omniture

RS Components Menambah Stok Kit Penerokaan Penuaian Tenaga daripada STMicroelectronics untuk Menjana Aplikasi Memori NFC/RFID Tanpa Bateri

RS Components
2013-07-02 10:00 126

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Julai 2013 /PRNewswire/ -- 

Kit Penerokaan M24LR memberikan keupayaan penilaian pantas yang mudah digunakan dan berkos rendah kepada jurutera rekaan elektronik

RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), pengedar perkhidmatan tinggi utama dunia bagi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah mengumumkan ketersediaan Kit Penerokaan M24LR daripada STMicroelectronics, sebuah peneraju semikonduktor global yang berkhidmat kepada pelanggan daripada serata spektrum aplikasi elektronik.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Kit Penerokaan M24LR adalah sebuah platform pembangunan akses mudah untuk memori tanpa sentuh dengan kemampuan penuaian tenaga yang unik. Ia mengandungi segala-galanya yang diperlukan oleh jurutera bagi memulakan rekaan aplikasi elektronik tanpa bateri yang boleh bertukar-tukar data dengan telefon pintar boleh-NFC dan serasi dengan ISO/IEC15693 ataupun pembaca-penulis RFID (Pengenalan Frekuensi Radio).

Platform pembangunan sedia guna ini membantu mempercepatkan ciptaan dan penyepaduan pengumpulan data berautonomi tenaga, pengesanan aset atau kemampuan diagnostik dalam pelbagai aplikasi, termasuk aksesori telefon dan tablet, persisian komputer, label rak elektronik, perkakasan rumah, automasi perindustrian, sistem penderiaan dan pemantauan, dan produk penjagaan kesihatan peribadi.

Dengan kombinasi unik bas bersiri (I2C) standard perindustrian dan antara muka RF tanpa sentuh, memori EEPROM antara muka berganda M24LR ST mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi dengan sistem perumah 'melalui wayar' atau 'melalui udara'. Tambahan lagi, antara muka RF M24LR boleh menukarkan gelombang radio sekitar yang dipancarkan oleh pembaca-penulis RFID dan telefon atau tablet NFC menjana tenaga untuk menguasakan litar-litarnya dan membolehkan operasi bebas bateri sepenuhnya.

Kit Penerokaan M24LR terdiri daripada dua papan: sebuah papan penghantar-terima RF dengan penghantar-terima RFID/NFC (CR95HF) protokol berbilang 13.56MHz dengan akses bersiri SPI dan UART yang dipacu oleh pengawal mikro STM32 32-bit, yang memberi kuasa dan berkomunikasi secara wayarles dengan papan tanpa bateri yang mempunyai memori IC EEPROM (M24LR) antara muka berganda oleh ST, sebuah pengawal mikro 8-bit rendah kuasa (STM8L) dan sebuah sensor suhu (STTS75).

Kit Penerokaan M24LR boleh didapati daripada RS Components untuk penghantaran pada hari yang sama di http://www.rs-components.com/stdiscoverykit.

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics adalah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar ulung produk elektronik dan penyenggaraan dunia. Dengan operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan, dan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal ternama, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, pengujian dan pengukuran, serta elektrik dan mekanik.

Electrocomponents tersenarai dalam Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lalu yang berakhir 31 Mac 2013 telah memperoleh pendapatan berjumlah GBP1.24 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan-pautan ini:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di LinkedIn:
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan-pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E: soochun.tan@rs-components.com
T: +65-6391-5745

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Akaun Kanan
E: rscsg@hoffman.com
T: +65-6361-0250

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Joint ventures New products/services