omniture

Pusat Beli-belah IPC Bekerjasama dengan Komuniti untuk Menyokong Masyarakat dalam Kempen Kongsi Citer-Citer IPC dan Happiness to Homes

Pusat beli-belah tersebut berhasrat mengekalkan semangat kemasyarakatan dengan saling berganding bahu membantu penyewa dan keluarga yang memerlukan
IPC Shopping Centre
2021-09-14 11:44 1813

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 September 2021 /PRNewswire/ -- Sempena sambutan hari kebangsaan negara, Pusat Beli-belah IPC bekerjasama dengan masyarakat setempat bagi membantu keluarga yang terjejas akibat pandemik melalui kempen Happiness to Homes (Menceriakan Rumah). Melalui kolaborasi bersama HOPE Worldwide Malaysia, sumbangan daripada orang ramai ini dapat menyuntik semangat di kalangan penyewa dan masyarakat untuk menyalurkan bantuan makanan, barang keperluan dan peralatan sekolah kepada 150 keluarga B40 di kawasan Lembah Klang. Lebih menarik lagi, Pusat Beli-belah IPC turut meraikan penyewa dan pengunjung melalui inisiatif Citer-Citer IPC dengan jualan eksklusif dan kisah-kisah kecekalan usahawan di pusat beli-belah tersebut.

Pusat Beli-Belah IPC meraikan cerita para penyewa melalui kempen Citer-Citer IPC
Pusat Beli-Belah IPC meraikan cerita para penyewa melalui kempen Citer-Citer IPC

Sifat saling membantu kalangan masyarakat setempat mendorong pusat beli-belah di kejiranan ini untuk menganjurkan kempen Menceriakan Rumah sempena menyambut hari kemerdekaan dan Hari Malaysia yang mana ia bertujuan untuk membantu memberi kehidupan yang lebih baik kepada semua, khususnya golongan yang kurang bernasib baik. Dengan itu, Pusat Beli-belah IPC berganding bahu bersama para penyewa seperti Ben's Independent Grocers, Harvey Norman, AEON Wellness dan Kedai Buku Popular untuk menyediakan tujuh kit keperluan asas rumah termasuklah:

  1. Pakej makanan untuk bilangan ahli keluarga seramai 2 ke 5 orang bernilai RM63.05 
  2. Pakej makanan untuk bilangan ahli keluarga seramai 6 orang dan lebih bernilai RM111.65
  3. Cerek elektrik 1.5L Philips bernilai RM110.00
  4. Dapur gas Khind bernilai RM70.00
  5. Periuk nasi 1.8L Khind bernilai RM100.00
  6. Mesin sembur pembasmi kuman yang boleh dicas semula & mudah alih dengan larutan disenfeksi 1-liter bernilai RM159.00
  7. Pakej peralatan sekolah untuk seorang pelajar bernilai RM100.00 

Orang awam boleh membuat sumbangan dengan memilih mana-mana pakej yang disenaraikan di mikrosit Menceriakan Rumah. Setiap sumbangan akan disalurkan terus ke HOPE Worldwide Malaysia dan layak untuk pengecualian cukai. Di akhir kempen, kesemua barangan akan dibeli daripada penyewa yang mengambil bahagian pada harga istimewa dan akan diserahkan kepada keluarga yang terpilih.

Mark Tan, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah IPC berkata, "Tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu, 'Malaysia Prihatin' mencerminkan jiwa sebenar rakyat Malaysia. Ia meraikan mereka yang bersama-sama membantu golongan yang terjejas akibat pandemik ini, samada orang perseorangan, keluarga mahupun perniagaan. Di IPC, kami bersatu hati menyokong semua warga Malaysia yang saling membantu antara satu sama lain. Tahun lepas bukanlah tahun yang baik untuk penyewa-penyewa kami di mana kebanyakan mereka terpaksa menghentikan operasi atas arahan pihak berkuasa. Namun, mereka tetap berjuang dan berusaha malah meletakkan keutamaan mereka untuk membantu masyarakat. Kecintaan mereka terhadap Malaysia memberi inspirasi kepada kami untuk memperkenalkan program Citer-Citer IPC untuk penyewa-penyewa kami berkongsi kisah mereka sebagai usahawan Malaysia yang berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Kami berharap kisah-kisah ini, yang akan dipaparkan di saluran digital kami akan ditonton oleh orang ramai dan mendorong mereka untuk menyokong perniagaan para usahawan ini. "

"Untuk memberi impak, ia memerlukan usaha seluruh komuniti. Kami akan terus berkhidmat untuk para penyewa dan pengunjung kami dan kami berharap dapat mencipta kenangan bermakna bersama dengan membantu lebih ramai lagi di Lembah Klang. Melalui kempen Menceriakan Rumah, kami ingin berkongsi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan bantuan," tambah beliau lagi.

Untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, IPC juga ingin menggembirakan para pengunjung melalui Jualan Citer-Citer IPC, dengan memberi ganjaran E-Baucar Merdeka bernilai RM10 kepada pengunjung untuk setiap belian RM200 dalam 2 resit bermula sekarang hingga 3 Oktober 2021. Maklumat lanjut tentang tawaran ini boleh didapati di https://ipc.com.my/citer-citer.

Kempen Pusat Beli-belah IPC Menceriakan Rumah juga akan berlangsung dari 16 September hingga 3 Oktober 2021. Untuk info lanjut atau jika ingin menyumbang, sila layari https://ipchappinesstohomes.com*.

*Mikrosit Happiness To Homes akan disiarkan untuk umum pada 16 September

Source: IPC Shopping Centre
Related Links:
Keywords: Commercial Real Estate Food/Beverages Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Retail Corporate Social Responsibility Not for profit Future Events