omniture

Gibraltar BSN Melancarkan Pelan Endowmen Edisi Terhad, GoGuarantee Plus

Gibraltar BSN
2021-09-13 09:00 89

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 September 2021 /PRNewswire/ -- Gibraltar BSN Life Berhad ("Gibraltar BSN"), salah sebuah syarikat insurans hayat yang berkembang pesat di Malaysia, telah melancarkan GoGuarantee Plus, sebuah pelan endowmen edisi terhad untuk membantu rakyat Malaysia mengukuhkan persediaan persaraan mereka.

Pengurusan kanan Gibraltar BSN pada pelancaran maya GoGuarantee Plus
Dari kiri ke kanan:
•Daniel Toh – Ketua Pegawai Jualan, Gibraltar BSN Life Berhad 
•Lee Kok Wah – Ketua Pegawai Eksekutif, Gibraltar BSN Life Berhad 
•Susan Ong – Ketua Pegawai Pemasaran, Gibraltar BSN Life Berhad
Pengurusan kanan Gibraltar BSN pada pelancaran maya GoGuarantee Plus Dari kiri ke kanan: •Daniel Toh – Ketua Pegawai Jualan, Gibraltar BSN Life Berhad •Lee Kok Wah – Ketua Pegawai Eksekutif, Gibraltar BSN Life Berhad •Susan Ong – Ketua Pegawai Pemasaran, Gibraltar BSN Life Berhad

GoGuarantee Plus adalah pelan insurans hayat yang digabungkan dengan pulangan terjamin setiap lima tahun sebanyak 3% daripada jumlah perlindungan dan pembayaran sekaligus yang boleh mencecah sebanyak 120% daripada jumlah premium yang dibayar.

Dengan proses pendaftaran yang mudah and pantas, pelanggan juga boleh mendapatkan jumlah liputan perlindungan sehingga RM300,000 tanpa sebarang pengunderaitan perubatan atau soalan kesihatan.

Lee Kok Wah, Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Life Berhad berkata "Kesihatan dan kebebasan kewangan merupakan kunci keselamatan persaraan. Dengan persekitaran hari ini yang mencabar dan fakta bahawa Malaysia akan menjadi 'negara tua' pada tahun 2030, kami terdorong untuk membantu pelanggan kami melindungi tahun-tahun keemasan mereka dengan menawarkan produk yang kompetitif yang boleh mengembangkan dana persaraan mereka dan pada masa yang sama, melengkapkan mereka dengan perlindungan nyawa yang kukuh. "

Salah sebuah ciri unik GoGuarantee Plus adalah manfaat Golden Age Disability (GAD) yang membolehkan pelanggan melanjutkan tempoh perlindungan dan manfaat Terminal Illnesses sehingga RM300,000. Kok Wah terus menambah, "Usia hayat yang lebih panjang bermakna rakyat Malaysia harus menghadapi kos perubatan yang lebih tinggi. Manfaat tambahan produk ini tentunya dapat meringankan beban kewangan pelanggan kami ketika mereka meniti usia emas."

Pelanggan boleh membuat persediaan persaraan tanpa membebankan komitmen semasa mereka dengan memilih pembayaran premium fleksibel sebanyak lima tahun, sepuluh tahun, atau tempoh pembayaran penuh.

GoGuarantee Plus boleh didapati sekarang sehingga akhir tahun. Pelan ini diedarkan melalui saluran agensi nasional Gibraltar BSN dan seterusnya melengkapkan rangkaian penyelesaian kewangan mudah, relevan, dan berpatutan syarikat insurans hayat yang merangkumi perlindungan nyawa dan kesihatan melalui pelan tradisional dan berkaitan pelaburan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati www.gibraltarbsn.com.

Mengenai Gibraltar BSN Life Berhad

Gibraltar BSN Life Berhad ("Gibraltar BSN") adalah salah sebuah syarikat insurans hayat yang berkembang pesat di Malaysia. Selama lebih dari 60 tahun, kami telah melindungi impian dengan menyediakan penyelesaian perlindungan yang relevan dan berpatutan yang boleh diakses oleh rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat.

Nama Gibraltar BSN mewakili susur galur keturunan kami kepada Prudential Financial, Inc. (PFI*), salah sebuah institusi kewangan terbesar dunia dari Amerika Syarikat dan Bank Simpanan Nasional (BSN), sebuah jenama dengan sejarahnya tersendiri dan warisan kewangan yang kukuh di Malaysia. Nama 'Gibraltar' dan logo ikon kami 'Rock of Gibraltar' merujuk kepada PFI dan menggambarkan sejarah yang kaya dan kewangan yang kukuh selama lebih dari 140 tahun di belakang jenama PFI.

Sebagai Juara Perlindungan Komuniti di Malaysia, Gibraltar BSN mempunyai rangkaian pengedaran yang luas dan pelbagai yang terdiri daripada 9 lokasi di seluruh negara, pasukan agensi nasional, dan lebih daripada 400 cawangan milik rakan strategik kami: Bank Simpanan Nasional.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana kami boleh membantu anda melindungi impian anda, sila lawati laman web kami di www.gibraltarbsn.com.

*PFI Amerika Syarikat tidak berhubung kait dengan Prudential plc, sebuah syarikat yang diperbadankan di United Kingdom.

Source: Gibraltar BSN
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Health Insurance New products/services