omniture

Xinhua Silk Road: Daxing Beijing perkenal dasar keutamaan sokong pembangunan "dua-zon"

Xinhua Silk Road
2021-09-13 08:25 155

BEIJING, 13 September 2021 /PRNewswire/ -- Daerah Daxing di selatan Beijing mengumumkan satu pakatan dasar mesra perniagaan untuk menyokong pembinaan "dua-zon" ibu kota tersebut menuju pembangunan yang berkualiti tinggi.

Persidangan Global Industri Komprehensif Daxing diadakan semasa Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan dalam Perkhidmatan 2021 (CIFTIS) yang melabuhkan tirai pada 7 September 2021.
Persidangan Global Industri Komprehensif Daxing diadakan semasa Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan dalam Perkhidmatan 2021 (CIFTIS) yang melabuhkan tirai pada 7 September 2021.

Daxing akan menyediakan syarikat-syarikat dengan pelbagai sokongan dalam bidang-bidang seperti pembinaan industri, akses kredit dan modal, sistem perkhidmatan bakat dan dalam yang sama membangun menjadi lebih berciri antarabangsa melalui insentif ke atas perniagaan asing dan penggunaan modal asing, seperti yang diumumkan oleh Gao Niandong, timbalan ketua eksekutif Daerah Daxing di Persidangan Global Industri Komprehensif Daxing yang diadakan semasa Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan dalam Perkhidmatan (CIFTIS) 2021 selama enam hari yang melabuhkan tirai pada hari Selasa.

Bagi pembinaan industri, daerah tersebut menyokong syarikat-syarikat biofarmaseutikal dengan maksimum 5 juta yuan untuk memperoleh sijil-sijil kelayakan profesional seperti GLP, GCP, CNAS, CMA, memberi setiap syarikat dengan maksimum 3 juta yuan setiap tahun untuk membangunkan platform perkhidmatan profesional seperti CRO, CDMO, CMO dan CSO serta menggalakkan pembangunan kedai pertama jenama-jenama komersial dengan subsidi maksimum sebanyak 5 juta yuan untuk sebuah kedai.

Dari segi sokongan kewangan, daerah tersebut akan memberi sokongan kredit kepada industri-industri utama bagi meringankan beban mereka dan dalam masa yang sama membantu syarikat-syarikat mendapat akses kepada pelbagai pasaran modal.

Bagi pelaburan asing, daerah tersebut akan memberi sehingga 20 juta yuan untuk projek-projek yang dilaburkan oleh dana asing utama dan menyediakan syarikat-syarikat multinasional dan syarikat-syarikat Fortune 500 yang telah menubuhkan ibu pejabat serantau dan ibu pejabat penyelidikan dan pembangunan (R&D) asing di daerah tersebut dengan maksimum 10 juta yuan sebagai sokongan.

Pakatan dasar tersebut memberi kemudahan kepada Daxing untuk lebih memanfaatkan lagi kelebihan lokasi serta sumbernya yang akan ditransformasikan menjadi kelebihan industri dan ekonomi berserta usaha-usahanya dalam menyokong pembangunan "dua-zon" ibu kota Beijing tersebut, kata Gao.

Diketahui bahawa "dua-zon" merujuk kepada zon perdagangan bebas perintis dan zon demonstrasi komprehensif nasional untuk memperluas pembukaan dalam sektor perkhidmatan.

Pada tahun 2015, Beijing menjadi satu-satunya bandar perintis di negara ini yang membuka industri perkhidmatan dengan lebih luas dan pada tahun 2020, kerajaan pusat menawarkan sokongan kepada Beijing untuk menjadi zon demonstrasi komprehensif nasional bagi pembukaan industri perkhidmatan. Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Beijing) dilancarkan secara rasmi pada September 2020.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/323719.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service