omniture

Maxthon Menjadi Rakan Kongsi AMD Menawarkan Pelayar Web Dioptimum Bagi Cip APU Generasi Seterusnya

Kombo Cip dan Pelayar Mengurangkan Penggunaan CPU sebanyak 30 Peratus Sambil Menawarkan Prestasi Video HTML5 Terbaik
Maxthon
2013-07-01 20:30 135

SAN FRANCISCO, 1 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Maxthon, pelayar berasaskan awan, hari ini mengeluarkan versi baharu pelayar Windows yang menggunakan mikropemproses baharu daripada Advanced Micro Devices (AMD), yang mengurangkan penggunaan tenaga dengan banyak sambil menawarkan prestasi video yang unggul. Unit Pemprosesan Dipercepat (APU) AMD menggunakan kelebihan teknologi baharu agar proses pertukaran maklumat antara unit pemprosesan grafik (GPU) dan unit pemprosesan pusat (CPU) lebih pantas dan lebih cekap tenaga berbanding sebelumnya.

"Seni bina cip baharu seperti produk APU milik AMD merupakan petanda jelas hala tuju teknologi Web: lebih banyak fungsian cip dan pelayanan pelayar sebagai sistem operasi piawaian terbuka," kata Jeff Chen, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxthon. "Kami bangga dapat berganding bahu dengan AMD demi kemajuan yang sangat mengujakan."

GPU mengendalikan pemprosesan media beraneka termasuklah grafik dan video, sementara CPU menguruskan fungsi analitis dan berasaskan logik yang berat. Sehingga sekarang, komunikasi merentasi dua unit ini bergantung kepada keterhubungan data serial yang memproses jutaan fungsi sesaat, yang kerap menyebabkan pengalaman Web yang lembap dan banyak menggunakan tenaga.

Perkongsian ini membolehkan Maxthon mengoptimumkan pelayar Windows untuk saling tindakan sepantas kilat antara APU agar mempercepatkan persembahan video dan grafik, khususnya menggunakan piawaian HTML5 yang disokong Maxthon sebagai peneraju global. Disamping itu, pelayar Maxthon Cloud menggunakan OpenCL bagi pasca pemprosesan video HTML5 sepantas kilat yang menawarkan video yang lebih pantas dan beraneka.

"Dalam masa terdekat ini, apa yang kita kenal sebagai TV akan diperantara melalui pelayar Web dioptimum bagi teknologi berinovasi seperti pemproses APU milik AMD," kata Karl Mattson, naib presiden Maxthon International. "Antara lainnya, ini bermakna 'perdiangan' elektronik TV di bilik keluarga akan bebas tersedia kepada apa-apa peranti yang terhubung kepada Web yang menggunakan pelayar seperti Maxthon."

Mengenai Maxthon

Maxthon merupakan syarikat perisian berinovasi yang membangunkan pelayar Web unggul yang terus menetapkan piawaian baharu bagi ciri kelajuan, keselamatan, kesederhanaan dan awan. Ia tersedia pada platform Windows, Android, iOS dan Mac. Dengan pejabat di San Francisco, Los Angeles, Beijing, Shanghai dan Hong Kong, Maxthon mencapai komuniti global pengguna yang mencecah lebih 120,000,000 orang setiap bulan di lebih 150 buah negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Maxthon sila lawati http://www.maxthon.com.

SUMBER Maxthon

 

Source: Maxthon
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Web Site Licensing/marketing agreements