omniture

3DMed Diagnostics Sumbangkan Bekalan Perubatan untuk Sokong Perjuangan Perangi COVID-19 di Kemboja

3DMed Diagnostics
2021-09-13 09:05 148

SHANGHAI, 13 September 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Shanghai, 3DMed Diagnostics, telah menyumbang peralatan perubatan anti-coronavirus bernilai US$218,000 kepada Kementerian Kesihatan Kemboja untuk menyokong kempennya memerangi COVID-19. Sebuah majlis penyerahan telah diadakan pada hari Jumaat, 3 September melalui video di Shanghai bersama pegawai-pegawai Kemboja yang turut serta dari negara asal mereka.

Handover ceremony of Shanghai's donation of medical supplies to Cambodia to combat COVID-19
Handover ceremony of Shanghai's donation of medical supplies to Cambodia to combat COVID-19

Sumbangan tersebut akan membantu Kemboja mengawal COVID-19 dengan lebih baik menerusi peralatan dan bekalan perubatan untuk pengujian, pengesanan dan diagnosis COVID-19 termasuk Stesen Kerja Persediaan Sampel Automatik ANDiS 3100, Sistem Pengekstrakan Asia Nukleik Automatik ANDiS 350, Stesen Kerja Pengendalian Cecair ANDiS 300, Instrumen PCR Kuantitatif Masa Sebenar, Kit Pengesanan SARS-CoV-2 RT-qPCR Pantas ANDiS dan Kit Pengekstrakan Asia Nukleik.

Dengan kerjasama Institut Pasteur du Cambodge (IPC), sebuah institusi penyelidikan bukan untung Kemboja, 3DMed bermatlamat untuk meningkatkan kecekapan makmal dalam menguji dan mengesan COVID-19 di Kemboja dengan ketara. Berbanding dengan masa pusing balik 4–5 jam kaedah ujian biasa, penyelesaian ujian pantas oleh 3DMed dapat menghasilkan keputusan dalam 70 minit, satu perkara yang penting untuk menjalankan pemeriksaan dan ujian asid nukleik secara besar-besaran di seluruh Kemboja.

Sumbangan tersebut turut merangkumi kit ujian yang mampu mengesan varian delta dan semua varian berkepentingan (VOI) dan varian perlu diperhatikan (VOC) lain yang dikenal pasti oleh WHO yang akan membolehkan pihak berkuasa kesihatan mengesan dengan tepat dan mengawal penularan varian COVID.

Dengan lonjakan kes varian delta baru-baru ini, kerajaan Kemboja menghadapi cabaran yang besar untuk mengawal penularan COVID-19. Semasa berlangsungnya majlis tersebut, En. Neang Samrith Komar, konsul besar Kerajaan Kemboja di Shanghai, menyampaikan penghargaan beliau kepada China atas persahabatan persaudaraannya dan berkongsi kepercayaan beliau bahawa Kemboja akan menang dalam perjuangan memerangi pandemik ini.

Caifu Chen, Ketua Pegawai Teknologi bersama 3D Med, berkata sejak bermulanya wabak COVID-19, syarikat berkenaan terus menyokong lebih daripada 60 negara dan wilayah dalam perjuangan mereka memerangi pandemik ini. "Kami berbangga untuk menyokong rakyat Kemboja dalam tempoh yang paling sukar ini dan kami berharap agar mereka dapat mengatasi wabak ini dalam masa terdekat."

Latar Belakang 3DMed Diagnostics:

Ditubuhkan di Shanghai pada tahun 2010, 3DMed Diagnostics ialah salah satu daripada syarikat pertama yang menyediakan perkhidmatan pengujian perubatan jitu onkologi di China. Menerusi kepakaran dalam tempoh jangka panjang dalam bidang ini, 3DMed Diagnostics telah menjadi salah satu peneraju pasaran bagi diagnostik onkologi jitu di China sejak percikan keluarnya daripada syarikat kumpulan.

Maklumat Lanjut, sila rujuk: https://www.3dmedcare.com/ 

Talian Penting: +86-21-34780310
 marketing@3dmedcare.com 

 

 

 

Source: 3DMed Diagnostics
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility