omniture

CGTN: China terajui kerjasama vaksin global apabila BRICS memasuki tahun ke-15

CGTN
2021-09-13 08:48 118

BEIJING, 13 September 2021 /PRNewswire/ -- Memasuki tahun ke-15nya, blok pasaran yang baru muncul BRICS yang menghimpunkan Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan sekali lagi menunjukkan bahawa negara-negara anggota sentiasa dapat bersatu untuk membina konsensus baharu demi jalinan kerjasama yang lebih dinamik.

Di bawah tema "Kerjasama Intra-BRICS demi kelangsungan, penyatuan dan konsensus," sidang kemuncak ke-13 melalui pautan video pada hari Khamis lalu berlangsung ketika dunia sedang menghadapi pandemik, pemulihan ekonomi global yang semakin tidak sekata serta arus cabaran keselamatan global bukan konvensional yang semakin meningkat.

China, yang terus menyuntik dorongan terhadap kerjasama BRICS dan akan mengambil alih jawatan pengerusi BRICS pada tahun 2022, memberi contoh yang baik bagi kerjasama vaksin antarabangsa di sidang kemuncak Khamis lalu dengan mengumumkan untuk menyumbang 100 juta lagi vaksin COVID-19 kepada negara-negara sedang membangun.

BRICS berjuang memerangi pandemik 

Dalam menghadapi pandemik ini, negara-negara BRICS mengekalkan pertukaran maklumat serta Kerjasama secara aktif dan Presiden Cina Xi Jinping yang hadir dan menyampaikan ucapan di sidang kemuncak BRICS untuk tahun kesembilan berturut-turut, menegaskan semula mengenai kepentingan kerjasama vaksin.

Menyatakan bahawa China telah berjanji untuk menyediakan 2 bilion dos vaksin COVID-19 kepada dunia sepanjang tahun ini dan menawarkan $100 juta untuk COVAX, Xi menggesa anggota-anggota BRICS untuk menyumbang bagi menggalakkan pengedaran vaksin yang adil dan saksama ke seluruh dunia.

Sejak Xi mengumumkan untuk menjadikan vaksin COVID-19 China sebagai barang awam di sesi ke-73 Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada Mei lalu, negara berkenaan telah menghantar kira-kira 800 juta dos vaksin kepada lebih daripada 100 negara setakat bulan Ogos. Negara-negara berkenaan kebanyakannya merupakan negara-negara sedang membangun, menurut data daripada Kementerian Luar Cina.

Beliau turut menekankan mengenai kerjasama praktikal dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin bersama, pengeluaran bersama serta pengiktirafan bersama vaksinasi COVID-19 serta melancarkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin BRICS secara dalam talian secepat mungkin.

Pada bulan Mei, China mengumumkan penubuhan sebuah pusat kebangsaan sebagai sebahagian daripada pusat berkenaan. Mendorong penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin antara negara-negara BRICS, pusat berkenaan mengukuhkan kerjasama untuk R&D dan percubaan vaksin, pembinaan kilang serta jalinan kerjasama untuk pengeluaran, kebenaran dan pengiktirafan vaksin antara lima negara tersebut.

BRICS menggalakkan pembangunan bersama dalam ekonomi

Kerjasama ekonomi dan perdagangan merupakan salah satu topik utama untuk negara-negara BRICS. Menurut Kementerian Perdagangan China, negara-negara BRICS menyumbang sebanyak 42 peratus daripada populasi dunia, 24 peratus daripada ekonomi global, 18 peratus daripada perdagangan barangan global, 13 peratus perdagangan perkhidmatan global dan 25 peratus daripada pelaburan asing global.

Dalam hal ini, China mencadangkan untuk menganjurkan mesyuarat BRICS peringkat tinggi mengenai perubahan iklim dan forum BRICS berhubung data raya untuk pembangunan mampan.

Xi turut menegaskan kepentingan Bank Pembangunan Baharu dan Perkongsian BRICS untuk pusat inovasi Revolusi Perindustrian Baharu.

Pusat ini telah dilancarkan di Xiamen pada bulan Disember tahun lalu. Di majlis perasmian pusat tersebut pada hari Selasa lalu, 28 projek dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih 13.4 bilion yuan (kira-kira 2.07 bilion dolar A.S.) telah ditandatangani oleh perusahaan BRICS.

BRICS mendukung multilateralisme, keadilan dan kesaksamaan sebenar

Keamanan dan kestabilan serantau, biosekuriti dan pencegahan keganasan serta keselamatan siber juga telah menjadi kata kunci dalam kerjasama BRICS sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Kita perlu memanfaatkan mekanisme BRICS seperti mesyuarat menteri-menteri luar dan mesyuarat perwakilan tinggi untuk keselamatan, menyelaraskan kedudukan kita dengan lebih baik berhubung isu-isu antarabangsa dan serantau yang utama serta menyampaikan suara kolektif yang lebih lantang daripada negara-negara BRICS," kata Xi di sidang kemuncak tersebut.

Di Mesyuarat Penasihat-penasihat Keselamatan Negara BRICS yang diadakan bulan lalu, negara-negara anggota mencapai pelan tindakan pencegahan keganasan dan pada bulan Julai, mereka bersetuju untuk menyumbang lebih banyak kepada perjuangan antarabangsa dalam memerangi keganasan di mesyuarat maya ke-6 Kumpulan Kerja Pencegahan Keganasan BRICS.

Satu perisytiharan telah diterima di mesyuarat tersebut, yang mengulangi komitmen BRICS untuk meningkatkan kerjasama di bawah pertukaran politik dan keselamatan, ekonomi dan kewangan serta budaya dan rakyat-kepada-rakyat.

https://news.cgtn.com/news/2021-09-09/China-leads-global-vaccine-cooperation-as-BRICS-enters-the-15th-year-13qiPhQKMs8/index.html 

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Broadcast feed announcements