omniture

Trina Solar terbitkan kertas putih mengenai pemadanan Penyongsang global untuk modul siri Vertex Trina Solar

Trina Solar Co., Ltd
2021-09-10 20:00 541

CHANGZHOU, China, 10 September 2021 /PRNewswire/ -- Trina Solar telah menerbitkan kertas putih mengenai Pemadanan Penyongsang untuk Modul PV Siri Vertex Trina Solar termasuk siri 410W, 510W, 550W, 600W dan 670W, pangkalan data pemadanan penyongsang pintar yang pertama dalam industri fotovolta global.

Penyongsang yang dibincangkan dalam kertas kajian tersebut dapat beradaptasi sepenuhnya dengan semua modul dalam siri 210 Vertex, memfokuskan kepada modul kuasa ultra-tinggi siri 550W, 600W dan 670W Vertex, meliputi 19 jenama penyongsang arus perdana dan lebih daripada 180 model penyongsang di seluruh dunia, yang dapat beradaptasi dengan loji janakuasa berskala utiliti serta projek-projek PV teragih industri dan komersial serta dalam persekitaran kuasa PV pertanian, perikanan dan Kediaman.

Kertas putih tersebut menyediakan pelanggan dengan rujukan yang jelas untuk pemadanan penyongsang yang mudah, sistematik dan pelbagai pilihan dalam persekitaran yang berbeza.

Modul dan penyongsang merupakan komponen yang penting untuk loji janakuasa dan pemadanan secara langsung dapat meningkatkan tahap keselamatan dan nilai sistem. Penerbitan kertas putih tersebut merupakan satu pencapaian dalam menggalakkan pembangunan industri yang cekap dan bersinergi dan juga dalam membina ekologi PV berkuasa tinggi.

Selain daripada pangkalan data pemadanan penyongsang yang komprehensif, kertas kajian tersebut memperkenalkan alat pemadanan pantas yang pertama (http://invertertool.trinasolar.com/) dalam industri di seluruh dunia yang dapat membantu pelanggan mengesan penyongsang mereka yang paling sesuai hanya dengan satu klik.

Amat serasi dengan loji janakuasa berskala utiliti

Modul siri 210 Vertex menerima pakai reka bentuk kuasa rentetan tinggi dengan voltan rendah yang dapat meningkatkan dengan ketara kuasa rentetan dan mengurangkan kos pembelian dan pemasangan kabel serta bahan tambahan selain kos penjejak dan asas cerucuk, lalu mengurangkan BOS dan LCOE loji janakuasa. Siri 210 Vertex telah menjadi produk arus perdana dalam pasaran. Dalam persekitaran loji janakuasa berskala utiliti, 13 daripada jenama penyongsang yang terkemuka di dunia dan produknya telah terpilih dalam kertas kajian tersebut.

Amat serasi dengan senario teragih: menyokong modul kuasa ultra-tinggi untuk aplikasi atas bumbung 

Ekoran kelebihan penting dalam BOS dan LCOE, modul kuasa ultra-tinggi 550W, 600W serta 670W tidak terhad hanya kepada loji janakuasa berskala utiliti. Projek-projek kuasa PV teragih turut dinaik taraf untuk menerima modul kuasa ultra tinggi terbaharu Trina Solar. Kesemua jenama penyongsang teragih arus perdana di seluruh dunia telah melancarkan siri penyelesaian penyongsang rentetan mereka sendiri untuk diaplikasikan dalam projek-projek kuasa PV teragih dan Kediaman.

Kertas putih tersebut menyediakan pelanggan dengan banyak pilihan untuk setiap situasi. Sebagai contoh kuasa PV teragih secara komersial dan industri, 17 jenama penyongsang disenaraikan seperti FIMER, FRONIUS, INGETEAM, KACO, menambah sehingga lebih daripada 100 model yang kesemuanya memenuhi syarat-syarat aplikasi. Dalam persekitaran isi rumah atas bumbung, 11 jenama penyongsang disertakan, menambah sehingga 47 model untuk dipilih yang dapat meningkatkan dengan ketara kecekapan pemadanan.

Dengan pengeluar penyongsang yang adaptif sepenuhnya, ekologi PV berkuasa ultra-tinggi terbentuk

Modul kuasa ultra-tinggi merupakan trend yang tidak dapat dihalang. Dari segi permintaan pasaran, kapasiti pengeluaran untuk modul siri 210 diramalkan mencecah 147GW pada tahun ini dan 234GW pada tahun hadapan, menurut laporan PVinfolink. Modul bersaiz besar diramalkan menyumbang sebanyak lebih daripada 70% daripada kapasiti modul keseluruhan di seluruh dunia.

Dari segi pengeluar penyongsang, selepas pengesahsahihan penuh dibuat oleh pasaran, penaiktarafan pengeluaran agar sepadan dengan modul Berkuasa-Tinggi 210 telah menjadi pilihan biasa. Di Ekpo Kuasa PV SNEC tahun ini di Shanghai, berpuluh-puluh pengeluar penyongsang mempamerkan penyongsang arus tinggi mereka. Dengan penerbitan kertas putih tersebut, 19 pengeluar penyongsang global arus perdana dan lebih 180 model adaptif telah dimasukkan ke dalam Pangkalan Data Penyongsang Pemadanan Trina Solar dan jumlahnya akan terus bertambah.

Kertas putih tersebut boleh dimuat turun di:

https://pages.trinasolar.com/glb-inverter-matching.html

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alat pemadan untuk modul siri 210 V, sila ke http://invertertool.trinasolar.com/

Untuk model penyongsang yang tidak dimasukkan ke dalam pangkalan data, sila hubungi Trina Solar di:
vertexvalue@trinasolar.com

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Components Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research