omniture

Surround Video Memudahkan Penghasilan Video Panoramik untuk Semua

Surround Video
2013-07-02 15:00 141

GRONINGEN, Netherlands, 2 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Pada hari Selasa, Surround Video secara rasminya akan memperkenalkan sistem hujung ke hujung pertama yang menghasilkan video panoramik. Kini, semua orang boleh menghasilkan dan menyiarkan rakaman video panoramik mereka sendiri dengan peralatan video ini.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130702/625289 )

Sistem video syarikat Belanda itu dikenali lain daripada yang lain dek keringkasan dan kemudahan penggunaannya. Rakaman dan penyiaran imej video memerlukan pengguna melakukan beberapa langkah sahaja. "Malah, apa yang anda perlu buat hanyalah menyambungkan satu kabel internet antara peranti dengan hubungan internet lalu anda sudah bersedia merakam dan menyiarkannya dengan serta-merta," menurut Marc Groothelm, Pengarah Urusan Surround Video.

Sebahagian daripada sistem rakaman itu merupakan sebuah kamera khas dengan enam lensa terasing: lima dalam bulatan mendatar dan satu menghadap ke atas. Isyarat daripada lensa-lensa itu dihantar kepada sebuah 'unit tapak", sebuah peranti pemprosesan dengan skrin sentuh yang memproses imej-imej video yang berasingan menjadi satu rakaman lancar lalu menghantarkannya kepada sebuah platform pengedaran dalam talian. Selepas itu, imej-imej itu akan diedarkan dalam talian.

Hasilnya ialah sebuah video panoramik, yang ditayangkan di dalam sebuah sfera maya. Dalam sfera ini, penonton boleh membuat keputusan di mana mereka mahu menontonnya, dengan tetikus, skrin sentuh atau giroskop dalam telefon pintar atau tablet mereka. Teknik syarikat Groningen ini sangat mirip dengan Google Streetview, cuma perbezaan yang paling penting adalah Surround Video mempunyai video panoramik dan bukan imej pegun.

"Ramai penerbit rancangan TV atau bentuk-bentuk video lain menghadapi kesukaran menyediakan bahan tambahan yang menambat hati dalam talian. Dengan video panoramik, mereka boleh menawarkan kepada para penonton mereka maklumat yang melengkapi format'tradisional' yang sudah berjaya melalui saluran dalam talian mereka – sama ada secara langsung atau berdasarkan permintaan – mengenai lokasi rakaman, jalan cerita atau para pelakon. Surround Video membolehkan mereka menggunakan sepenuhnya faedah semua fungsi-fungsi interaktif yang ditawarkan oleh Internet," terang Groothelm.

Statistik menunjukkan bahawa bahan video panoramik semakin mendapat populariti. Orang ramai menonton imej video panoramik tiga kali ganda lebih kerap berbanding purata; perbezaan yang sangat besar jika dibandingkan dengan bahan video tradisional dalam talian.

Lebih-lebih lagi, kerana sistem Surround Video begitu ringkas, penerbit video tidak perlu atau jarang sekali perlu mengubah cara kerja mereka. "Sistem kami boleh disesuaikan dalam aliran kerja yang sedia ada," menurut Groothelm.

Sumber: Surround Video

Source: Surround Video
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services