omniture

CCTV+: Xi sokong hormati guru, hargai pendidikan

CCTV+
2021-09-14 00:02 152

BEIJING, 14 September 2021 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping telah menyokong agar seluruh masyarakat Cina harus menghormati guru-guru dan menghargai pendidikan.

Interaksi mesra beliau bersama para pendidik telah lama diceritakan.

Menerusi lawatan beliau ke sekolah dan universiti dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Xi menyapa ramai pendidik dan mengiktiraf sumbangan mereka terhadap pembangunan sosial Cina.

Pada tahun 2016, beliau melawat Sekolah Bayi Beijing di tempat beliau meluangkan tahun-tahun sekolah rendah dan sekolah menengah rendah beliau serta merakamkan penghargaan beliau kepada pendidik negara atas ketekunan dan komitmen mereka.

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan salam perayaan yang sangat istimewa buat semua guru dan petugas pendidikan di seluruh negara ini," kata Xi beberapa tahun lalu ketika mengunjungi Sekolah Bayi Beijing, tempat beliau meluangkan tahun-tahun sekolah rendah dan sekolah menengah rendah beliau.

Xi mengadakan ceramah bersama ramai guru sekolah tersebut yang telah bersara yang menyaksikan perkembangan Xi semasa zaman beliau sebagai seorang pelajar.

Xi melawat Peking University pada bulai Mei 2018 dan menggesa lebih banyak usaha untuk membina universiti-universiti negara menjadi institusi-institusi bertaraf dunia dengan ciri-ciri Cina.

Semasa mempengerusikan sebuah simposium di Beijing untuk guru-guru teori ideologi dan politik pada tahun Mac 2019 yang lalu, beliau menegaskan usaha untuk melaksanakan dasar pendidikan Parti dan mendorong kebaikan melalui pendidikan menerusi pemikiran sosialisme dengan ciri-ciri Cina untuk era baharu.

Semasa pemeriksaan beliau ke Tsinghua University pada bulan April baru-baru ini, Xi bercakap bersama mahasiswa universiti dan menggalakkan belia Cina untuk menggalas tanggungjawab bersejarah mereka dan berusaha menuju penggiatan semula negara.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para penyelidik dan para guru atas sumbangan akademik mereka dan menggalakkan ahli-ahli fakulti muda untuk terus melakar kejayaan dalam bidang pengajian mereka.

Pautan: https://youtu.be/bjrsjGt0Cb0

 

Source: CCTV+
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Advocacy Group Opinion Asian-related news