omniture

Xinhua Silk Road: Indeks Pembangunan Meteorologi China-ASEAN dedahkan keputusan teras kumpulan pertama, pencapaian kerjasama selanjutnya dijangka

Xinhua Silk Road
2021-09-14 23:28 93

BEIJING, 14 September 2021 /PRNewswire/ -- Indeks Pembangunan Meteorologi China-ASEAN yang bersama-sama disusun oleh Biro Meteorologi Guangxi dan China Economic Information Service (CEIS) mendedahkan keputusan teras kumpulan pertamanya di majlis perasmian Pameran Peralatan & Perkhidmatan Meteorologi China kali ke-6 yang diadakan pada hari Sabtu di Nanning, ibu kota Guangxi.

Foto diambil pada 11 September menunjukkan majlis perasmian keputusan teras daripada Indeks Pembangunan Meteorologi China-ASEAN.
Foto diambil pada 11 September menunjukkan majlis perasmian keputusan teras daripada Indeks Pembangunan Meteorologi China-ASEAN.

Keputusan teras kumpulan pertama berkenaan termasuk sistem standard pemodenan meteorologi China-ASEAN dan Laporan Indeks Pembangunan Meteorologi China-ASEAN 2021 (Laos).

Sejumlah 49 petunjuk penilaian dikumpul dalam empat dimensi iaitu sokongan alam sekitar, pemerhatian meteorologi, ramalan cuaca dan perkhidmatan meteorologi yang merupakan keputusan teras daripada sistem standard pemodenan Meteorologi China-ASEAN, menurut maklumat yang dikeluarkan.

Laporan Indeks Pembangunan Meteorologi China-ASEAN (Laos) menyediakan analisis data dan cadangan praktikal mengenai pembangunan meteorologi Laos.

Diketahui bahawa Indeks Pembangunan Meteorologi China-ASEAN akan terus selari dengan pilihan negara subjek Ekspo China-ASEAN dan mengeluarkan laporan yang sepadan setiap tahun pada masa akan datang.

Bagi mengukuhkan negara-negara Jalur dan Jalan untuk berkongsi peluang yang baharu dalam era digital dan mengukuhkan lagi kerjasama meteorologi antarabangsa, indeks berkenaan memulakan kajian pada Mei 2020 dengan sokongan daripada China Meteorological Administration (CMA).

Indeks tersebut bertujuan menyediakan analisis mengenai pembangunan meteorologi negara-negara ASEAN, menurut Zhong Guoping, ketua Biro Meteorologi Guangxi, menyatakan bahawa ia dapat menyediakan rujukan digital untuk kerjasama yang selanjutnya dalam sektor meteorologi antara China dan negara-negara ASEAN.

Xu Xiaofeng, ketua China Meteorological Service Association (CMS), berkata bahawa Indeks Pembangunan Meteorologi China-ASEAN menghimpunkan pelbagai sumber yang berkualiti tinggi dan inovasi kolaboratif, lalu meletakkan asas yang kukuh untuk memperdalam kerjasama antarabangsa dalam bidang meteorologi.

Laporan indeks tersebut menunjukkan bahawa Laos terus meningkatkan keupayaannya untuk mencegah dan mengurangkan bencana cuaca dan bertindak balas terhadap perubahan cuaca, dengan ketepatan ramalan cuacanya dan petunjuk lain yang berkaitan yang memenuhi standard moden, kata Li Xiao, ketua penganalisis China-ASEAN bersama CEIS, penyedia perkhidmatan maklumat ekonomi yang terkemuka di China yang bergabung dengan Xinhua News Agency.

Pameran Peralatan & Perkhidmatan Meteorologi China kali ke-6 merupakan sebahagian daripada Ekspo China-ASEAN ke-18 yang diadakan pada 10-13 September.

Pautan Asal: https://en.imsilkroad.com/p/323771.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Trade show news