omniture

Casio bakal Lancar MT-G dengan Reka Bentuk Luaran Serba Baharu Bawakan Bezel Karbon Berbilang Lapisan

CASIO COMPUTER CO. LTD
2021-09-15 09:00 177

TOKYO, 15 September 2021 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan penambahan terkini kepada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. MTG-B2000YBD dan MTG-B2000XD baharu merupakan sebahagian daripada barisan jam tangan MT-G yang menampilkan pembinaan yang memanfaatkan sepenuhnya sifat-sifat logam mahupun resin serta komponen bezel yang diperbuat daripada karbon berbilang lapisan.


MTG-B2000YBD dan MTG-B2000XD adalah berasaskan kepada MTG-B2000, yang menampilkan struktur Dual Core Guard yang memberi kekuatan tambahan sekali gus menonjolkan daya tarikan bahan-bahan tersebut. Jam tangan baharu ini menggunakan bingkai bezel yang baru dibangunkan dan bahagian atasnya diperbuat daripada bahan karbon bagi mencipta reka bentuk luaran yang indah di samping turut mengurangkan berat.

MTG-B2000YBD mempunyai bingkai bezel di sebelah sisinya yang dibentuk dengan melapis dan memesin pelbagai kepingan karbon dan gentian kaca. Bingkai bezel baharu ini adalah 77% lebih ringan daripada keluli tahan karat yang digunakan pada MTG-B2000. Kepingan karbon lapisan atas dibalut pada sebelah tepinya manakala kepingan karbon silinder dibalut di sekeliling lug demi ketahanan yang dipertingkat. Mahkota poligon melengkapkan reka bentuk bezel. Lapisan gentian kaca dengan warna merah G-SHOCK memberi tumpuan bergaya di sekitar bahagian sisi bekas jam, dengan petunjuk berwarna merah menonjolkan muka jam.

Bahagian atas bezel MTG-B2000XD mempunyai bentuk kompleks yang dihasilkan menggunakan proses menekan dan memotong yang canggih pada bahan karbon berbilang lapisan. Pandangan tepi bezel menonjolkan lapisan gentian kaca dengan warna hijau asli serba baharu, lalu memberikan jam tangan dengan rupa yang bergaya dan anggun.

Kedua-dua jam tangan baharu ini mempunyai tali jam berlapis komposit yang diperbuat daripada bahagian logam dan resin halus. Berat tali jam adalah jauh lebih ringan hasil daripada komponen logam berongga baharu yang dicipta dengan teknologi pengacuan khas. Ini membolehkan lebih banyak resin digunakan pada bahagian belakang tali jam, lalu menghasilkan padanan yang lebih baik sekali gus tetap mengekalkan rupa dan kilauan logam pada bahagian yang penting.

MTG-B2000YBD dan MTG-B2000XD menyampaikan fungsian sentiasa terpasang termasuk penerimaan isyarat penentukuran masa dikawal radio dan pemasangan Pautan Mudah Alih dengan aplikasi telefon pintar khusus, serta pembetulan masa yang automatik apabila telefon pintar yang dipasangkan berada berhampiran. Cahaya LED dengan kecerahan yang tinggi mengekalkan kebolehbacaan jam tangan dalam gelap demi kemudahan yang optimum.

MTG-B2000YBD/MTG-B2000XD
MTG-B2000YBD/MTG-B2000XD

 

Source: CASIO COMPUTER CO. LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services