses keputusan bersama sebagai prosedur perundangan biasa dan kemudiannya instrumen perundangan lazim membawa akibat yang serupa – kesan penglibatan mandatori berkaitan Parlimen Eropah dalam hampir semua tindakan perundangan Kesatuan Eropah yang relevan bagi syarikat-syarikat, perwakilan semata-semata demi kepentingan kebangsaan secara de facto hanya menempah kegagalan. Ini diburukkan lagi dengan hakikat tugas parlimen bukan berorientasikan pelaksanaan, tidak seperti di peringkat Negera Ahli. Untuk setiap perkara, gabungan baharu perlu dibentuk merentasi puak berbeza dan Negara Ahli berbeza. Tiada puak kerajaan ataupun puak pembangkang.

Prinsip pendekatan tatacara Eropah dan kepentingan kecekapan tatacara bagi perwakilan kepentingan telah dikenalpasti oleh Dr. Klemens Joos pada akhir dekad 1980-an dan dipraktikkan oleh beliau pada 1990 dengan pembentukan EUTOP International GmbH. Melalui ijazah kedoktoran beliau yang diterbitkan pada 1997 ("Mewakili Kepentingan syarikat Jerman dengan Institusi Kesatuan Eropah," Fakulti Pentadbiran Perniagaan di Universiti Ludwig Maximilian Munich) beliau menetapkan asas saintifik bagi model perkhidmatan EUTOP – namun, ketika itu apabila Kesatuan Eropah hanya terdiri daripada 15 Negara Ahli, tatacara keputusan bersama hanya dijalankan menerusi sebilangan kecil akta perundangan. Dalam buku beliau "Melobi di Eropah Baharu – Perwakilan Jaya bagi Kepentingan-kepentingan Selepas Perjanjian Lisbon," diterbitkan pada 2010, Dr. Joos memperhalus pendekatan ini, mengambil kira pembaharuan dengan kesan yang menjangkau jauh hasil Perjanjian Lisbon.

Teori yang dikembangkan oleh Joos mengenai kecekapan tatacara kian diadaptasi oleh pengarang lain, contohnya Danial Guéguen, yang membezakan antara "komponen teknikal" (pengetahuan kandungan dan hujah penting) dan "komponen tatacara" (pengetahuan proses dan tatacara pengambilan keputusan) dan menyifatkan kepentingan setara kedua-dua komponen itu bagi kejayaan sebuah strategi perwakilan kepentingan (diperkukuh oleh contoh tatacara) dalam buku terkini beliau bertajuk "Membentuk Semula Pelobian Eropah".

Idea-idea milik Joos dan seterusnya pendekatan perkhidmatan EUTOP disahkan secara empirik oleh kisah kejayaan syarikat tersebut, yang kini sudah melebihi dua puluh tahun.

Hubungan akhbar:

Bruno Seifert
Tel. +49-6133-5090880
Faks  +49-6133-5099098
Mudah Alih +49-171-33-22-434

Sumber: EUTOP International GmbH

Source: EUTOP international GmbH
Keywords: